Sep 1, 2010

Terlalu - ST12

Aku terasa mati ditinggal kekasih
Tak pernah terpikir ini bisa terjadi
Aku terasa pilu saat kau berlalu
Hilang semua kisah cinta dalam hatiku

Cintaku padamu tlah setinggi langit
Namun kau tak merasakan
Sayangku padamu kan ku ingat slalu
Biar ku bawa sendiri

Aku tak bisa menahan langkah kakimu
Aku tak bisa menahan kepergianmu
Kamu terlalu telah dengan yang lain
Untuk hidupmu nanti

Aku tak bisa menahan air mataku
Aku tak bisa kesedihanku
Aku telah hancur hilang semua mimpiku

Aku tak bisa menahan kepedihanku

Aku tak bisa menahan air mataku
hatiku tlah hancur hilang semua mimpiku
Untuk hidupmu nanti

Aku telah hancur hilang semua mimpiku

NOTE: lagu ini tiada kene mengena dengan kisah hidupku. cume lagu ini didedikasikan kepadaku oleh seseorg. sbgi mghargai kehadirannya dlm hidupku, maka ingin aku kongsikan lagu ini

enjoy! (walaupun lagu ni sedih pelik je)

Aug 30, 2010

mase untuk merealisasikan impian

skrg thn 2010. aku harus admit, thn ni so far penuh cabaran utk aku. mngajar erti kehidupan dan hakikat insaniyah. chewahh!

skrg aku kene sort aku pnye priority. disebabkan dlm situasi sekarang ni rancangan perkahwinan itu kelihatan sangat jauh dan diluar batas normal, makanya duit yg ada bolehlah digunakan utk mncapai impian. dan impian yg ingin aku penuhi di kala aku masih bujang ialah melancong ke Europe aka Eurotrip. ini ialah impianku yg ke 5.

aku merancang utk ke eropah pada thn dpn. mayb ambik mase slme 3 mggu hingga sebulan. dan aku merancang utk melawat 5 bandar; London, Amsterdam, Brussels, Paris dan juga Geneva.
dari Malaysia, aku akan mengambil flight trs ke London, United Kingdom. aku mrancang utk berada di sana selama 3 hingga 4 hari. alang2 di sini, bolehla aku impianku yg seterusnya iaitu tgk match Arsenal vs ape2 club di Emirates Stadium. timing kene tepat ni.

dari London, aku ingin ke Amsterdam, Holland. tmpt tggl di sini, aku cube uruskan dgn sepupuku kerana dia ramai kenalan di sini. sekiranya dapat menumpang di rumah temannya, dh byk save bajet tuh.

lps 3 hari di sini, aku akan ambik bas ke Brussels, Belgium. Pakcikku kate di sini scenarynya sangat cantik. since alang2 dh smpai sini, bolehla aku melawat Brussels ni. duk sini 2 hari pn dh ckup.

dari Brussels, aku akan mengambil train ke Paris. Perjalanan ni lame jugak xsilap aku. boleh kate satu hari jugakla. dan di Paris, paling lame boleh stay sini just 3 hari, sbb living cost sini sgt tinggi.

dan dari Paris, aku akan ke Geneva, Switzerland. aku ade teman di sini. mayb die boleh arrangekan penginapan utk aku, i Allah.

dan bertolak pulang dari Geneva ke KLIA.

wahh...seronoknya aku pnye plan.hahaha..cume msh byk mnde nk kene buat. antaranya:
  1. cari teman perjalanan. xkn nk g sorg2. mati kutu aku nnti
  2. buat bajet secara details
  3. utk buat bajet, kene tntukan mode of transportation di setiap tempat, either train, flight, bus, kereta sewa, lori, basikal, atv etc
  4. juga kene tentukan penginapan di setiap lokasi, kene cek either kalo nk camping, kt mane bleh camping. n yg xbleh camping, cari hostel plg murah. hostel, bukan hotel.
  5. makanan, ye...elemen terpenting utk hidup. kene sediakan bekalan utk di tempat2 yg ssh nk cari mknn
  6. kene cek, either kt mane tmpt nk kuarkan duit, n method utk transfer duit internationally. xkn nk bwk cash gedebak
  7. cek mase yg sesuai. msti time Arsenal ade game di Emirates, n kalo bleh mase musim bunga. harap2 adela game mase musim bunga ni.
  8. paling2 penting, kumpul duit. ribu riban jugak tuh!

no money no talk brother! ok, sesiapa yg rase nk join sile hubungi aku. bersama kte jadikannya satu kenyataan.

chaiyok2!

Ya Allah...permudahkanlah urusanku. Amin

kejohanan badminton dunia BWF Paris 2010 - rebah lagi

topik entry kali ini suda melambangkan semuanya. ye tuan2, beregu Malaysia kecundang lagi di final smlm. Malaysia ni ade badi ke bile maen kt kejohanan beso2? kalo stkt trbuka ni, trbuka tu, sng2 je diaorg tibai. jadi juara. yela, kalo x, xkn jadi beregu ranking no 1 dunia kn?

smlm Koo Kin Keat-Tan Boon Heong kalah rubber set pada Cai Yun-Fu Hai Feng. beregu China ni antara favourite regu aku jugak ni. first set, Malaysia mng 21-18, maka terbuahla sinar2 harapan kegemilangan di situ. tp 2nd set, kalah 18-21, tp still ade harapan, sbb maen mantap. masuk rubber set, ok harapan suda smkn berkecai. nampak sgt beregu negara neves, Tan Boon Heong brape kali buat silly mistake. aduh...maka kalahla mereka 14-21.

skill, mmg top of the world. defence? power xigt. attack gile2 pn still bleh angkat. bile diaorg attack pn power. average smash speed - 270km/j. cls adjie pn ssh nk kejo tuh. huhuh. maen net pn sangat2 superb.

tp semua tu xde makne, bile di final kalah juga!

frust2..

Aug 29, 2010

arsenal vs blackburn rovers

smlm game ketiga of the season. arsenal vs blackburn rovers, di eland wood park. season lps arsenal kalah di sini, 1-2.

tp game smlm bermula dan berakhir dgn baik. arsenal lead minit ke 19 menerusi theo walcott yg merembat hasil lorongan cantik Robin Van Persie. rembatan kencang, sampai jaring net tu boleh bocor! pergh...

tapi xlame lps tu, Blackburn equalise, hasil gol penyerang Man U yag diloankan ke sini, mame biram diouf. seri 1-1 sampai tamat separuh masa pertama.

separuh mase kedua, arsenal kembali mendahului hasil jaringan andrey arshavin, dan berkekalan hingga tamat game. jadi arsenal mng 2-1.

happy2! theo walcott dh score 2 game berturut2, total jaringan dh 4 biji. camon walcott, show to capello whut really u can do. bia die nangis nyesal xmbik anda mase world cup aritu.

kepada rival2 sekalian, bersedia la season ni ye?rase2 rak kt emirates ade piala dh kali ni.

hehehe...

tibe2 jadi bongkak, astaghfirullah, sesungguhnya aku sedang berpuasa.

kejohanan badminton dunia BWF Paris 2010


smlm kejohanan badminton dunia BWF Paris 2010 dh masuk peringkat separuh akhir. di kem Malaysia, ade berita baik dan buruk.

berita buruk, Lee Chong Wei kempunan lagi utk bergelar juara dunia bile tewas kepada jaguh Indonesia, Taufik Hidayat di suku akhir. untuk rekod, Lee Chong wei belum pernah bergelar juara di kejohanan ini, Kejohanan ini merupakan kejohanan bertaraf 6 bintang dan menjadi rebutan elitis dunia. spnjg kejohanan ini dianjurkan, belum ada lagi pemain Malaysia yg memenangi kejohanan ini, dari era Misbun Sidek lagi. dan thn ini dikatakan pertaruhan terbaik Malaysia melalui LCW, malangnya LCW gagal menepati sasaran.

Oh ye, Lin Dan juga kalah di suku akhir. kepada Park Shung Hwan (korea selatan). Padan muke Li-Yong Bo (jurulatih China). katenya, Lin Dan tiada tandingan. musuhnya adalah dirinya sndiri. hahaha.. Li Yong-bo, sile telan balik kate2 anda ye? aku sokong Lin Dan, tp aku xsuke jurulatih die.

dalam badminton man singles aku sokong LCW, Lin Dan dan Taufik Hidayat. men doubles Koo Kin Keat- Tan Boon Heong, Cai Yun-Fu HaiFeng, dan Lee Yong dae- Jong Soo. women singles? for sure Wang Yi Han. hehehe

wang yihan- isn't she cute?

berita baik, pasangan utama negara, juga beregu di ranking pertama dunia, Koo Kin Keat- Tan Boon Heong berjaya ke final. di suku akhir, mereka menumpaskan beregu badi mereka, lee Yong dae-jong soo dari korea dlm rubber game. di set penentuan, beregu negara kelihatan sangat penat. sntiasa mncari jalan utk keluar gelanggang dan meletakkan ais di atas kepala. tp smgt juang sgt tggi, dan mereka berjaya juga mng.

di sparuh akhir, mereka menundukkan gandingan kedua China, juga beregu ke 4 dunia dlm straight set. permainan mmg kemas. defend power. smash laju gile, terutamanya smash Tan Boon Heong yg secara average speednye ialah 270 km/j.

di akhir, mereka akan bertemu samada gandingan utama China, Cai Yun- Fu Haifeng, atau Markis Kido-Setiawan.. great match for sure! cume harapnya, Koo Kin Keat-Tan Boon Heong xbyk lakukan unforced error...maen dgn tenang. skillls, mereka mmg top of the world. just kekuatan mental je jadi pemisah.

Malaysia Boleh!

Ads

Shamsian