Showing posts with label persoalan. Show all posts
Showing posts with label persoalan. Show all posts

Jun 1, 2011

Mane duit seringgit aku?



‎Fadhlan Hafiz Helmi dan dua sahabat baiknya, Faizal Hasan dan Hafizul Azizi Rasid telah bermalam di sebuah rumah tumpangan. Sewa untuk sebuah bilik adalah RM30 untuk satu malam. Fadhlan, Faizal dan Zul mengeluarkan RM10 seorang untuk membayar kos itu. Kira tong tong la ni..


Penjaga kaunter (Ahmad Shahrul Nizam aka Yoe) telah menyerahkan RM30 kepada owner rumah tumpangan (Ahmad Fakhruzi Abd Majed) tersebut, Owner tersebut baik hati untuk memberikan diskaun RM5 kepada mereka. Sebelum memulangkan RM5 itu kepada mereka, Yoe telah mengambil RM2 dan kemudiannya baru memulangkan RM3 kepada mereka.


Selepas masing-masing dipulangkan RM1 setiap seorang, kiranya mereka hanya membayar RM9 sahaja setiap seorang untuk rumah tumpangan itu. Persoalannya:


RM9 x 3 orang = RM27.. Campur RM2 yang diambil sebagai komisen oleh penjaga kaunter jadi RM29. Di manakah seringgit lagi kerana jumlah yang mereka keluarkan adalah RM30 pada awalnya?!!


Ada sesiapa bijak pandai boleh menjawab?

Disclaimer: pelakon adalah bukan nama sebenar

**credit to Hafizul Azizi Rasid

Oct 18, 2010

Tahukah anda?

tahukah anda, kutu darah dapat menghidu bau darah sejauh 7 hari perjalanan berjalan kaki?

akhirnya terjawab soalanku. kita biasa terbaca dalam buku2 sejarah Islam, di padang pasir yang luas terbentang tu, sering ada perompak2 yang merompak kabilah2 dagang. awalnya tu heran juga, mcmana diorg jumpe kabilah tu? bukan ada sign board ape2 pn kt padang pasir tu zaman2 dulu kn? kalau nk kata diaorg follow kabilah dari awal perjalanan, biasanya setiap kabilah dagang ada pengawal yang jaga di hadapan dan di belakang. jadi kalau diaorg follow, msti dh nampak awal2 kn? yela, padang pasir, mane ada tmpt menyorok.

rupa2nya, diaorang akan cari kutu2 darah..sbb kutu darah ni diberitakan apabila dia dapat menghidu bau darah, dia akan stay je kt tmpt tu smpaila kabilah tu smpai. jadi sebaik sahaja diaorg jumpe kutu2 tuh, diaorg just bersiap2 kt tmpt tu, dan menunggu kabilah dagang tersebut. mcamna diaorg cari kutu tu, guna microscope ke ape, wallahualam.

Subhanallah, besar kn kuasa Allah?

Jul 27, 2010

Hang Tuah; akukah benar, atau Jebatkah benar? Part 2


Hang Tuah lima bersaudara terkenal dengan gelaran laksamana, pendekar, pahlawan, wira, dan juga wali Allah. dikatakan kebanyakan ilmu silat ketika ini berasal daripada mereka. zaman dulukala, Melayu dikait rapat dengan hubungan dengan jin. keris diasap dan dipuja. sehingga ada pahlawan2 dulu yg boleh terbang, kebal dan sebagainya. maka tidak hairanla sekiranya sekarang ini ada yang diganggu makhluk halus, tok imam / si perawat akan tanya," awak ni main silat ke?"

kembali kepada persoalan kita; Tuahkah benar, atau Jebatkah benar? di sini ada beberapa percanggahan fakta sejarah. jika dikaji secara mendalam, ada sejarah Melayu karangan sarjana Eropah yang menafikan kewujudan Hang Tuah lima bersaudara. dia mengatakan kewujudan Hang Tuah semata2 dongengan/ lagenda ingin menonjolkan kehebatan bangsa Melayu. dongengan seperti mana Lagenda Batu Belah Batu Bertangkup dan juga Si Tanggang. (Batu Belah Batu Bertangkup dan si Tanggang adalah lagenda klasik Melayu, walaupun tiada bukti sahih kewujudan mereka, tetapi masyarakat menganggapnya wujud atas dasar moraliti dari cerita tersebut).

Walau begitu, kita lebih cenderung mengatakan Hang Tuah lima bersaudara benar2 wujud. dan menjadi antara pemangkin kehebatan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dahulukala. kita beranggapan bahawa pendapat sarjana Eropah itu semata2 propaganda untuk menidakkan dan menafikan sejarah Melayu yang menjadi kebanggaan kita.

tentang penderhakaan Hang Jebat, ada riwayat yang mengatakan bahawa benar Hang Jebat mengamuk, tetapi dia hanya membunuh penjahat2 dan pengkhianat, sehingga ada yang mengatakan bahwa pencuri telur ayam sekalipun dibunuhnya. dia tidak membunuh orang2 awam yang tidak berdosa, kerana banyak pendapat yang mengatakan Hang 5 bersaudara ini merupakan wali Allah, maka sudah pasti tidak layak untuk seorang wali membunuh secara membabi-buta. tetapi sungguhpun begitu, sudah pasti hal ini menimbulkan isu, kerana mengikut syariah Islam, bukan semua jenayah dikenakan hukuman bunuh.

Jebat mengikut hikayat, mengamuk dan menderhaka untuk membela kezaliman yang dilakukan Sultan Melaka yang termakan hasutan pembesar keturunan Majapahit yang ingin melihat Hang Tuah dibunuh. Hang Tuah difitnah mempunyai hubungan sulit dengan Puteri Gunung Ledang yang menjadi gundik (ada yang mengatakan isteri) Sultan Melaka ketika itu. dari sini kita dapat lihat, fitnah adalah akar umbi masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.

Tuah pula, terkenal dengan kesetiaan pada Sultan yang memerintah. kesetiaan adalah sifat yang terpuji, malangnya mengikut hikayat, Tuah tersalah ijtihadnya dalam kesetiaan, sehingga kesetiaannya menjadi membuta-tuli. jika diperhalusi, Tuah juga tidak bersalah. dia diperintahkan membunuh Jebat yang ketika itu menghuru-harakan dan menjadi ancaman kepada keselamatan rakyat Melaka seluruhnya. jadi menjadi tanggungjawabnya sebagai satu2nya orang yang dapat menandingi kehebatan Jebat untuk patuh pada titah Sultan yang menitahkannya untuk membunuh Jebat. ttp yang mngkin mnjadi persoalan dan isu ialah titah Sultan supaya Jebat dibunuh itu dipegangnya sekuat hati, sehingga walau Jebat menawarkan perdamaian, tidak diendahkannya.

Jebat dikatakan bersalah kerana dia mengamuk dan menderhaka pada Sultan. bukan penderhakaan itu yang mnjadikannya bersalah, tetapi lebih kepada pembunuhan2 yang dilakukannya. pepatah Melayu berkata, 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah'. jika kita melihat perbuatan Sultan Melaka ketika itu sbg tidak adil, maka 'penderhakaan' Jebat tidak lagi mnjadi dosa (kepada masyarakat) kepadanya.

Tuah pula menyoal dirinya sendiri, kerana dirasakan dia bersalah membunuh orang yang membelanya sendiri. bukan orang lain, sahabt baik dari kecil sehingga dianggap saudaranya sendiri. dia tidak menghargai pengorbanan sahabatnya, yang sanggup mengorbankan nyawa untuk membelanya. namun dia tersepit atas dasar kesetiaannya pada raja dan negara. dan mungkin benar, kesetiaannya membabi buta. itu dosanya di mata masyarakat.

Jadi, siapakah benar; Tuahkah benar, atau Jebatkah benar?

p/s : teringat nukilan nik aziz, baik jadi seperti Hang Abu Bakar (Abu Bakar As-Siddiq) yang mengatakan ikutilah aku sekiranya aku benar, dan betulkanlah aku sekiranya aku salah, ataupun seperti Hang Umar (Umar Al-Khattab) yang mengatakan sekiranya aku salah, betulkanlah aku walaupun dengan mata pedang.

wallahu alam


Jul 24, 2010

Hang Tuah; akukah benar, atau Jebatkah benar? Part 1

aku pernah terbaca artikel yang menghuraikan asal-usul Hang Tuah dan 4 saudaranya kononnnya berbangsa Cina, atas dasar nama Hang, yang merujuk kepada Puteri Hang Li Po. Juga kononnya dalam perbendaharaan nama Melayu zaman silam, tiada awalan nama Hang bagi orang Melayu.

padaku, biarkan ia seperti yang telah diketahui umum. Hang Tuah lima bersaudara adalah kebanggaan Melayu. tidak perlu dikaji asal-usulnya, mgkn kebanyakannya adalah propaganda untuk menghilangkan kebanggaan bangsa Melayu ini. cukuplah kita berpegang pada kata keramat Hang Tuah, " takkan Melayu hilang di dunia" menjadi bukti betapa Melayunya Hang Tuah itu sendiri.

Hang Tuah lima bersaudara menjadi popular selepas berjaya menyelamatkan Paduka Bendahara Melaka dari serangan orang yang mengamuk di pasar. dalam buku sejarah Melayu Raja Bestari, Melaka mempunyai 9 orang panglima yang dikenali sebagai Hang 9 bersaudara; Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. mereka dikatakan pernah mengiringi Sultan Mansur Syah ke Majapahit bagi memperisterikan anak Betara Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana yang kemudiannya menjadi isteri kedua Sultan Melaka. Di Majapahit inilah Hang Tuah mendapat kurnia dari Bentara iaitu keris keramatnya Taming Sari, selepas menewaskan pahlawan terbilang Majapahit yang bernama Taming Sari.

Cerita Hang Tuah ini telah difilemkan banyak versi. yang paling popular adalah versi P Ramlee dan juga Nordin Ahmad. dari perbualan dgn orang yang ahli dalam sejarah Melayu, dikatakan versi Nordin Ahmad lebih menepati fakta, terutamanya yang melibatkan adegan pertarungan paling bersejarah dalam sejarah Melayu, Laksamana Hang Tuah vs Laksamana Hang Jebat. sebelum itu Hang Tuah telah difitnah oleh seorg pembesar Melaka berasal dari Majapahit (aku lupa namanya) sehinggakan beliau dihukum bunuh oleh Sultan. kemudian, Sultan melantik Hang Jebat sebagai Laksamana menggantikan Hang Tuah, dan dianugerahkan keris Taming Sari.

Hang Jebat mengamuk dan menderhaka kepada Sultan, kerana berasakan Sultan menzalimi saudaranya Hang Tuah. ramai yang terbunuh dalam amukannya itu, malahan Sultan juga terpaksa meninggalkan istana apabila diserang oleh Hang Jebat. dengan keris Taming Sarinya, Hang Jebat tidak dapat dikalahkan. tambahan pula kononnya keris Taming Sari akan menyebabkan pemakainya mnjadi kebal.

Sebenarnya Hang Tuah tidak dibunuh oleh Bendahara, sebgaimana perintah Sultan. beliau telah disembunyikan. dan apabila melihat Hang Jebat sudah hilang kawalan diri, maka Bendahara membawa Hang Tuah keluar dari persembunyiannya dan mengadap Sultan. Sultan lalu memerintahkan Hang Tuah utk mmbunuh Hang Jebat, dengan keris pusakannya sendiri..

adegan pertarungan.


Hang Tuah diiringi ramai termasuk oleh Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu ke tempat Hang Jebat. sebaik ternampak Hang Tuah, Hang Jebat mula menyesal, krana disangkanya Hang Tuah sudah mati. ttp Hang Tuah ttp berkeras ingin mmbunuh Hang Jebat, krn itulah titah Sultan kepadanya. maka dengan kecewa, Hang Jebat membuka pintu istana dan memulakan pertarungan.

walaupun Hang Tuah lebih hebat dan berjaya menikam Hang Jebat, tetapi dengan Taming Dari ditangannya, maka Hang Jebat adalah kebal dari tikaman itu. selepas lama bertarung, akhirnya Hang Tuah berjaya menyepak Taming Sari dari genggaman Hang Jebat dan terpacak ke dinding, lantas terus diambilnya. Hang Tuah melemparkan keris pusaka Sultan kepada Hang Jebat, dan mereka terus bertarung.

Setelah sekian lama, akhirnya pertarungan beralih tmpt ke ruang makan, dimana di pintu ruang makan itu ada langsir kuning, Hang Jebat terperangkap dalam langsir itu, lantas ditikam oleh Hang Tuah dengan Taming Sari.

Sebaik sahaja darah bersemburan dari luka di badan Jebat, Tuah mula menyesal. dia lantas memberikan Taming Sari kepada Jebat. dengan keris Taming Sari ditangannya, Jebat lantas keluar mengamuk ke pasar, meninggalkan Tuah dgn sesalannya. akhirnya selpas 3 hari, Jebat akhirnya meninggal dunia. dan Hang Tuah kembali dilantik sebagai Laksamana dan memegang pedang kerajaan Melaka.

tetapi kematian Hang Jebat menimbulkan konflik dan sesalan yang maha besar dalam diri Hang Tuah. hang Jebat mengamuk dan menderhaka bagi menuntut keadilan bagi pihaknya, sebaliknya dia bukan sahaja tidak berterima kasih, malah membunuh pula sahabat merangkap saudaranya itu. sesalan itu tidak dapat diatasi oleh Hang Tuah, lantas beliau meninggalkan Melaka entah ke mana. sebelum bertolak, beliau pernah bertanya pada dirinya berulang2;

"akukah benar, atau Jebatkah benar?"

keris taming sari?

Ads

Shamsian