Aug 21, 2010

GPMS - Dana Wang Saku



pagi tadi satu program yang dinamakan dana wang saku dan pelancaran skuad jelajah motivasi 1 Malaysia TM Score A- Proton GPMS telah disempurnakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Ia telah dilancarkan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Rosmah Mansur, dan turut dihadiri oleh Timb2 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Ahmad Maslan dan Senator Dr Mashitah Ibrahim, Naib Canselor UiTM, Dato' Ir Sahol dan semua kepimpinan GPMS seluruh Malaysia.

program dana wang saku ini merupakan program yang diilhamkan oleh GPMS Kedah khas untuk mmbantu pelajar2 cemerlang dan berpotensi, tetapi miskin tegar. dan sebagai projek perintis, 50 keluarga di seluruh Kedah telah dikenalpasti, dan dana itu telah diserahkan siang tadi.

Ini merupakan satu idea dan program yang baik dan bermanfaat untuk mmbantu para pelajar di seluruh Malaysia. dan I Allah, kami di GPMS Negeri Terengganu akan turut mmbantu mngenalpasti dan membantu pelajar2 yang bijak dan berpotensi, tetapi dikekang dari segi kewangan ini.

Semoga usaha kecil ini akan mencapai matlamatnya dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. insya Allah.

GPMS Singa Perjuangan Bangsa

Belajar Terus Belajar

Aug 20, 2010

manusia berubah

manusia itu berubah. kenapa ye? skrg ni adalah musim putus cinta. hehehe...my dear cousin, n beberapa kawan rapat. bile clash je, msti ade yg tnye, nape msti clash? kemana hilang jnji dan sumpah setia? ke mana tumpah selaut gunung kasturi? (lagu rahmat)

sngt mnyedihkan jika perhubungan yg trjalin sekian lama berakhir dlm sekelip mata. lebih malang jika dia yang dulu didambakan oleh family, mnjadi orang yang paling dibenci dalm sekelip mata. from hero to zero! hubungan keluarga terputus, kepercayaan hilang, kegembiraan lenyap..kenape ye?

kerana hati manusia itu sentiasa berbolak-balik. Nabi SAW pernah berdoa dgn maksud doanya: Wahai Allah Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati hambaMU ini.

perlu ke kita salahkan yg laen bile janji yang diikat terlerai ditengah jalan? perlu ke kita menangis meraung apabila kita dikhianati? xperlu. lelaki bersepah lagi kt dunia ni. pompuan pn lagila ramai. dia buat hal ngan kita, sbb die xlayak utk bersama kita. just smile cousin. n teruskan berdoa..

apa yang perlu kita takuti ialah, hubungan keluarga yg mungkin terlerai. sebaiknya walaupun kita bukan lagi pasangan kekasih, hubungan antara keluarga perlulah dijaga, kerana ia adalah ukhuwah billah.

apepun, aku mewakili sepupu aku, ibubapanya dan aku sendiri melaungkan rasa terkilan kepada ex-bf nya di atas rasa tidak hormatnya pada kami. it doesn't matter kalo hubungan terputus tgh jalan. tp be a gentleman la bro. kalo xsuke, putuskan dulu hubungan, baru kapel dengn yg baru. ni tgh elok2, tibe2 siap update status in a relationship with ........, siap upload gambar lagi dgn awek baru. kamon la. xpayahla announce satu dunia. at least, respect us, as we respect ur family so much. still, we respect ur family, but not u anymore.

n because of u, aku korbankan cinta aku juga.

"kalau ambil dgn cara baik, hantarlah dengan cara baik"

Aug 11, 2010

selamat datang

alhamdulillah.akhirnya ramadhan tibe lagi...alhamdulillah ni kali ke 25 aku sambut ramadhan...yg keberapa kali berpuasa...aku xigt la.

semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik utk aku. i Allah..semoga di bile brakhirnya ramadhan ni, aku akan dapat kemenangan dgn kembali kepada fitrah....aminn...

Aug 3, 2010

mggu yang sibuk

mggu ni aku sibuk. khamis lps ade seminar MUET untuk guru2 anjuran GPMSNT, ptgnya pula ade pelancaran hari belia 2010 peringkat negeri Terengganu. ahad sampai tadi, aku bz buat tender. alhamdulillah tender slmt dihantar...bt2 stgh jam sblm waktu tutup. hehehe....sgt cuak.

baru igt aku nk rehat2, dan2 ade plak tender baru kene siapkan. wargh!!! kamis ni plak kerani aku cuti...teruk la aku nk setelkan gaji staf sorg2...

aku xkire, lps appointment 15/8 aku nk bercuti..g bandung jom?

Aug 1, 2010

GPMS; Terhad kepada belia berumur 40 tahun ke bawah sahaja!


seperti yang telah sedia maklum, GPMS adalah badan gabungan Majlis Belia Malaysia yang tertakluk kepada ROY (Registry of Youth) di mana keahliannya adalah terhad kepada mereka yang berumur di bawah 40 tahun sahaja.

maka adalah dengan ini ditegaskan bahawa GPMS sekarang telah diterajui oleh muka-muka baru yang dalam lingkungan umur tersebut. oleh itu sebarang aktiviti yang kononnya dijalankan oleh GPMS anjuran samada diterajui oleh mantan2 pimpinan atau mereka yang berumur lebih 40 tahun adalah salah di sisi undang-undang dan kami berhak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

sebarang maklumat mengenai perkara-perkara seperti di atas boleh terus maklumkan kepada pejabat GPMS Negeri Terengganu di Tingkat 4, Majlis Belia Negeri Terengganu, Wisma Seri Amar, Kuala Terengganu, atau hubungi GPMSNT di talian 09-6316566.

Sekian terima kasih.

"Belajar terus belajar".

"GPMS Singa Perjuangan Bangsa"

Ads

Shamsian