May 30, 2010

bulan cinta


bulan ni adalah bulan cinta. lebih 20 orang teman2 dari sekolah rendah, menengah, universiti, kenalan2 akan melangsungkan perkahwinan sempena cuti sekolah bulan 6 ni.

beberapa sahabat rohok molek juga akan melangsungkan perkahwinan tahun ini. selepas apih (skrg dh ada anak) dan paih, next on the line ialah fadhlan hafiz helmi kamaruzzaman, teman sekelas, semotor, sepermainan dan sebagainya. paklang dijadualkan diijabkabul pada 10 jun 2010, dan jamuan sambut menantu pada 13 jun 2010.

abg angkat, muhammad kamil daud juga bakal kahwin thn ni. dijadualkan nikah pada 5 jun, dan jamuan di rumahnya 12 jun. I Allah, aku perlu hadir tu.

sahabat perempuan ku juga, nurul asma hasliza akan bersatu dengan mohd faisal sulong (juga teman sekolahku) pada 7 jun.

dan sangat cuak, kerana aku baru dpt panggilan. aku perlu ke kl pada 3hb 6 shingga 7hb. maknanya aku mgkn trlps ke jamuan paje parik dan khalidah.

apapun pada sahabat, selamat pengantin baru. barakallahu alaikum.



May 29, 2010

GPMS - Portfolio Pembangunan Sukan dan Kajian Khas Belia Bermasalah


Pada 27 Mei 2010, telah diadakan mesyuarat ajk penuh GPMSNT. dan telah dihadiri juga oleh Timb Pengarah Sektor Pendidikan JPNT, Tuan Haji Zubir Embong.

Bagi Portfolio Sukan, mesyuarat sebulat suara memutuskan untuk menubuhkan pasukan Futsal GPMSNT. pasukan futsal ini akan ditubuhkan di setiap parlimen, dan akan diberi jersi. Ini adalah satu strategi GPMSNT mendekati para belia.

Juga kejohanan badminton terbuka GPMSNT akan diadakan pada 3 Julai 2010. kejohanan ini akan disasarkan kepada para belia berumur 18 hingga 40 tahun.

Hal-hal lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa

May 24, 2010

Champions League 2010



Smlm aksi terakhir bolasepak Eropah untuk musim 2009/2010. perlawanan akhir antara Inter Milan vs FC Bayern Munchen. Itali Vs Jerman.

FC Bayern Munchen


FC Internazionale

sebelum game, Inter Milan adalah top favourite atas faktor jurulatihnya, Jose Mourinho. The Special One ni mmg magician dlm bolasepak moden. Dia bukanlah bekas pemain, latar belakangnya hanyalah bermula sebagai pembantu jurulatih, malah pernah menjadi pembantu kepada Louis Van Gaal, jurulatih Bayern. Dia bukan bekas bintang pemain bolasepak. Hanya manusia biasa. tapi dia adalah magician.
dan semalam, magicnya menjadi lagi. Inter Milan tamatkan kemarau 45 tahun tanpa gelaran Eropah, mng 2-0 ke atas Bayern. kedua-dua gol jaringan Diego Milito. walaupun Bayern menguasai permainan (65%) tetapi seperti Barcelona, mereka tiada jawapan kepada kekebalan benteng Inter. Benteng Inter cukup berdisiplin. serangan balsnya pula laju dan berbahaya. Wesley Sneijder cukup kreatif, hantarannya menyumbang kepada gol pertama Milito. Malah dia sendiri berpeluang menjaringkan gol kedua, tetapi sepakannya berjaya ditepis oleh Butt(keeper Bayern) slepas mndapat lorongan cantik Milito.
Gol pertama Inter

Gol kedua Inter, hasil gerakan solo Milito yg menggelecek Demichelis sblm merembat cantik ke arah gol, menewaskan Butt buat kali kedua.
Gol kedua

Bayern juga beberapa kali berpeluang menjaringkan gol, terutamanya 2 kali menerusi Muller, namun gagal menewaskan Julio Cesar. Robben juga gagal memecah benteng Inter diketuai Lucio dan Walter Samuel. Ketiadaan Franck Ribery agak dirasai, kerana Hamit Altintop yang menggantikannya gagal mengancam Inter dari sebelah kiri.

Jadi, Inter Milan mmg layak menang smlm. Jose Mourinho sndiri tlh umumkan bahawa dia akan berpindah ke Real Madrid pula. menarik. aku tak sabar menyaksikan bagaimana The Special One merencana corak permainan The Galacticos, yg selama ini cukup terkenal dengan corak menyerang, sedangkn Mourinho terkenal dengan kekebalan benteng seperti ditunjukkan di Chelsea dan Inter Milan.
apapun, Arsenal terus kempunan lagi.

5 thn tanpa piala. sedih :'(

*gambar ini menyakitkan hati*

May 16, 2010

PIALA THOMAS - summary


seperti dijangka, China terus menjuarai Piala Thomas kali ini dengan mudah menewaskan Indonesia 3-0. yang menarik, pemain perseorangan utama China, Lin Dan, terus mempamer permainan sempurna apabila membelasah Taufik Hidayat 21-7, 21-14. Super Dan sebelum ini menewaskan Dato' Lee Chong Wei dari Malaysia pada separuh akhir, juga dengan straight set.

Beregu China Fu Haifeng- Cai Yun pula menewaskan Markis Kido-Hendra Setiawan dalam 3 set yang sangat sengit. Perseorangan kedua China, Chen Jin memastikan mata kemenangan China apabila menewaskan Simon Santoso dalam 3 set.

Sementara itu dalam Piala Uber, kejutan besar berlaku, apabila Korea Selatan berjaya menewaskan China. Mata-mata kemenangan Korea diperolehi dari perseorangan utama mereka yang menewaskan pemain no 1 dunia, Wang Yi Han, sebelum beregu mereka mnjadikan kedudukan 2-0. China merapatkan jurang menerusi pemain perseorangan kedua mereka, sebelum Korea Selatan melengkapkan kejutan penuh bergaya menerusi pasangan kedua mereka yang menang dlm 3 set.

kesimpulan dari Piala Thomas 2010?
  1. Malaysia sangat2 perlu kepada pemain-pemain muda bertaraf dunia. ketika ini, mutu permainan pemain pelapis dengan pemain utama masih lagi jauh. bayangkan, Wong Choon Han yg berumur 33 tahun masih lagi merupakan perseorangan kedua negara. Dato' LCW dijangka mampu terus beraksi di Piala Thomas 2012, tetapi Choon Han dan Hafiz Hashim sudah pasti tidak dapat beraksi lagi. beregu kedua negara sekarang ini; Zakri Latif - Fairuzizuan Tazari dijangka tidak akan beraksi di Piala Thomas 2012, memandangkan prestasi mereka sekarang semakin menjunam. jadi kita perlukan 2 pemain perseorangan dan 1 beregu muda bertaraf dunia.
  2. Caranya? BAM mungkin boleh meniru corak latihan negara China, paling tidak Indonesia yang terbukti berkesan melahirkan pemain2 muda bertaraf dunia. China, selain Lin Dan, masih lagi ada Chen Jin, Bao Chun Lai, Chen Long. semuanya masih muda, dan pastinya masih lagi mampu beraksi pada 2012. (Lin Dan baru berumur 26 tahun).
  3. Mental pemain Malaysia masih lagi lemah dan tidak mampu berdepan tekanan. China mereka mempunyai semangat yang kental kerana rata-rata pemainnya adalah tentera. Lin Dan ialah seorang pegawai tentera China. jadi ketahanan mentalnya memang mengatasi Dato' LCW.
  4. Lin Dan mmg super! peringkat kumpulan, dia berdepan msalah dalam melawan pemain India Parupalli, tetapi Park Shung Hwan, Dato' LCW dan Taufik Hidayat langsung tidak menjadi masalah padanya. kenapa? rasanya dari segi teknik dato' LCW tidak kalah padanya. mungkin kem China menganalisis dengan teliti lawan2 Lin Dan dlam rangking 10 terbaik dunia. kerana itulah Lin Dan dilihat dapat membaca semua gerakan pemain2 terbaik dunia, tetapi prestasinya tidak begitu baik ketika menentang pemain kurg ternama Parupalli dari India. 2 kali Lin Dan lawan Parupalli, kedua2 nya sehingga rubber set.
  5. Kem Malaysia perlu merekrut bekas2 pemain negara sebagai scout untuk mengkaji dan menganalisi permainan pemain2 yang berada dlm ranking 10 terbaik dunia. jadi pemain Malaysia akan lebih bersedia.

MVP Thomas Cup 2010? for sure Lin 'Super' Dan


tapi apa2 pun;
Malaysia Boleh! (tetap menaruh harapan)

May 13, 2010

PIALA THOMAS - suku akhir


tadi adalah perlawanan suku akhir piala thomas. malaysia vs denmark, china vs korea, jepun vs jerman dan indonesia vs india.

utk game malaysia vs denmark, perlawanan pertama adalah antara dato' lee chong wei (lcw) menentang peter hoeg gade. pemain di ranking pertama dunia menentang pemain kelima dunia.

first set, pada suatu ketika, lcw sgt garang. dilihat akan menang mudah, sehinggalah berlaku satu insiden di mana peter hoeg gade terseliuh buku lali nya, dan seakan-akan ingin menarik diri. tp setelah berehat agak lama, dia meneruskan permainan. sebagai pemain berpengalaman, peter gade tahu lcw sedang mendpt momentum, jadi dia menggunakan masa rehat untuk mnjejaskan tumpuan lcw. dan dia berjaya. sehinggalah lcw terpaksa agak berhempas pulas, dan akhirnya berjaya juga mng 21-17.

skrip yg lebih kurg sama di set kedua. cuma lcw bermula agak perlahan. apapun, akhirnya lcw mng juga 21-17.

malaysia 1- denmark 0

set kedua, koo kin keat - tan boon heong lawan beregu utama denmark mathisen dan boe. sblm piala thomas, beregu negara adalah pasngn no 1 dunia. tp dlm ranking terbaru dikeluarkan bwf utk piala thomas ini, tmpt mereka tlh dirampas oleh psgn denmark ini. jadi ini merupakan pertembungn mendebarkan.

tp beregu negara mempamerkan persembahan mantap untuk mng straight set.

malaysia 2 - denmark 0

kemudian, wong choon han menentang jorgensen. pada set pertama pada suatu ketika, choon han mendahulu 20-17, sebelum akhirnya tewas 22-20. walaupun dia bangkit untuk menang di set kedua, namun akhirnya dia tewas tipis 18-21 untuk memberikan denmark mata pertama mereka.

malaysia 2 - denmark 1

untuk beregu kedua, mohd zakry latif dan hoon thien how digandingkankan. pasangan asal zakry ialah fairuzizuan tazari, ttp atas faktor kelemahan mental, faiduzizuan tazari digugurkan. dan walaupun tewas, ttp persembhan mereka menakjubkan. mengheret perlawann hingga ke rubber set, dan tewas di set penentuan 19-21. apa lagi boleh dikatakan? walaupun tewas mereka mempamer persembahan terpuji.

malaysia 2 - denmark 2

skripnya hampir sama dengan perlawanan dgn jepun smlm. denmark menyamakan kedudukan selps ketinggalan 0-2. pada perlwanan penentuan, hafiz hashim menentang jaochim petterson. pemain denmark agak gugup, dan hafiz hashim menggunakn kesempatan ini dan bermain cemerlang untuk mng straight set 21-12, 21-10 sekaligus membawa malaysia menentang china di separuh akhir esok.

terima kasih hafiz. teruskan usaha cemerlang anda.

*mengupdate blog di pukul 3 pagi dlm keadaan esok kerja mmg sangat sukar*

Ads

Shamsian