Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sep 27, 2012

Kematian itu tidak mengenal usia

Bila sudah tiba waktu kematian seseorang itu, maka tidak akanlah terlewat mahupun terawal sesaat jua pun

tengahari tadi, adik sahabat karib aku peja telah kembali ke rahmatullah. arwah mmg tgh sakit , sakit kanser. dan still dlm rawatan. tp siang tadi arwah mcm bese je, tibe2 sesak nafas, dan terus meninggal. innalillahi wainna ilaihi rajiun.

arwah dikebumi ptg tadi jgk, lps asar dkt kawasan perumahan dpn rumah dia je.

untuk makluman, arwah ni kalo xsilap, umur dia 17 tahun. aku kenal die, bese jgk sembang2 sbb peja bese bowok maen futsal ke, or mase aku g rumah die ke. last skali jumpe masa raya aritu. arwah mmg nmpk xsihat, tp hepi sbb ramai kawan dtg ziarah.

kepada peja dan family, sabarlah atas dugaan. Allah maha mengetahui, dan lbh menyayanginya dari kita semua. insya Allah pemergian dia ni dengan keadaan baik dan diredhai, dan melepaskan penderitaan kesakitan yg dia alami sepnjang hidupnya dlu. 

"Setiap manusia pasti akan merasai mati. dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan didekatkan dengan syurga maka dia sesungguhnya dia telah beruntung. kehidupan ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
- ali-imran:185

Al-Fatihah

Sep 23, 2012

Pertahankanlah Rasullullah

sekarang ni isu ni cukup hangat. Rasulullah SAW dihina lagi. kali ni lbh dasyat, terang2an. siap ade mention nama Nabi, Khadijah, sahabat2...aku tgk trailer die kt Youtube pun xmampu tgk sampai abis. tu pun trpaksa tgk, at least aku tau ape yg orang marahkan sgt. dan terbukti, kemarahan umat Islam itu berasas.

ada kawan aku tnye, kenapalah orang2 kafir laknatullah ni sibuk sgt nk hina nabi kita, agama kita. sedangkan kita xbuat ape pun kt die? jawapan aku, mayb diaorang dh tau kebenaran Islam ni, kebenaran Nabi Muhammad SAW. tp diaorang ego dan xmboh terima. ni semua masalah orang yang hati dh rosak hancur lebur. diaorang just provoke kita untuk tgk kite bangun menentang dan buat kekacauan, jadi trcapailah propaganda diaorang yang mencanangkan Islam ni adalah agama keganasan.

jadi sebagai umat Islam, apa tindakan kita yang sewajarnya? demonstrasi? pada aku tu juga adalah medium yang baik untuk tunjukkan bantahan kita. tp kite berdemonstrasi secara aman. Nabi dulu masa berdakwah di Taif, siap kene baling dgn batu lg. sampai malaikat yg tgk pun jadi marah dan offer untuk terbalikkan bumi Taif tu. tpi ape Nabi kita kata? Nabi kate biarkanlah. diaoang masih belum dapat hidayah. tgk, betapa indahnya akhlak Nabi kita yg perlu kita ikut. jadi dalam konteks bantahan kita pada penghinaan Nabi ni, kita juga  perlu mempamerkan keindahan akhlak kita. kita berdemonstrasi dengan aman, tapi tegas. (ayat aku dh jadi macam pelik dh ni. tpi semua fahamla kn).

jangan sesekali kita jatuh dalam perangkap kafir laknatullah yg nk tgk kita cetuskan huru-hara ni. diaorang just nk halalkan pembunuhan saudara2 kita di Palestin, di Rohingya. sbb bile kite start berbunuhan, maka kita sama jela dengan mereka.

cuma yang paling penting, jadikan penghinaan ni sebagai teladan untuk kita bangkit beramai2 untuk perbaiki akhlak kita, perbaiki kesatuan jemaah kita, jadikan ni satu wake-up call untuk kita umat Islam. selama ni kita dh hanyut dengan dunia, sampai Nabi SAW kita boleh dihina sebegitu rupa. sbb ape? Kafir laknatullah tu tahu, umat Islam dok bersatupadu. kita tiada kekuatan untuk lawan mereka. so jom, ramai2 kita pakat penuhkan masjid untuk solat2 berjemaah, sama2 baiki kelemahan kita, dan jadikan perjuangan kita mempertahankan Islam dan Nabi kita Muhammad SAW sebagai prioirty dalam kehidupan kita insya Allah.


Takbir!!

Aug 4, 2012

Sahur

sekarang ni kan bulan ramadhan..so aku nk kongsi sikit la pengetahuan aku pasal sahur ni.

ape maksud sahur ni?sahur sbnrnya adalah masa sebelum masuknya solat subuh..sahabat2 Nabi kate sekira2 sempat bace 50 ayat Al-Quran. kire dokla pnjg mane masenye ni..dlm 15 minit gitu je..

kenapa kita disuruh sangat bgn bersahur ni?

Nabi SAW bersabda

"Bersahurlah, kerana sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatan"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan pada masa sahur inilah, Allah turun ke langit dunia dan mengabulkan permintaan orang2 yang memohon kepadaNya. jadi boleh dikatakan dalam masa 24 jam sehari yang Allah berikan tu, masa sahur adalah masa yang paling mahal, yang paling berharga. sebab itu Nabi SAW suruh sgt kita bangun tido dan bersahur, walaupun sekadar meneguk air dan makan kurma.

Selain keberkatan, bersahur ini menanamkan semangat jihad dalam jiwa kita. bukan senang untuk kita bangun dari tido semata-mata untuk makan. sebab masa sahur ni, bukanla kita lapar sangat pun. tp bila kita bangun sahur, itu bererti kita sudah bersedia untuk berpuasa. kita sudah melawan hawa nafsu yang suruh kita teruskan tido tu dengan bangun bersahur.

cuma ape yang berlaku, kebanyakan kita bangun bersahur semata2 untuk makan. jarang sangat yang berdoa pohon keampunan masa bersahur ni. kalo ade pun doa, baca doa makan (termasukla aku).

semoga perkongsian ilmu aku yg sedikit ini akan memberi ganjaran yang besar pada aku di Akhirat kelak. insya Allah..

Selamat bersahur!

gambar ihsan dari sini

Mar 12, 2012

Curang!

gambar dari sini

memandangkan ramai yg tanye, kenapa aku bengang n sound2 kt Facebook, maka di sini aku akn cite serba ringkas. tp jgn tnye aku, siapa dia. aib org ttp kite kene jaga. cume cerita ni, jadikanlah pengajaran.

Pengenalan watak:

A - kawan aku yg perempuan. watak utama cerita ini. antara kawan rapat aku. byk cite yg die kongsi dgn aku. spnjg aku kenal dia, boleh dikatakan dia ni org yg kuat beragama jgkla.

B - kawan aku yg lelaki. suami A. aku kenal A dlu. dari A, baru aku kenal B. tu pun lps diaorg kawen. n bese jgk aku lepak2 minum2 ngn B.

C - seorang bos di sebuah syarikat GLC. mmg kaya pnye org. nama gelaran pn Tuan Haji kt depan. sudah berkeluarga, ank sulung muda 4 tahun dari aku. aku kenal rapat dgn dia sbb aku byk jgk ada projek dgn die. seorg yg mmg kritikal pasal masalah remaja. pnh bg dana kt GPMS untuk buat program.


Maka tersebutlah satu kisah. bulan lps aku ada meeting dgn C. di pejabatnya di KL. since aku ade projek dgn die ni, so aku berkenalan la dgn officer2 die. n sempat jgkla aku kuar minum2 air dgn 3 org officer die.

Khamis 2 minggu lps, B kebetulan ade keje di K Trg. so kol aku ajk lepak2. aku kate on. so kitaorg pn lepak2 la di Local Delights Recipe..(chewah siap promote siket.hehe). dia mcm ade masalah. lps borak pnye borak, dia tnye aku, si A ade kontek aku x? aku kate xde pn. kenape? dia kate dia igt si A ade cite pape kt aku. aku kate xde plk. tp aku mcm syak sumting gak la dlm ati. mcm diaorg tgh berkrisis je ni. tp mls la aku nk ambik tau hal rumahtangga org kn?

Dan hari Rabu haritu, aku dpt panggilan telefon. si A kol aku. dia kate die nk cite sumting n mtk pandangan. aku dh start rasa lain mcm. Dia kate dia ade kt k Trg, so dia nk jumpe aku kt restoran aku. aku kate ok je. aku bajet msti si B pn ade sama. then dlm pukul 3 ptg, dia sampai kt restoran aku. 2 org, dgn kakak tmpt keje dia katenya. kitaorg pn borak2 la 3 org. aku tnye mane B? pastu dia diam. n dia start cerita.

Dia kata, dia ade kenal dgn seorang lelaki. lelaki ni mmg caring, baik, 'kuat beragama', 'sembahyang xtggl'. n bos tmpt dia keje. Bos dia ni, siap baik dgn B, bese la anta dia balik. bla bla bla...cite pasal kebaikan si bos ni. aku kalo bab2 mcm ni pick up laju sket. hehehe. aku trs kate, ko jgn cmtu. ko tu mcm aku xtau, cpt jatuh cinta! A gelak. kakak sebelah dia pn gelak. aku pn gelak sama la...igt die joking je...

"Betulla Yoe. aku rasa dh jatuh cinta ngn dia. aku tenang tiap kali tgk dia..aku rasa dia sesuai sgt dgn aku. dia pn ckp nk jadikan aku bini dia".

Terkedu aku.

"Kepala otak ko! Ko tu bini org, buat la mcm bini org! ko sedar x ni?"

Tibe2 kakak tu mncelah. "Dia dh buat istikharah dh...dia dh yakin, bos tula sgt sesuai dgn dia. xknla kita nk lawan ketentuan Tuhan kn?"
Mmg terkejut gile aku. aku rase mcm nk tmpar je dia ni.

"Betul Yoe. dh 7 mlm berturut2 aku solat istikharah. aku mcm dh yakin dia lah orgnya utk aku. siap dh kuar dlm mimpi lg...ko jgk yg bgtau mse aku tnye nk kawin dgn B dlu..kte kene solat istikharah. pastu kite buat ape yg kite yakin.kn?"

Ya Allah!aku mcm sgt xcaya A bleh kate mcm tu. bodoh sgt dia ni. n dia siap mtk nasihat mcmana dia nk mtk cerai?

Aku tnye, B tau x? dia kate die rase B xtau. tp B ni baik gak dgn bos dia ni..

Bile aku tnye balik, sapa nama bos ko tu?

Dia kate C!

C? pergh! tuan haji yg aku hormati. yg aku kenal baik dgn keluarganya. sanggup dia musnahkan rumah tangga membe aku?

Aku terdiam. xtau nk kata ape.

"Ko agak2 la kn, Allah bg ke ko cerai dgn laki ko sbb ko nk kt laki org lain?"

"Aku sedar aku ni bini org, dia tu laki org. tapi perancangan Tuhan, sape tau kn?"

Mase ni aku tibe2 dh naik angin. aku diam trs. n dia perasan aku marah, dia trs mintak diri, nk blk KL katanya.

N pagi tadi yg membuat aku angin tu, dia anta email kt aku. dia rase cukup yakin, n dia akn mtk cerai..apa org nk kata, katalah...last2 nnti diaorg diam la. n kalo kite dgr je kate org lain, sampai bile baru kita akn tenang? siap bg ayat quran lg.

"dan barangkali kamu suka akn sesuatu, tetapi dia tidak baik bg kamu. dan barangkali juga kamu benci akan sesuatu, sedangkan dia amat baik utk kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

Aku just reply kt dia. Ko dh campakkan diri ko dlm kebinasaan!




Mar 10, 2012

Janganlah kamu campakkan diri dalam kancah kebinasaan

"Nk buat cmne, kita mmg xmmpu nk kontrol ape org nk kata pada kita".

"Ah, nnti orang dh letih brcakap pasal kita, taula diaorang berenti."

"Biarlah apa pn orang nk kata kt kite, yg penting kita tau apa kita buat."

"Biarlah apa pn orang nk kate, bukan luak pun."


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Biasa x dgr ayat camni? menyampah x dengar?

menyampah kn.

mmgla kita xbleh kontrol apa orang kata. tp sape kate kate2 orang tu xdatangkan masalah pada kita? kalo x, xkan Allah kate fitnah itu lbh besar bahayanya dari membunuh?

tu kalo fitnah. bila fitnah, kita teraniaya. bila teraniaya, kita ada senjata. doa tu senjata kita.

tapi kalau kita sndiri yg campakkan diri kita ke dalam kebinasaan, apa lg senjata yg kita ada?


"Dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke kancah kehancuran".
Al-Baqarah ayat 195







Feb 18, 2012

berbaik sangkalah dengan Tuhanmu.

dari sini
bila seorang manusia itu diuji oleh Tuhan, apa reaksi pertama darinya?

adakah dia merasa marah, menyesal?

atau adakah dia redha?

Pernah didengar dari seorang ustaz, sabar ketika berdepan musibah itu adalah pada ketika musibah itu menimpa, bukan detik2 selepas itu. sebagai contoh, jika kita kehilangan harta benda. sebaik sahaja tahu harta benda kita itu sudah hilang (dicuri sebagai contoh), itulah detik sebenar Tuhan menguji kita. apakah pada ketika itu kita berasa marah? sehingga ke dasar hati kita berasa seperti Allah berlaku tidak adil pada kita? atau kita tenang dan sabar sahaja. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

mmg jika harta kita dicuri, kita perlu marah. marah kerana itu adalah adat sebagai manusia biasa. dan satu lagi marah sebagai tanda kita membenci perbuatan mencuri itu yang jelas bertentangan dengan syarak. tapi sebagai orang yang dipilih oleh Allah untuk beriman dengannya, kita perlu redha. redha maksudnya dalam hati kita tiada rasa marah. kita mengakui segalanya adalah milik Allah. benar kita perlu berusaha untuk dapatkannya kembali, membuat laporan polis sebagai contoh. ini adalah cara kita berusaha, kerana Allah mahu kita berusaha. tetapi sekiranya selepas segala usaha dilakukan gagal, maka kita perlu berserah dan redha. Allah maha adil, dan maha kaya.

begitu juga kalau kita ditimpa kemalangan. atau anggota keluarga kita kemalangan. yang lebih malang, kereta yang kemalangan itu, kereta kita. apakah perlu kita marah2? mungkin dia sedikit cuai. tapi xkanlah dia dengan sengaja ingin kemalangan itu terjadi? yang sebenarnya berlaku adalah, Tuhan ingin membersihkan hatinya dan hati kita. juga sebenarnya, kemalangan itu menjadi sumber rezeki kepada para mekanik. segala yang Tuhan lakukan itu bersebab. kemalangan juga mungkin satu cara Tuhan mengagihkan rezekinya.

yang penting, kita perlu bersabar, redha dan bersangka baiklah dengan Tuhanmu.








Feb 5, 2012

Antara pendapat ulama mengenai maulid nabi

teks selawat ihsan dari http://hafiyakhayla.blogspot.com

ANTARA PENDAPAT ULAMA MENGENAI MAULID

Imam Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid).

Beliau ditanya tentang hukum perayaan Maulid pada bulan Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab: Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak mula diutuskannya Rasulullah. Acara itu diisi dengan menghidangkan makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak berlebihan saya katakan bahawa perayaan semacam itu tergolong dalam bidaah hasanah yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan kedudukan Nabi S.A.W. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghulu umat.

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Lihat kitab: Iqtidha as-Shirath al-Mustaqin).

Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.

Terdapat ramai lagi ulama yang turut membolehkan sambutan Maulidur Rasul ini antaranya seperti: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad al-Khazraji, al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah dan lain-lain lagi.

PERINGATAN PENTING

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:

Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.

(Sila lihat kitab al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelas ialah kita tidak boleh menafikan, membantah, atau menuduh bidaah lagi sesat dan sebagainya kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara agama yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari terdapat segelintir golongan yang menceburi lapangan dakwah Islamiah menyanggah kaedah ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang kesat kepada orang yang berpegang dengan perkara khilafiyyah yang tidak sealiran dengan mereka dengan mengkafirkan, memfasiqkan dan membidaahkan golongan tersebut. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam semenjak sekian lama.

PENUTUP

Suka saya mengambil kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki seperti berikut:

Bahawa sesiapa yang hendak menolak perayaan ini atau perhimpunan mengingati Maulidur Rasul atau merayakan kelahirannya atau kehidupannya pada musim tertentu dengan alasan para salaf tidak pernah melakukannya maka alasan itu bukanlah satu dalil yang boleh diterima bahkan ia tidak berdalil langsung.

Di sini saya ingin menyeru kepada semua umat Islam agar sentiasa mengingati serta mendalami sirah baginda S.A.W. dan mengambil pengajaran daripadanya. Sayangilah dan hormatilah baginda S.A.W...

disclaimer: entri ini disalin dari fan page ustaz azhar idrus (original) dan bersumber dari http://pondokhabib.wordpress.com/

Mari berselawat!

Jan 18, 2012

Air Musta'mal

pelajaran kita pada hari ini ialah air musta'mal. apakah itu air musta'mal? air musta'mal ialah air yang suci, tapi tidak menyucikan.

apakah makna suci? maknanya ialah air ini bersih dan tidak bernajis. dalam erti kata lain, air ini halal untuk diminum.

apa pula maksud tidak menyucikan? maknanya air ini tidak boleh digunakan untuk mengangkat hadas kecil mahupun besar. dalam kata lain, tidak boleh digunakan air ini untuk mencuci najis, mengambil wudhu' mahupun mandi wajib.

jadi air apakah yang dikatakan air musta'mal ini? air ini ialah air sisa dari air mutlak yang digunakan untuk mengambil wudhu' atau mandi wajib.


air musta'mal ialah dalam bulatan.

gambar mandi wajib xdpt plk aku postkan di sini. harap maklum.

secara mudahnya, air musta'mal ialah air yang meleleh dari anggota wudhu' yang lps digunakan untuk berwudhu', atau air yang meleleh dari anggota badan ketika mandi wajib. air yang digunakan pada asalnya adalah air mutlak, tapi setelah terangkat hadas dengan sebab air mutlak itu, maka sisa air itulah air musta'mal. dan ia tidak boleh lagi digunakan untuk mengangkat hadas. tapi sekiranya kita tadah air musta'mal itu, lps itu kita rebus dan minum, tiada masalah.

Ia suci, tapi tidak menyucikan.

Sekian pelajaran kita pada hari ini. terima kasih


Jan 1, 2012

Happy New Year 2012

credit to here
Happy New Year to all. hope this year will be even better than the years before, insya Allah.

What are the events scheduled to happen in 2012?

1 . Euro 2012
2. 13th Malaysia General Election (konfidennye aku)
3. According to Mayan tribe...Doomsday.

Ok. about the end of the day (kiamat). As a muslim, we cannot believe to all the predictions about kiamat. but one thing for sure, a new day that comes, we will be nearer to our death. (small kiamat)



Dec 30, 2011

do u know what is the meaning?

aku yakin, semua kita pnh alami situasi yg sama.

dlm account facebook or twitter or whatever, akan ade kawan2 kita yg post status camni:

  1. Ya Allah, hadirkanlah seorang lelaki yg boleh membimbing aku ke syurgaMu ya Allah. at the same time dlm album die, gambar2 sume xtutup aurat.
  2. Ya Allah, bangkitkanlah aku di hari akhirat kelak dalam keadaan bersujud padaMu. profil pic die? siap pakai skirt pendek.
  3. Ya Allah, aku sgt rindu pada arwah bapaku. aku doakan semoga di penjelmaan akan dtg Kau ciptakan dia juga sebagai ayahku. ok, ni special case. mgkn kawan aku je kut. tp erkk...penjelmaan akan dtg?
  4. Mulai malam ni, cintaku hanya padamu sorang wahai hubbyku. aku janji xkn main2 dh..kali ni serius dh. sungguh! selang 10 minit, aku benci semua lelaki, semua lelaki jahat! erk?
  5. aku mmg nk pakai tudung, mmg nk smyg. tp xde org nk bimbing. tggula lps kawen kekg...
ni antara post2 yg biasa kt social network site.

persoalan aku skrg ni, masa kite post status2 tu, do we really know what is the meaning?

ilmu, hidayah perlu dicari kawan2. jgn cakap je. walk the talk.

Dec 25, 2011

adat-adat pergi kenduri kahwin

dulu aku igt, kawin je ade adat. hehehe..rupe2nye nk g kenduri tu sbgi tetamu tu pun ade adatnye.

ape adat2 die eh? berpakaian kemas? kemeja n baju kurung?

adat2 menghadiri kenduri kahwin:
  1. jangan basuh tangan dgn air yg disediakan tuan rumah khas utk minum. contohnya air sirap ke, air roselle ke..hukumnya haram. melainkan kita dh siap2 bwk air sirap sndiri dari rumah utk basuh tangan. ataupun mmg dlm kampung tu semua basuh tangan guna air sirap.
  2. jgn makan terlampau byk. kene pandai2 agak. khas utk seorang makan sahaja. jgn ambik makanan n lauk sampai bleh cover untk 2 org makan. melainkan dgn izin tuan rumah. kalau dah trlanjur makan banyak, kene bayar pada tuan rumah. sbb tuan rumah dh buat bajet makanan tu cukup utk brape org. kalo 10 orang dpt makan mcm 20 org, ertinya akan ade 10 orang yg xdpt makan.
  3. jgn pandai2 ambik n bungkus sndiri lauk utk bawak balik. kene dptkan izin tuan rumah.
indah kn Islam? dia jaga hak setiap manusia sampai sedetail ni..menyusahkan ke? maybe kalo kite jadi guest, mgkn kte kate gitu. camne kalo kite yg jadi tuan rumah?

renung2 kan dan selamat beramal =)

sumber: ustaz azhar idrus

Dec 3, 2011

Hari Asyura

sumber: sini


Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."

(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)




Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)."

(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."

(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh umat Islam.

Adapun di internet telah tersebar luas hadis kononnya berpuasa pada hari Asyura menyamai pahala 80 tahun beribadat. adapun hadis itu tiada sumbernya.


Apapun, kita kn ibadat kerana Allah. berapa pahala Allah nk bg, terpulang padaNya. yg kita tau, Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Jadi, mari kita sama2 puasa esok, Selasa 6 Disember 2011


***Sumber: wikipedia

Nov 27, 2011

Maal Hijrah


Selamat tahun baru semua.

Seperti biasa, disini akan dikongsi sedikit sebanyak tentang maal hijrah. *kalau salah tlong betulkan. saya budak baru belajar.

Pengajaran dari kisah hijrah Rasulullah.

1. Sebelum Rasulullah SAW berhijrah, pembesar2 Quraisy mengadakan mesyuarat. diberitakan ahli majlis tertinggi Quraisy itu (diketuai oleh Abu Jahal) seramai 12 orang, dan disertai juga oleh syaitan yang menyamar sebagai seorang tua dari kaum yg jauh. ada 3 cadangan dikemukakan, a) Nabi SAW dihalau ke luar Mekah. b) Nabi SAW ditangkap dan dikurung hingga mati. c) 100 orang pemuda dari semua kaum di Mekah diarahkan membunuh Nabi SAW.

cadangan a) dan b) ditolak oleh syaitan itu. c) diterima atas alasan, kaum keluarga Nabi SAW tidak akan dapat membalas dendam kerana semua kaum terlibat.

Pengajaran dari kisah ini ialah konsep musyawarah. walaupun pelakunya adalah kafir laknatullah, tetapi idea untuk bermesyuarat ini adalah sesuatu yang baik dan boleh dijadikan contoh dalam hidup bermasyarakat.

2. Allah SWT mewahyukan kepada Nabi SAW akan rancangan kaun Quraisy utk membunuh Baginda. Lalu baginda terus melaksanakan beberapa strategi untuk melepaskan diri.
a) Baginda berjumpa dengan Abu Bakar pada siang hari (kebiasaan kaum Quraisy adalah berjalan pada waktu malam kerana siang sangat panas). Abu Bakar kemudian meminta khidmat seorang kafir (namanya aku lupa) sebagai penunjuk jalan ke Yathrib (jalan yang jarang dilalui).

Pengajarannya: kita boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam kehidupan kita, untuk perkara2 yang menguntungkan umat Islam sahaja.
b) Nabi SAW kemudian meminta Ali untuk menggantinya di tempat tidur, sebagai usaha untuk mengaburi penglihatan kaum kafir itu.

Adakah Ali tidak tahu akan kemungkinan bahawa beliau mungkin dibunuh jika tidur di tempat Nabi SAW? Tidak, malah Ali sangat tahu kemungkinan itu. Tapi Ali diriwayatkan pernah berkata, matinya 100 orang Ali sekalipun tidak akan sama dengan wafatnya seorang Muhammad SAW. maka Ali bersedia untuk mati demi pemimpinnya. jadi pengajarannya, sekiranya dalam masyarakat telah muncul seorang pemimpin yang benar2 menjadi seorang khalifah di bumi Allah ini, maka wajib untuk kita mempertahankannya, walau dengan nyawa kita sekalipun.

c) Nabi SAW dan Abu Bakar kemudiannya memulakan hijrah. Ketika bersembunyi di Gua Tsur, Nabi dan Abu Bakar hampir berjaya dikesan oleh kaum Quraisy. tetapi Allah telah menggagalkannya dengan cara memerintahkan labah2 membina sarang di muka pintu gua dan burung merpati bertelur di pintu itu, utk mmberi ilusi gua itu sudah lama tidak diduduki.

Pengajarannya: sebagai manusia yang paling dicintai Allah, tentu sahaja Nabi SAW mampu untuk berdoa agar dipindahkan baginda dan Abu Bakar dalam sekelip mata. tetapi Allah melalui Nabinya mahu mengajar kita agar berusaha, dan selepas berusaha barulah bertawakal. tgk saja pertolongan Allah ketika Nabi dan Abu Bakar terperangkap di dalam gua dengan sudah kehabisan iktiar.

3. Ketika di Madinah, Nabi SAW menjadikan masjid sbg pusat pemerintahan. segala aktiviti ibadat, musyawarah, penentuan hukuman, menerima tetamu semuanya diadakan di masjid.

Pengajarannya: imarahkanlah masjid2.


Nov 21, 2011

syirik ke?


ini adalah lintasan hati, dan sentiasa dijelmakan dgn anggota secepatnya.

1. "Rilek la dlu, baru kul 5, letih lagi ni, dlm kul 5.30 aku solat la..bleh baring2 dulu jap".

2. "Eh, best plok cite running man ni...die abih dlm kul 7.45...ade mase lg nk smyg maghrib pastu...tgk cite ni dlu la sampai abis".

3. "Kesian plk mamat ni dtg jauh2 jumpe aku ni...borak2 la dlu jap..dlm 3.30 pn smpat lg zohor ni".

penah x korang berhadapan situasi di atas?

aku sgt pernah. sbb semuanya lintasan hati aku. *malu*

aku bukan xsedar...bukan aku xtau..

bile solat, kite mulakan dgn Allahu Akbar. ape maknenya? Allah Maha Besar. kalau Allah itu Maha Besar, dunia ni kecik la.

Syirik itu adalah menyekutukan Allah dengan sesuatu yg laen. Allah mewajibkn solat utk berinteraksi dgn hambanya.

Jadi, kalau kita hold solat, utk tgk cite running man, utk tgk bola sukan sea, utk sembang2 dgn membe, ape status kite? Syirik ke tu?

Nauzubillahi min zalik..Ya Allah, jauhkanlah aku dari syirik kepadaMu..



" Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi2 sblmmu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kami termasuk di kalangan orang yang rugi" - (Surah Az-Zumar, ayat 65)


" Barang siapa yang telah mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dlm beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh." - (Surah Al-Hajj, ayat 31)






Sep 15, 2011

Renungan Kehidupan

Dr Mohd Asri Zainal Abidin penah bercerita, Nabi SAW pnh bersabda dlam suatu riwayat (aku lupe perawi dan sumbernya), tapi matannya lbh kurang mcm ni

Di akhirat kelak, akan didatangkan manusia yang hidupnya dulu paling derita. miskin papa, hina dina, sentiasa sakit dan menderita pelbagai jenis kesengsaraan. Setelah didatangkan orang ini di hadapan Allah, maka Allah mencelupkan dia ke dalam Syurga, untuk tempoh masa sesaat atau kurang daripada itu.

Selepas itu, Allah bertanya kepada orang tersebut, " Bagaimana kehidupanmu dahulu di dunia?"

Jawabnya, " Ya Allah, hidupku dulu di dunia dulu sangat bahagia, tidak pernah ketemu kesengsaraan walau sedikit pn."

Kemudian, akan didatangkan pula ke hadapan Allah SWT manusia yang hidupnya dulu paling bahagia. kaya raya, keluarga bahagia, sihat, tiada masalah. sentiasa gembira hidupnya. Setelah didatangkan orang ini di hadapan Allah, maka Allah mencelupkan dia ke dalam Neraka, untuk tempoh masa sesaat atau kurang daripada itu.

Selepas itu, Allah bertanya kepada orang tersebut, " Bagaimana kehidupanmu dahulu di dunia?"

Jawabnya, " Ya Allah, hidupku dulu di dunia dulu sangat sengsara, tidak pernah ketemu kebahagiaan walau sedikit pn."




nice. so nice.

orang yang sangat derita di dunia, masuk Syurga xsmpai sesaat, trus lupa kesengsaraannya di dunia.

orang yang sangat bahagia pula di dunia, masuk Neraka xsmpai sesaat, trus lupa kebahagiaanya di dunia.


macamana pulak kalo selama2 nya dlm Syurga? Insya Allah

n macamana pulak kalo selama2 nya dalam Neraka? Nauzubillah



"wahai Tuhan, ku xlayak ke Syurgamu, namun xpula, aku sanggup ke Nerakamu"
"Ampunkan dosa-dosaku, terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa kecil dan besar''

Sep 4, 2011

Lailatul qadar?

selamat hari raya semua...maaf zahir batin.

so, mcmana Ramadhan lps? lagi baik dari seblumnye? or lagi berat nanang?

for me, berat nanang kut. sedih =(

trlalu byk keje. sume keje2 keduniaan. btulla kerja tu kn ibadah. tp kerja kuat, smpai mlm2 dh letih, apecer?

Ya Allah, temukanlah aku dan keluarga dengan Ramadhan akan dtg..amin

ok, ni pengalaman aku 3 4 tahun lps. xtaula lailatul qadar ke x...

mase tu aku dlm perjalanan balik raya dari KL...sorang2..mase tu stat dari kemaman dh sgt jem...

dlm pukul 2 pagi cmtu, aku pn smpai kt sebuah masjid, Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang. mase tu, masjid ni x fully functional lagi. solat terawih pn xbuat lg kt masjid ni...still in construction, tp bolehla kalo nk tumpang solat.

aku pn mse tu still x solat maghrib pn lg...n this is the last mosque b4 masuk mukim aku. aku pn pk pjg jgkla nk berenti sini, sbb masjid ni gelap. just 1 lampu bukak. tu pn lampu kalimatang je, dkt tmpt wudhu' kecik.

bile pk2, ni kn bulan pose. jadi aku pn tetibe jadi berani. aku park kete kt tepi jalan tu, then masuk ambik wudhu'.mase tu pn aku cuak. sbb rupenye tmpt solat die kt atas. atas tu mase tu gelap yg amat. aku pn pk nk solat kt mane ni, kang aku solat kt tepi tmpt wudhu' ni je kang.

then tibe2 aku dgr air mengalir. aku pusing belakang, aku tgk ade pakcik tgh ambik wudhu'. die kelihatan mcm org tempatan. mayb nk iktiqaf kut. aku pn jadi berani...sdh je aku wudhu', die dh naik atas. jadi aku pn naik jgkla kt atas tu.

smpai kt atas, mmg gelap la...just lmpu jalan yg masuk thru pntu yg terbukak tu. aku masuk dlm tu, nmpak pakcik tu dlm 3 saf kt dpn pntu...aku pn trs solat kt pntu tu...

mase aku tahiyyat akhir, aku terperasan pakcik tu tgh sujud....lps aku bagi salam, aku tgk kt dpn balik, pam!!pakcik tu dh xdok. gone.

aku terkejut. cpt2 tgk kiri kanan kut2 die kuor ikut pntu laen. ruang solat tu sgt luas. n xnampak satu pn pntu laen yg terbukak. kalo die nk kuar ikut pntu sblah aku ni, mcmana pn die mesti lalu dpn aku. aku sgt confident mase aku tahiyyat tadi, die still sujud.

aku pn baca doa cpt2, then trn tangga. masa smpai kt tmpat wudhu' tadi tu, aku gatal plk nk pegi kt tmpat pakcik tu ambik wudhu' takdi. bile tgk je, meremang bulu roma aku. sebarisan tu, sume xde kepala paip!n lantai kering, langsung xde tanda2 ade air situ.

aku ape lagi, cabut naik kete. nk naik kete tu pn mcm2 pk. kang tibe2 pakcik ni ade kt sblh accident la aku!...abis ayat Quran aku bace.

Smpai umah, aku jumpe pakcik ak. aku cite kt pakcik aku, die tnye pakcik yg aku jumpe tu, muke die cmne? aku kate aku xperasan. tp die pakai jubah putih, yg sgt putih bersih, mcm iklan dynamo tu.

pakcik aku kate, mayb pakcik tu Allah hantar nk temankan aku. sbb kalo pakcik tu xdok, mmg aku tktla nk solat situ. sbb sblm ni heboh kt masjid tu ramai org jahat buat kacau. yela, masjid xsiap lg. mmg aku tkt nk solat kalo pakcik tu xdok. aku tkt kene pau ke, kene rompak ke. nk raya dh kn.

n mlm tu jugak mlm ke 27. cuaca mmg baik, xpanas n xdingin.


ni la masjidnya.
gambar ehsan www.mosques.com.my

Firman Allah SWT dlm surah Al-Qadr, ayat 1 - 5.

Maksudnya

"Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka

membawa segala urusan.

Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)."

May 5, 2011

Tamparan wanita!


gambar hiasan semata2. diceduk dari sini


miss x: bznye dia....sampai lame xdgr berita. sihat ke x ni?

yoe: alhamdulillah sihat. tp sangat la bznye.

miss x: bz keje eh? hal restoran tu ke?

yoe: em....tu one thing la. tp besides kene jgk setel hal ofis, cari projek, bla bla bla...bla bla bla

miss x: wah kuat sangat keje ni!

yoe: besela...nk hidup kt dunia ni, kenela keje kuat sket.

miss x: em...nk hidup kt akhirat nnti, dah ready ke?

yoe: ................

morale of the story:

seimbangkanlah keperluan dunia dan akhirat anda.

renung2kan, dan slmat beramal!

Apr 27, 2011

Mencintai Rasulullah SAW

gambar dari iluvislam.com

seperti dijanjikan (walaupun dh beberapa bulan berlalu), kali ni aku buat entry pasal ape yg aku dengar dari Imam Muda Asyraf aritu. pada aku quite good. ada isi bernas.

die mulakan dengan bercerita.

pada zaman nabi dahulu, dalam suatu peperangan, seorang sahabat bernama abu dzar al-ghifarri tertinggal jauh ke belakang. ini kerana untanya itu sgt tua dan lambat. tapi abu dzar ttp bergerak menyusuri Nabi, walaupun beliau dah ketinggalan ke belakang selama berhari-hari. dlm cuaca yang sangat panas dan kering, dan tekak yang sangat dahaga, Abu dzar terjumpa satu takungan air. lalu beliau cepat2 mengisikan air tu dengan botol dalam simpanannya sehingga penuh. sebaik sahaja sebelum beliau minum air tu, beliau terfikir, Nabi SAW pn melalui perjalanan yang sama. dh pasti baginda pn haus. lalu Abu Zar xjadi minum air tu. beliau simpan utk diberi pada Nabi SAW.

beberapa hari pn berlalu.

akhirnya Abu dzar tiba di kawasan perkhemahan Nabi SAW. sebaik tiba, terus beliau jatuh pengsan. para sahabat terus mengangkat Abu dzar dan dibawa ke hadapan Nabi SAW. sebaik melihat keadaan Abu dzar itu, Nabi SAW mengarahkan para sahabat memberikan air kepada Abu Zar. Sebaik sahaja Abu dzar diberi minum, terus beliau terjaga. sebaik terjaga dan terpandang Nabi SAW, beliau terus mengeluarkan botol air dari simpanan beliau. Para sahabat kehairanan. Abu dzar ada menyimpan air, tetapi dia tidak meminumnya? Gilakah beliau? bukankah itu membahayakan dirinya sendiri?

rupenye beliau membawa air itu utk diberikan kepada Baginda Rasulullah SAW. wah, tgk mulianya hati para sahabat! mereka sanggup berkorban apa sahaja demi Nabi SAW. malah ade sahabat yang ketika ingin dibunuh oleh pemuka Quraisy, pemuka Quraisy itu bertanya, mahukah sekiranya tmpat kamu ini digantikan dgn Muhammad SAW, dan kamu bebas utk kembali kepada keluarga kamu? tetapi sahabat itu dengan tegas berkata

" Demi Allah, aku tidak rela sekiranya duri yang kecil sekalipun mencucuk kaki Muhammad SAW!"

Hebatnya kecintaan para sahabat kepada Nabi SAW kn? mengapa mereka bersungguh2 mencintai Nabi? sedangkan Nabi SAW juga adalah manusia biasa? kn dalam Quran ada diterangkan bahawa Rasulullah SAW itu adalah manusia biasa, tetapi diberikan petunjuk dan kelebihan untuk menjadi nabi dan rasul. jadi mengapa begitu bersungguh para sahabat mencintai Nabi? dan mengapa pula Nabi SAW sndiri begitu bersungguh mahukan kita mencintai dirinya, sehingga dalam hadisnya yang masyur ada menyebut, tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku ini lebih dicintainya daripada dirinya sendiri dan semua yang ada di dunia ini.

jawapannya ialah, sebenarnya Nabi SAW sangat2 mencintai kita para umatnya. disuruh kita mencintai Baginda adalah kerana Baginda telah pun dijamin tempatnya di Syurga oleh Allah SWT. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, di akhirat kelak, seseorang akan dibangkitkan bersama dengan orang yang paling dicintainya. jika Nabi SAW yang paling kita cintai, bukankah kita akan dibangkitkan bersama Baginda di Syurga kelak?

Semua yang Nabi SAW lakukan dan perintahkan, merupakan perintah dan arahan dari Allah SWT. semuanya untuk kebaikan kita.

Jadi marilah kita bersama2 mencintai Rasulullah SAW dengan sepenuh hati. kerana dengan mencintai Rasulullah SAW itu, sebenarnya kita mencintai Allah SWT. dan insya Allah, Allah akan memberikan kita ganjaran yang terbaik di dunia dan akhirat.

Insya Allah

Mar 4, 2011

Berbicara dengan Mr x

yoe: kuatnye keje skrg ni. nk kawen dh ke?

mr x: ye la bro. tggu mung, dok kawen la aku. (padan muka aku. nk berbasa-basi pn, biar tidak membunuh diri sndiri)

yoe: ilek la bro. gaji mung kn besar dh. keje kuat2 sgt nk buat ape? lagipun mung tu brape thn dh keje, dokkang xdok saving?

mr x: mung tau x, kalo la nafsu aku ni dok macam nafsu kuda, aku rela beli kete lagi. bayang je la, wang hantaran saje dkat RM10,000.00. Diploma je tu. dok capur hantaran lagi, kos jamuan, nyambut nantu, fotografi.aduh

yoe: em...downpayment neo aku pn RM8,000.00 je. hehehe... tp standard la zaman lening kn. mung nk cari celoh mane lagi hok wang hantaran RM4 je?

mr x: dokla sapa RM4. kalo RM4000.00 pn ok dh. ni mok mcm nk jual anak. ayah plok ikut je mok kate mnde2. aku ni dhla nk tlg die tanggung dosa anak die tuh, die g wak mahal plok dh. kete pn aku ade dh, rumah aku byr. bukan setakat makan minum, dosa pn aku tanggung. nafkah bulan2 lagi. ni lagi nk jual mahal. mung dokkang dok tau, zaman nabi dulu nikoh mas kahwin ayat Quran je.

yoe: dh dok salah ayah die dh. ayah die tau mung hafal al-fatihah je, nk buat mas kahwin guane gitu?hahahha

mr x: aku serius mung buat lawak plk dh. ce mung pikir molek. "aku terima akan nikahnya dgn mas kahwin yg tersebut itu". tu ayat bertapis. kalo betul gini, aku terimalah dosa anak mung ni dari pale mung dgn bayaran mas kahwin tersebut". nk tanggung dosa anak die pun kene bayar. mahal plk tuh.

yoe: mung marah ke aku buat mende? bukan mung nk nikoh nge anak aku.

mr x: aku dok puas ati ni. mung tau kn, maskahwin n hantaran tu berbeza. maskahwin wajib, hantaran tu adat je, tanda keikhlasan. kalo sapa RM10,000.00 tanda keikhlasan, mmg dok ikhlas mane dhla aku. sbb aku tgh xdok duit ni, err....mlm ni mung blanje la kn?

yoe: ceh

morale of the story:

1) berbasa-basi jangan sampai bg bola tanggung kepada pihak lawan.

2) trick2 nk pau itu ade pelbagai

3) Nabi bersabda," Sebaik2 maskahwin itu ialah maskahwin yg mudah." riwayat Abu Daud. mudah, bukan plg murah. jadi maskahwin ni berbeza mengikut tmpat dan keadaan, asalkan tidak mmbebankan kaum lelaki. hantaran pula adalah adat resam semata2. melambangkan keikhlasan pengantin lelaki kepada bakal isterinya.

4) hantaran janganlah tinggi2 sangat.

=)

Mr X

Feb 14, 2011

Pengajaran dari Maulidul Rasul

12 Rabiulawal 1432 H. hari ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW. maulidul rasul.

Rasulullah SAW. namanya aku dengar sejak kecil lagi. dlm bilikku, berdozen2 buku sirah nabi tersusun rapi. semuanya telah aku khatam dari kulit ke kulit. tp still, aku rase sgt kerdil. brape byk sunnah nabi yg dh aku amalkan sbnrnye?

Semua tau, kt akhirat nnti, hanya Nabi Muhammad SAW yang boleh bagi syafaat, bantuan kepada umatnya. betapa utamanya kedudukan umat Nabi Muhammad SAW ni di sisi Allah, smpaikan Nabi Allah Musa pun pnh berkata, alangkah bahagianya sekiranya aku juga adalah umat Muhammad. bayangkan, seorang Nabi, malah berpangkat Ululazmi malahan mahu mnjadi umat Muhammad. kita ni yg mmg dh lahir sebagai umat Nabi Muhammad, sudahkah kita bersyukur?

Menjelang saat kewafatan Nabi SAW, ketika merasa peritnya maut, baginda malahan meminta supaya ditimpakan segala kepedihan maut itu padanya, agar kita umatnya tidak aan menderita keperitan sakaratul maut itu. malahan di saat hujung nafasnya juga, baginda masih memikirkan tentang kita, umatnya.

tetapi kita, apa yg telah kita buat utk nabi SAW?

Nabi SAW pernah bersabda,"tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah aku lebih dikasihinya, melebihi ibu bapanya dan seluruh orang yang lainnya". Riwayat oleh Bukhari.

Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Taubah, ayat 9, yang bermaksud:

" katakanlah (wahai Muhammad), jika bapa2 kamu, dan anak2 kamu, dan saudara2 kamu, dan isteri2 kamu (atau suami2 kamu), dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah2 tmpat kamu tinggal yg kamu sukai, (jika semuanya itu) mnjadi perkara2 yg lbh engkau cintai daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berjihad di jalanNya, maka tggulah sehingga Allah mndatangkan keputusanNya (azabNya), kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yg fasiq (derhaka)."

kata orang, tak kenal maka tak cinta. jadi untuk mencintai Rasulullah, tidak boleh tidak, kita wajiblah mempelajari tentang sirah dan sunnahnya.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 M di Lembah Bakkah, di rumah Abu Talib. sumber sini. Abdul Mutallib, datuk nabi berhajat utk mmberikan nama Qasam kpada baginda nabi, sempena nama anaknya yang meninggal ketika berumur 5 tahun dahulu. apabila hajatnya dikabarkan kepada bonda Nabi, Aminah, maka dgn lembut Aminah menolak. katanya sepanjang mengandungkan Nabi SAW, beliau selalu didatangi mimpi yang menyuruhnya menamakan bayi tersebut dengan nama Muhammad. mndgr kata beliau, maka Abdul Mutallib pn bersetuju.

di sini terdapat satu pengajaran. pemberian nama kepada seorang bayi adalah sgt2 penting. lihat saja, Nabi SAW dinamakan sendiri oleh Allah SWT. nama yg diberikan akan mnjadi faktor penting mempengaruhi keperibadian seseorang. aku pernah mendengar seorang ustaz berkata, sekiranya bapa bayi adalah seorang yg fasiq (termasuklah perokok, perempit dsb), maka jgn sesekali biarkan dia menamakan anaknya, kerana anaknya kelak akan mnjadi seperti dirinya sendiri. jika bapa adalah perokok, maka anak juga akan merokok dgn lebih tegar. wallahualam.

pada awalnya, Nabi SAW disusukan oleh Thuwaibah, iaitu hamba perempuan Abu Jahal. kemudian Aminah memutuskan untuk mnghantar Nabi SAW ke pedalaman untuk disusukan.

mengapa bonda Nabi SAW tidak susukan sndiri anaknya? bukankah ibu sendiri lebih baik menyusukan anaknya? di sini ada 3 faktor yg mendorong Aminah menyerahkan Nabi SAW utk disusukan oleh orang lain. yg pertama, faktor adat. sudah mnjadi adat bagi golongan bangsawan Quraisy Mekah utk mnghantar anak mereka untuk disusukan oleh kaum perempuan yg tggl di pedalaman. kedua, suhu di kota Mekah ketika itu sgt2 panas, maka Aminah bimbang, Nabi SAW akan dijangkiti penyakit. dan faktor terakhir ialah, persekitaran. kota mekah di ketika itu berada dalam kegelapan, dan penyakit sosial yg sgt parah. Aminah mahu anaknya dibesarkan di tempat yg masyarakatnya tidak bergelumang dengan maksiat.

di sini ada lagi pengajaran yg Allah berikan kpd kita. dalam mendidik anak, kita juga perlu menekankan pada 3 faktor ini; adat, cuaca/kesihatan, dan persekitaran. adat mestilah yg tidak bercanggah dengan syarak, sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu dahulunya membedung anak mereka. dan dari pemerhatian, ternyata anak yg dibedung ini lbh mudah dikawal berbnding yg tidak dibedung. kesihatan anak juga perlu dititikberatkan. buatlah apa sahaja yg perlu utk memastikan mereka sntiasa sihat dan gembira. dan yg plg penting, persekitaran.

apabila mendengar hajat Aminah yg mahukan Nabi SAW disusukan di luar kota Mekah, maka Abdul Mutallib pn mendukung cucunya, dan menunggu di luar kota Mekah, ketibaan wanita2 dari pedalaman yg akan datang mncari anak susuan. tetapi tiada seorang pn yg ingin menyusukan Nabi SAW, apabila mengetahui bahawa Nabi SAW adalah anak yatim. semuanya mncari bayi orang kaya, dengan harapan mndpat upah yg banyak. dan ketika Abdul Mutallib sudah hampir putus asa, maka datanglah 2 orang mndekat padanya. 2 orang ini ialah Halimah binti Abu Zuaib As saadiah (Halimatus Saadiah) dan suaminya, Harith (ada hikayat mengatakan namanya Abu Kabsyah). mereka sebenarnya ditinggalkan oleh kaumnya, kerana mereka menunggang unta yang sudah tua dan lambat geraknya.

pada mulanya, ketika Halimatussaadiah mengetahui bahawa nabi SAW adalah anak yatim, maka beliau pun berpaling untuk pergi. tetapi suaminya menahan, dan memintanya supaya menyusui Nabi SAW kerana tiada lagi bayi lain yg boleh disusui. patuh dengan perintah suaminya, Halimah lalu mendukung Nabi. sebaik sahaja menatap wajah Nabi, maka Halimah diam terpaku, sehinggalah dikejutkan oleh suaminya. Halimah berkata, tidak pernah dia memandang wajah seseorang seperti Nabi SAW, sehingga berasa tidak puas dipandang. Suaminya juga berkata demikian.

dengan Nabi SAW dalam dukungannya, unta mereka tiba2 menjadi sangat pantas, sehingga mampu memintas kaum mereka yg meninggalkan mereka sebelum ini. di rumah, Halimah menjaga Nabi SAW dengan penuh kasih sayang, dan dia dan suaminya tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata2 yang tidak baik.

ini diakui sendiri oleh Nabi SAW yg bersabda yg bermaksud, "sepanjang 5 tahun aku di rumah ibuku Halimah, tidak pernah sekalipun dia mahupun suaminya mengeluarkan kata2 yang tidak baik kepadaku mahupun anak2 nya yang lain".

di sini ada pengajaran terbesar dalam mendidik anak2. keadaan persekitaran sangatlah penting dalam mndidik anak2. kasih sayang perlulah diutamakan berbanding kemarahan. anak2 yg hidup dalam persekitaran yg dipenuhi kemarahan, akan membesar mnjadi seorang yang perengus dan pemberontak. lihat sahaja mat2 rempit kini, mereka sebenarnya memberontak, mungkin kerana di rumah mereka sentiasa dimarahi oleh ibubapa mereka.

lihat bagaimana Nabi dibesarkan dalam persekitaran yang penuh kasih sayang. benar, Nabi SAW sentiasa dipelihara oleh Allah, tetapi setiap yg Allah jadikan itu, adalah pengajaran bagi orang2 yg berakal.

jadi, marilah kita sama2 mengambil iktibar dari segala pengajaran yang Allah berikan melalui lahirnya Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. semoga Maulid Nabi kali ini akan mencambahkan kasih sayang dan kerinduan yang amat sangat kepada Rasulullah SAW, kerana cinta kepada Rasulullah SAW, bererti cinta kepada Allah.

sabda Rasullullah SAW,

" di Akhirat kelak, kamu akan dibangkitkan (dihimpun) bersama-sama dengan orang yang kamu kasihi". Hadis Riwayat Bukhari

gambar dari sini

Ads

Shamsian