Jan 2, 2011

selamat datang 2011


alhamdulillah...skrg dh masuk thn 2011. makanya kalau ikut tahun, dh 27 tahun aku hidup. kalo ikut bulan, xsampai lagi la 27 tahun..tu x tolak lagi cuti raya aidilfitri, raya haji, cuti merdeka, bla bla bla *apa aku mengarut ni

tahun 2010 adalah tahun yng sangat mencabar, penuh dgn hikmah2 tersembunyi, yang mengajar aku erti kehidupan, dan ternyata bukan mudah untuk kehidupan sebagai seorang hamba ni. tapi insya Allah, aku akan cuba perbaiki diri dari masa ke masa.

tahun 2010, aku bergiat aktif dalam badan2 NGO. aku dilantik sebagai ketua penerangan GPMS Negeri Terengganu dan juga ajk dewan muda DPMMNT. secara overall, kehidupan aku ade ups and downs. tahun 2010 juga aku hilang kekasih (ni pun nk bising),tp insya Allah Tuhan telah aturkan segalanya. sapela aku untuk menentang kn?

di MAT GPMS NT 2010

dari segi karier, alhamdulillah aku menunjukkan peningkatan yg baik. insya Allah bulan 2 2011, aku akan memulakan operasi restoran aku. kawan2, tlg doakan dan beri sokongan kt aku k?

em...2010 juga, aku mndapat seorang sepupu baru...org Holland lagi. yes, i'm happy sbb bertambah seorang lagi ahli keluarga, tp at the same time aku agak sedih as tiada lagi teman sepermainan aku sebab sepupu aku dh migrate ke Holland.


hazu & feer

owh lupe, thn 2010 juga, aku dapat seorang anak saudara. ahmad faris haikal bin ahmad izani aka mok mok, lahir pada 28 jun 2010. sbb apa panggil mok2?hehehe...jawapan die dalam gambar di bawah.

pipi die sangat menggetarkan jiwa

azam tahun baru?

em...aku xpnh ade azam tahun baru..hahaha...kenapa msti tggu tahun baru untuk berazam kn? today should be better than yesterday, kn,kn?

Dec 29, 2010

Malaysia menang juga akhirnya!



aku rase semua rakyat Malaysia dah tau, Malaysia baru saja jadi juara Piala AFF Suzuki buat pertama kali. n negara ke 4 jadi juara lps Singapura (3x), Thailand (3x) dan Vietnam (1x).

kire ok la kn...

walaupun kt Gelora Bung Karno kita kalah 1-2..

walaupun kte tertanduk goal ke gawang sndiri (sorry muslim..mung dokleh marah aku..igt mase kecik2 dulu.hahaha)

walaupun tiada sorakan gemuruh masa kite score.

walaupun tiada teriakan keriangan masa kapten julang piala tuh.

(semuanya sebab keselamatan yang tidak terjamin, jadi hanya 300 penyokong Malaysia ke sana)

walaupun kita teruk diprovakasi. (Indon kate kita menang sbb pakai laser dan pakai dukun)

kita telah buktikan kita smemangnya juara!

top goal scorer pn kita pnya!

saya bangga menjadi anak Malaysia.

Takbir! Allahu Akbar!

*GPMS kene tukar slogan jadi Harimau perjuangan bangsa plk la pasni.heheheh

**aku predict media Malaysia mesti memuja tahap berhala la K Rajagobal pasni. n konfirm pnye Rajagobal dpt Dato'

Dec 26, 2010

FUTSAL INTERBATCH EX-SHAMS 2010



Date: 1 January 2010
Time: 9.30 am
Venue: galaxy futsal, bangi

as the topic suggest, this event is organized by ex-students of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, batch 2000, 2001 and 2002 (the year indicate the year of SPM taken, not the entry date).

for futher information, click here

**sangat2 kagum dengan semangat sahabat2 mengukuhkan ukhuwah. dlm facebook pn ade, hebahan melalui Terengganu FM, Suria FM dan Fly FM. gempak2!


*but still, i cannot confirm myself either i can make it or not. hopefully i'll be there, insya Allah!

Dec 23, 2010

Trip to JB

hari Khamis 16hb Disember baru2 ni, aku sekeluarga ke JB atas pelbagai urusan, perniagaan dan juga Persidangan Agung Tahunan GPMS Kebangsaan. perjalanan ke JB ni sangatla lama, brapa kali aku tido, bangun, xsampai2 lagi. kitaorg bertolak dlm pukul 7 pagi, smpai Thistle Hotel, JB dlm pukul 4 petang.

ape aktiviti?

aktiviti sangat bz dgn meeting dan prsidangan smata2. xdok mase nk jalan2..(tp smpt jgk tgk tron legacy.haahha). mkn2 di danga bay dan singgah selalu. lepak2 umah ayh mie kt villa rose, taman tampoi indah. hasrat ke Singapore berkecai begitu sahaja. insya Allah laen kali.

gambar2:

pagi di Rusila (hari bertolak)

ecececece


faris haikal mule mengamuk

sebelum ke PAT GPMS ke 56


YDP Hulu Terengganu dan YDP Kemaman

ucapan semangat dari SECGEN Majlis Pemantapan Melayu

Ucapan Dasar Presiden, Saudara Jais Karim

barisan AMT

Cawangan Kemaman yg memenangi anugerah Dr Abdul Wahab Arif (cawangan terbaik). Tahniah!


@singgah selalu restaurant

ni plk piccas the thistle, since ramai yg request



view dari dlm swimming pool




buat sape2 yg tnye pasal Thistle hotel, for me, out of 5, i'll give them 3 and half. bilik ok, swimming pool pn ok. cume parking agak jauh (xde direct access ke lift lobby), bilik xde refrigerator, and bathroom xleh kunci. owh ye, toilet kt lobby busuk, xsesuai dgn status as 5 star hotel.

Dec 21, 2010

Doa



Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah Ya Tuhanku, jika aku jatuh cinta, maka cintakanlah aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu .

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, maka jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling aku daripada-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, maka rindukanlah aku pada seseorang yang merindui manisnya merindui Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, maka janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir kerana Mu.

Ya Allah, jika perasaanku padanya adalah nafsuku semata-mata, maka aku pohon, Kau bawalah dia jauh dariku.

Ya Allah, bila Kau halalkan kekasihMu untukku, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

amin Ya Rabbal Alamin


Ads

Shamsian