Mar 12, 2010

GPMS; Jawatankuasa Kajian Khas Belia Bermasalah dan Pembangunan Sukan


Ac, dua jawatankuasa ni adalah jawatnkuasa yg berbeza, but since aku pengerusinya, aku satukan jela..so..baru2 ni (11mac) adalah meeting pertama kami. dan antara keputusan kami ialah:

J/K Pembangunan sukan:
  • akan adakan kejohanan badminton pada bulan april, peringkat daerah kuala terengganu
  • sedaya upaya akan menonjolkan bakat2 baru bdminton trengganu ke peringkat yang lebih tinggi
  • kejohanan futsal akan menyusul pada akhir tahun
J/K Kajian Khas Belia bermasalah:
  • memfokuskan pada ponteng sekolah sebagai isu utama; akan mengenal pasti punca, analisa impak terhadap masyarakat dan negara, serta cadangan2 penyelesaiannya.
  • akan mewujudkan 10 orang ahli jawatankuasa yang akan membentuk satu kumpulan yang bertindak mengawasi dan menyelia sekolah angkat yang akan dikenalpasti selepas ini
ok..tu la sedikit sbyk intipatinya. sekarang memandangkan jawatan ini merupakan jawatan berperingkat negeri, maka aku perlu mewujudkan jawatankuasaku di seluruh daerah di Terengganu. itu cabaran yang perlu kuhadapi ketika ini..

ape2 pun. 'belajar terus belajar'

Mar 10, 2010

Arsenal into quarter final CL!


ok..smlm arsenal mng 5-0 lawan Porto FC kat Emirates Stadium. mmg power la kn?eheheh

first league aritu kat estadio da drago, arsenal kalah 1-2 sepertimana telah diceritakan dlm entry lps2. since kite ade 1 away goal, so a 1-0 win will be just enough.

aku xtgk game smlm. sbb besela CL mesti maen kul 3.45 pagi punye..tadi keje maa..huhu...sebaik sahaja aku bgn pagi tadi, trs bukak soccernet..bile bace je arsenal mng 5-0...wow!*sgt senang hati*

aku baru je lps tgk highlight game smlm kt youtube. bendtner score hattrick tu!bgs...baru je aritu aku kutuk gile2..arini perform maen.jadi aku kene kutuk sokmo la owk?huhuh...tp aku kagum gile nge gol samir nasri..dribble 3 org defender Porto, then shoot through tight angle, n GOAL! mmg fabulous strike la..oh ye..gol sebijik lagi dijaringkan oleh eboue.
samir nasri


nicklas bendtner

hehe..sng hati. fabregas n gallas x maen smlm sbb injured.so aku agak bimbang la..tpi alhamdulillah...peluang meraih piala thn ni smkn hampir..

go Gunners!


aku dan GPMS


pada november 2009, aku telah bertanding dan menang alhamdulillah untuk menjadi ahli jawatankuasa negeri bagi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Terengganu..dan juga telah dilantik mengetuai portfolio kajian khas belia bermasalah dan portfolio pembangunan sukan utk tempoh 3 thn.

ni first time aku pegang jawatan peringkat negeri. teruja konfimla. tp bimbang pn ade. sbg antara NGO yang dominan di Trg, GPMS perlu lebih memainkan peranan yang aktif dalam memperkasakan pendidikan di Terengganu ni. tambahan pula, GPMS kali ini diterajui oleh semua muka-muka baru kerana kami telah tertakluk di bawah ROY atau Akta Belia, di mana sume jawatan dalam pertubuhan belia mestilah dipegang oleh belia berumur 40 thn ke bawah. atas sbb itulah, kepimpinan lama seperti pengerusi (YB Dato' Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri) dan setiausaha (YM Syed Anuar) terpaksa berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada kami.

aku bersetuju menganggotai kepimpinan kali ini atas beberapa sebab. antaranya dasar GPMSNT kali ini ialah kami menolak politik kepartian, ertinya kami tidak akan menyokong mana-mana parti politik, sebaliknya memainkan peranan check and balance kepada kerajaan yang memerintah. tambahan pula kali ini kami lebih fokus, kami dipecahkan kepada beberapa portfolio kecil yang merangkupi pelbagai aspek pendidikan, sosio-ekonomi dan rekreasi yang menjadi teras kepada hala tuju GPMSNT ketika ini.

sekarang, aku dalam proses membina kumpulan yang mantap..kerana aku sangat percaya kepada keberkesanan kerja berkumpulan. lagipun GPMS ini adalah NGO, di mana kami berkhidmat secara sukarela..tiada imbuhan kewangan dapat diberikan. maka dengan berkumpulan, kami dapat meringankan beban kerja masing-masing.

kenapa aku join GPMS?

ok...pertamanya adalah kerana aku berasa kehidupanku di terengganu sangat bosan..jadi kenela mencari sesuatu yang boleh menyibukkan aku..tambhan pula aku sangat suka dengan aktiviti2 sosial seperti ini.

yang keduanya adalah aku berasa terpanggil untuk membela dan memartabatkan bangsa melayu di terengganu ini. dulu, aku selalu berbincang dan berborak di kedai2 kopi; sentiasa membahaskan tentang masalah sosial remaja yang sangat membimbangkan. nah, sekarang Allah memberi aku peluang untuk berjuang di arena yang sebenarnya. GPMS menyediakan platform perjuangan yang baik utk aku bermula.

ketiga, aku ingin berbakti kepada masyarakat. aku sangat mengambil berat akan masalah remaja ini. mengapa mereka jadi liar? kurang didikan agamakah? kekangan kewangankah? dan bagaimana mengatasi? orang kata, bukan tugas mereka untuk ambil tahu perkara begini. serahkan pada kerajaan. tapi padaku, perlu ada seseorang yang bangkit membela dan menyelamatkan belia-belia Melayu-Islam ini.. aku berdoa Allah menciptakan aku sebagai pembela, sebagaimana Allah ciptakan Salahuddin Al-Ayubi untuk menyelamatkan umat Islam di Jerusalem.

berat?mestilah..aku tidaklah berharap dapat mengubah hidup remaja di terengganu ini sepenuhnya..dapat berubah 1 % pun sudah cukup baik sebagai permulaan. namun, kota Rome tidak terbina dalam satu hari..oleh yang demikian, dengan sokongan semua, aku harap mampu terus berjuang untuk masyarakat, kerana ini juga satu perjuangan (jihad) ke jalan Allah. kita sekarang dijajah dlm bentuk pemikiran, maka kita perlu bangkit dan berjuang untuk merdeka. dengan sokongan semua, aku harap kita akan mampu mencapai matlamat dan akan terus berjuang sehingga Allah memanggil kita pulang.

"Belajar Terus Belajar"

Mar 7, 2010

EPL review: arsenal vs burnley



game baru je abis..

arsenal line-up: almunia, vermaelen, silvestre, eboue, clichy, fabregas, denilson, nasri, rosicky, bendtner, walcott
burnley line-up: err....

arsenal stat dengan sangat best. maen game high tempo, n kali ni arsenal banyak gune fabregas, nasri dan walcott. mayb sbb ade bendtner, so blehla maen serang dari wing. walaupun dominasi gile2, tp arsenal still tumpul. peluang banyak, finishing xdok. nasib baik b4 half time, nasri chip bola over defence burnley, dan fabregas meluru dari belakang utk gol ke17 season ni. gol lawa ni.

second half pun sama. arsenal dominasi, tp mcm bese, kerapuhan benteng dan goalkeeper menyebabkan gawang arsenal bocor. david nugent lambung bola over almunia slps berlaku sedikit kekalutan di bghn bek arsenal.

ok..panik kejap.

nasib baik lps tuh, arsenal kembali menyerang. peluang byk gile, tp bendtner mmg hampeh la mlm ni..bola confirm gol pun bleh miss.ade dlm 3 peluang confirm gol die missed.aduhla..nasib baik walcott sangat perform mlm ni. hasil gerakan cantik sblh kanan, walcott masuk ke tgh dan merembat. gol! kembali aku sng hati..

lps tu, rosicky dan bendtner kuo, masuk arshavin dan eduardo.

asrhavin agak xperform la mlm ni..sepak ngarut gile..mmg tense gokla aku tgk..dhla mmg xyakin nge bek arsenal ni..berapa byk peluang depan gol xleh score lagi..ade dlm 5 peluang kut..frust!mujurlah dlm mase kecederaan, arshavin berjaya gok score sbijik.
andrey arshavin

walaupun kite still dok top of the table (chelsea x maen mlm ni, n we need 4 goals to be on top), but yg penting, kita menang. we are still in the title race..tu yang penting.

mlm ni, fabregas injured sapa terpaksa diganti dgn diaby..hamstring, hope dok teruk. mlm ni gok, aku sangat best tgk walcott maen. laju, skillful, passing kemas, creative, n score. pakej tuh! capello msti pggl la walcott untuk WC kekg..kompom!
theo walcott

Go Gunners!

Mar 3, 2010

doa


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku.... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah..... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini..... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. ..

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang..... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku..... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. ... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... . Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ads

Shamsian