Showing posts with label world cup. Show all posts
Showing posts with label world cup. Show all posts

Jul 12, 2010

kuasa baru dunia!


smlm berakhir scara rasmi World Cup 2010 South Africa. dengan spain muncul negara baru yang menjulang piala teragung bolasepak dunia ni. smlm, aku menyaksikan perlawanan akhir di dataran syahbandar bersama jerol, mat yoe, sober, lukpi dan sheshe. cukup happening, dan cukup riuh.

padaku perlawanan akhir tidak semenarik perlawanan 3/4 antara germany dan uruguay. kedua2 pasukan spain dan holland sgt berhati2. dan corak permainan holland sgt keras, shgga webb pengadil dari england terpaksa melayangkan 9 kad merah kepada mereka, dgn dua daripadanya diberi kepada joan heitinga. perlawanan akhir smlm juga mencatat rekod baru apabila menjadi perlawanan terbanyak dilayangkan kad kuning iaitu sebanyk 14 keping; 9 holland dan 5 spain.

separuh masa pertama hambar. sume banyak aksi2 kungfu utk disaksikan, sperti flying kick nigel de jong tepat ke dada xabi alonso. tapi de jong hanya dapat kad kuning.

separuh masa kedua, spain lebih menguasai perlawanan. namun holland trlebih dahulu mndapat peluang keemasan apabila wesley sneijder melepaskan robben utk one-on-one dgn casillas, ttpi sepakan robben brjaya ditampan dengan kaki oleh casillas.

kemasukan jesus navas menggantikan pedro mmberi lebih pace kepada spain. jesus navas sgt laju dan berbakat, kemasukannya berjaya menjadikan spain lbh berbahaya. minit 81, cesc fabregas dimasukkan menggantikan xabi alonso. dan permainan mnjadi milik spain sepenuhnya.

di awal extra-time, fabregas mendapat peluang keemasan utk menjaringkan gol, ttpi berjaya ditampan oleh stekelenburg, walaupun ketika itu die hanya berdepan dengan keeper holland itu sahaja. kemudian fabregas membuat larian solo, dan berjaya melepaskan rembatan, sygnye sdkit tersasar.

4 minit sblm tamat extra-time, fabregas menghntar cantik kepada iniesta utk gol kemenangan spain.


jadi spain juara dunia baru!

spain kuasa sukan baru! no1 dalam tenis, bolasepak, lumba motor, bola tampar...

apepun, fabregas ttp dihati.

lps ni rutin kehidupan kembali sperti biasa, tiada lagi tgk bola di hazlan, tiada lagi waka-waka.

sedih =(

Jul 9, 2010

WC 2010...sejarah bakal tercipta!

perlawanan separuh akhir dh pun berakhir. semua dh tahu, team mana yg menang kn?

semi-final 1: uruguay vs holland

dlm game ni. ada calon gol terbaik kejohanan dijaringkan. rembatan kencang kapten holland, giovanni van bronckhorst untuk gol pertama holland. dari jarak 35 meter, dengan kelajaun 171 km/j, terus menuju penjuru gawang uruguay.

forlan membalas untuk uruguay, juga dengan rembatan kencang, sblm wesley sneijder menjaringkan gol kedua holland dan juga gol kelima peribadinya, dan robben menjadikan kedudukan 3-1 hasil tandukan cantik.

uruguay merapatkan jurang pada minit 92, dan lepas tu menjadikan jantung aku menjadi aktif tibe2. sgt cuak, kerana diorg serang gile2.. nasib baik, holland bertahan baik, dan melangkah ke final.

semi-final 2: spain vs germany

spain adalah pre-tournament favourite, germany pula in-form team, dan juga the most exciting team in WC2010. separuh masa pertama, kedua2 team bermain baik, dan agak berhati2...tidak banyak cubaan ke arah gol lawan.

oh ya, dlm game ni, torres direhatkan, diganti dengan pedro. torres just masuk 2nd half. fabregas pula langsung dok masuk. ahhh!!!

separuh masa kedua, spain mempamerkan persembahan mantap. passing yang kemas, bek sempurna. cuma finishing kurang, shgga trpaksa menunggu bek, carles puyol utk menanduk masuk gol kemenangan.

so final wc2010: SPAIN VS HOLLAND

sapepun mng, yg pasti sejarah telah tercipta. kedua2 team belum pernah mng world cup sebelum ni. kalo holland mng, maka akan tercatat 2 sejarah; holland juara dunia buat kali pertama, dan sneijder jadi pemain pertama mng semua kejohanan disertai (die dh mng treble dgn inter milan).

yg pasti, aku insya Allah akn menonton final dengan perasaan yg tenang. due2 team aku sokong dari awal lagi. ac aku lebih sokong spain, tp jersey spain ada lambang salibla..dokkang nk tgk final dok pakai jersey kn? esok kene cari kut2 ade baju spain yg xdok logo..kalo xdok jugok, beli baju holland la. huhuhu...oh ya...apapun, baju germany wajib dibeli.lawa gile!

lps kejohanan spain vs germany, paul the octopus, celebrity plg terkenal dunia ketika ini kerana KONONNYA ada kuasa psikik yg boleh meramal dgn tepat perlawanan yg melibatkan germany telah menerima ancaman bunuh dari peminat2 germany, kerana meramalkan bahawa spain akan mng di semi-final menewaskan germany.
paul ketika meramal germany akan mng lawan argentina..mase ni masih lagi sihat

paul slps meramal kekalahan germany













ok...gambar kedua aku tipu.

"dan barang siapa yang meyakini bahawa ada yg lain (selain Allah) yg dapat menentukan sesuatu, maka ia telah berlaku syirik..."

nauzubillah.

Jul 4, 2010

Drama King!

skrg WC 2010 dh pn masuk semi finals. barisan semi finalistnye pn sume dh diketahui. beberapa kejutan berlaku, tp adatla kn? org kata sbb bola itu bulat. applicable ke? kalo bola itu bujur, adakah kejutan xkn berlaku?hahaha...malu plok berasa buat lawak ala2 raja lawak..hehehe

apepun, first game suku akhir, ghana vs uruguay. ghana adalah satu2 negara Afrika yg mara smpi suku akhir. so mereka dapat sokongan padu tuan rumah. n sume benua afrika. uruguay plak, mereka pernah dua kali jadi juara dunia, thn 1930 dan 1955 kalo xsilap. tp lps tuh, mereka merosot. dan WC kali ni adalah medan terbaik menebus maruah.

Game berlangsung sengit. Ghana lead 1-0 mase injury time first half, before diego forlan equalise hasil free kick yg cantik minit ke 55. perlawanan menarik, due2 pihak saling serang-menyerang, sehingga berlarutan ke extra time. minit terakhir extra time, bermulala drama untuk game ni. minit ke 120, striker uruguay, luis suarez menampan bola dengan tangan untuk mengelakkan bola tandukan kevin-prince boateng masuk goal. mase tu keeper dh tertewas, kalo suarez dok tampan, for sure goal. dn die dikenakan kad merah, dan ghana diberi penalti. di kala perlawanan hampir pasti dimenangi oleh Ghana, penyerang terbaik Ghana, Gyan Asamoah, miss penalty! kene palang! wut a miss...dan bile masuk penalty shoot-out, Uruguay mng 5-3.

Ini menimbulkan debat dan ketidakpuasan hati. ramai yg meminta FIFA mengambil tindakan tegas ke atas Suarez, kerana menahan dengan tangan, dan tidak menunjukkan semngat kesukanan yg tggi. sperti motto FIFA, " winning is without value if victory has been achieved unfairly or dishonetly. cheating is easy, but brings no pleasure".

tp FIFA just bagi automatic 1 match ban...camon FIFA..

tp pada peminat uruguay, Suarez adalah wira. but 4 me, it's not fair la. lack of sportmanship. dh spatutnye, suarez dikenakan penggantungan yg lama sbb lps ni, ramaila yg snggup tahan gune tangan dlm tournament2 beso.
abihla netherlands kali ni...uruguay ade ramai keeper

2nd game, brazil vs netherlands. brazil mcm bese, favourite utk mng World Cup. tp aku sokong netherlands. sbb ade persie. hehehe

awal2 stat, bek netherlands shaky gile. mcm neves gile maen. bru brape minit maen, brazil dh score. nasib baik la rules out sbb offside. tp xlame lps tuh, felipe melo passing lawa btol2 tgh defender, trs kepada robinho utk score gol pertama Brazil.

dlm hatiku kate, terukla netherlands kene mlm ni!

lps tuh, due2 team maen hambar. brazil mcm terlalu yakin akn menang, mempamerkan persembahan terbosannya stakat ni. netherlands pn same hampeh. bosan2!

2nd half, netherlands mule menyerang. dan berjaya menyamakan kedudukan apabila hantaran robben ditanduk ke gol sndiri oleh Felipe Melo. then 10 minit lps tuh, sneijder pula tanduk masuk hasil bola flick kuyt dari jarak dekat utk kedudukan 2-1.

lps tuh, brazil mule tertekan. dan mula maen kasar. felipe melo dgn sengaja memijak kaki robben, lalu dikenakan kad merah. robinho pn mule maen kasar. ac aku pn agak bengang ke robben. pantang org sentuh skt terus terguling..tp aku mule yakin netherlands akan menang, bile tgk brazil dh hilang ketenangan. tp aku bengang, netherlands ade sekurang2 nye 3 clear chance utk tmbh gol, tpn disiakan.

arjen robben si diver

hampeh robben dan persie.

utk semi-final yg pertama: uruguay vs netherlands

prediction: netherlands mng 2-1

Uruguay squad

netherlands squad

3rd game: argentina vs germany

argentina adalah favourite utk mng game ni. mereka ada rangkaian penyerang terbaik dunia; messi, tevez, higuain, milito, palermo. germany pula terkenal dgn kehebatan taktikal.

perlawanan brmula. minit ketiga, germany menjaringkan gol pertama tandukan thomas muller, dibantu kesilapan keeper argentina romero. tp lps tuh....argentina mula menguasai game. cume sekali sekala germany dpt bola, mmg cuak la argentina.

2nd half, utk 10 minit pertma, argentina control possesion gile2...aku dh cuak, rase mcm hampir pasti je diorg akn equalise. syukurlah tibe2 germany buat breakthrough, dan klose score. argentina mule ilang semngt. lps tuh, bastian schweinteiger mempamer larian terbaik kejohanan padaku, menggelecek 3 pertahanan argentina sblm melorongkan bola kepada freidrich utk gol ketiga germany.

wah...maradona dah diam. hasratku nk tgk maradona lari berbogel di sepnjang jalan di argentina smkn kelam.

kemudian di mint2 akhir, skali lagi germany counter attack, dan skali lagi klose score.

seperti kata sokernet, maradona tidak lagi menjadi seperti seorang dewa bola sepak, sebaliknya lebih kepada seorang rahib yg khusyuk berdoa kepada Tuhan..hahaha...so true!

4-0!!

wah...powernye germany....cuak aku!nasib baik aku sokong jugakla germany nih.hehehe...

4th game: Spain vs paraguay


spain adalah pilihan pertama utk mng WC thn ni. tp mereka tewas mengejut 0-1 kepada Switzerland dlm perlawanan pembukaan, before mng semua perlawanan seterusnya utk masuk suku akhir ni. tp permainan Spain utk WC ni agak bosan, dok mcm mase Euro 2008. Torres hampeh, semua gol harap ke Villa je.

Paraguay plok layak ke quarter final bile mng penalti ke atas Jepun. Spain kire adalah heavy favourite utk game ni.

Game pn bermula!

mcm bese, msti ada drama. dan dramanya bermula pada separuh masa kedua. bile paraguay dihadiahkan penalti. aku cuak. alamak.

tp Casillas jadi wira. die save penalty Cordozo dgn begitu kemas. pergh...tp player paraguay plok mtk utk retake penalty sbb kate ade player laen dlm kotak penalty mase tu. tp pengadil dok layan..then beberapa minit lepas tu, Spain plok dapat penalty. Xabi Alonso dengan coolnye menyepak masuk bola tuh, tp gol dibatalkan atas alasan ada player laen dlm kotak penalti..jadi kene retake penalty tu..

dan kali kedua....Villar (keeper Paraguay) save bola tuh...Wargh!

spain maen agak bosan. byk sangkut. pass xlawa, striker dok tajam. mujur minit ke81, pedro sepak bola kene tiang, melantun ke Villa yg mudah menyepak masuk. jadi Spain mng,

Dari 6 gol spain utk WC kali ni, 5 goal dijaringkan oleh David Villa, satu lagi oleh Iniesta.

Jadi Semi-final: spain vs germany

prediction: germany mng 2-0

harapan: spain mng 2-1..hhehee

Spain squad

germany squad

aci ah gini owk? sbb dari persembahan di quarter final, Germany trlalu kuat, spain plok maaen hampeh. cume aku sokong spain sbb ade fabregas.huhuhuh..

bile agaknye Malaysia plok nk maen kt WC ni?xkn harap ke pengadil je dari Malaysia...

Jun 27, 2010

who is the culprit?

lamenye aku xupdate. bulan 6 agak bz, mlm2 nk buke laptop pn mls. skrg plok tuh musim org kawin n world cup.

sebut pasal world cup, skrg dh masuk round of 16. world cup kali ni banyak kejutan. yg plg besar, dua finalist wc 2006, france dan italy eliminated kt group stage. pergh!! malu beso tuh. mcm kte komentator, raymond domenech dan marcelo lippi; from hero to zero. totally agree!

bg france, WC 2010 is a total disaster. byk gile masalah, sampaila presiden Sarkozy pn mtk penjelasan dgn FFF. dhla qualify ke WC ni ade skek luck (kes henry assist gune tgn), first game pn dh hampeh maen. seri 0-0 lawan uruguay.

second game, bermulala tragedy bg france. mase half time france vs mexico, nicholas anelka bertengkar dgn domenech, sapa kuor paper. ayat2 sume carut-mencarut, tp aku dok igtla plok. akibatnye? anelka dihantar blk esoknye tu jugok. sume player france lps tuh pakat boikot training, tanda mereka mnyokong anelka.

final game lawan south africa, france kene mng utk layak ke 2nd round. tp ramai player xmboh maen. kapten, patrice evra, eric abidal, sume pulau game. dan hasilnya france kaloh 1-2, dan jadi pasukan pertama tersingkir di WC2010 along with the host, south africa.

patrice evra kte, die akn reveal punca segala2nya dlm satu press conference. die kte ade traitor dlm dressing room. sbb ape yg anelka kte dok spatutnye sampai ke media. henry pulok sampai je di paris, terus g jupe president Sarkozy, mayb utk explain things. menteri sukan france kte, sangat2 memalukan.

jadi, who is the culprit?

for me, for sure is Raymond Domenech. sebab? die dokleh control player die. dokleh kekalkan harmoni dlm dressing room. n player dok respect die. yg plg aku bengang, die dok ambik samir nasri dlm squad.
italy pulok?

masalahnye, mereka lack of star player. xdok dh francesco totti, alesandro del piero, alesandro nesta. dari 7 penyerang yg lippi bwk, jumlah gabungan gol tu baru mencecah 21 gol, purata just 3 gol sorg. mmg attacking option kurgla bg lippi. buffon plok ijured. italy kene cari player muda ramai ni. cannavaro retired dh lps wc ni. ramai kuda tua dlm skuad italy kali ni.

the culprit?

comentator kte marcelo lippi. sbb die dok ambik ramai player menyerang, so attacking option kurg. tp pada aku, italy mmg kurg star striker skrg ni. sape yg lippi gugurkan? iaquinta?quagriarella? sume maen.

so for me, the culprit is mauro camoranessi. die ganti pirlo kt tgh, sbb pirlo injured. dan permainannya hampeh skali. bosan gile. lasung dok creative.

cume yg paling dok best, rasenye ni first time tuan rumah tersingkir group stage. negara2 africa pn dok perform world cup kali ni, hanya ghana layak ke 2nd round. ivory coast, cameroon, nigeria, south africa sume out. kurg la sokongan kt stadium2 pasni. dhla maen kt afrika.

negara2 asia pulok doing well la kire. korea selatan dan jepun layak ke 2nd round. tp korea selatan dh pn kaloh ke uruguay kejap takdi.

spain plok dh layak ke 2nd round. top of the group, lawan portugal di 2nd round. bu still walaupun mng, permainan mase lawan chile masih bese2 je. chile dhla maen 10 org. tu pn still dokleh tmboh jaringan. just mng 2-1 je. dok padan dgn status pilihan utama kejohanan dn juara eropah.

the culprit?

xavi hernandes.




Jun 19, 2010

world cup kali ni penuh kejutan!

ok..sedikit update tentang WC2010. hari ni ade 2 kejutan besar berlaku.

yag pertamanya, france kalah 0-2 kepada mexico. secara logiknya, mereka sudah hampir terkeluar dr saingan kali ni. 1st game lawan uruguay mereka seri 0-0. since uruguay mng 3-0 lawan Afrika Selatan, jadi France perlukan keajaiban untuk layak.

Uruguay - 4 mata, kelebihan jaringan 3
Mexico - 4 mata, kelebihan jaringan 2
France - 1 mata, kelebihan jaringan 0
Afrika Selatan - 1 mata, kelebihan jaringan -1

oh ya, france masih tak score gol kali ni. mungkinkah mereka mngulangi tragedi wc2002, apabila trn selaku defending champion, tetapi malangnya mereka terkeluar di group stage, dan gagal menjaringkan sebarang gol.

bye2 raymond domenech!
kejutan kedua, jerman kalah 0-1 kepada serbia. kekalahan pertama jerman di group stage since 1986. first game diorg belasah australia 4-0. tp peluang masih lagi terbuka.

tahniah joachim loew kerana mencipta rekod baru.

apa2 pun, aku tak minat france n jerman.


Jun 18, 2010

World Cup 2010

lamenye dok update blog. mcm sangat2 la bz. padahal bz g jamuan org kawin je. dari jb hingga ke kb, semuanya aku g. insya Allah kawan2, time aku kawen pasni jgn buat2 lupe k?

skrg musim world cup. skrg dh 18 game dh pn. skejap je kn?
kali ni, aku sokong spain, belanda n brazil. tp spain boleh kaloh plok opening game lwn switzerland 0-1. tensen2.. spain ni maen mcm arsenal gok. ball possession gile babas tapi finishing teruk. oppss lupe. bek teruk jugok. pakej tuh.

belanda mng opening game lawan denmark 2-0. brazil pn mng lawan korea utara 2-1. stkt ni hanye satu la kejutan world cup kali ni. yg laen sume mcm yg dijangka.

isu kali ni?

jabulani (bola rasmi world cup). ramai keeper kate ssh dikawal. dok bleh nk predict trajectory die. hasilnya? robert green (england) terlepas bola, golek masuk gol sndiri mase seri 1-1 lawan amerika syarikat. Fabio capello plok kate, bola ni sgt best mase shooting n pass rendah je. kalo tggi, mmg dok leh nk diagak. jadi jabulani ni is a nightmare for goalkeepers, but not to the strikers la. emm...tp keeper nigeria (enyeama) power je?

sedikit info pasal jabulani. jabulani ni sebenarnye bermaksud keceriaan/pesta dalam bahasa afrika. sesuai la dgn WC yg mmg mcm pesta pun. bola ni mengandungi 11 warna yg mewakili 11 pemain dalam sesuatu pasukan. juga mewakili 11bahasa rasmi Afrika Selatan dan 11 kaum utama di Afrika selatan ini. 8 panel 3D membentuk EVA dan TPU panel yang digabungkan bersama, menjadikan bola ini sangat dinamik. ok, aku dok reti nk ulas pnjang2. tu aku copy dan paste je tuh. hehehe..



kali ni kt afrika selatan ada vuvuzela, sejenis alat muzik yg mengeluarkan bunyi bising. penonton guna untuk memeriahkan suasana, tp star player mcm ronaldo kate, vuvuzela ni mengganggu. ok, maghi malaysia kite pakai tabla k?
inilah vuvuzela (alat muzik, bukan orang)

owh lupe. pengadil Malaysia, Subkhiddin Mohd pun jadi pengadil kt WC2010 ni. kire ade jugokla wakil Malaysia kt world cup. die jadi fourth official mase opening match afrika selatan lawan mexico aritu.
bile pasukan Malaysia nk masuk world cup ni? tadi sembang ngan ustaz azhar idrus kt bistro hazlan, die kate tggu Malaysia jadi tuan rumah la. kalo nk tggu jadi tuan rumah ustaz, stadium tu kene repair dulu la. =p

Ads

Shamsian