labbaikkallahumma labbaik.labbaikala syarikalakallabik.innalhamda, walnikmata, laka walmulk, la syarikalak...
insya Allah pada 24 disember 2009, aku dan keluargaku akan berangkat ke mekah untuk menunaikan umrah insya Allah. penerbangan kami adalah dijadualkan pada pukul2.30 pagi, menuju ke madinah.dan kami insya Allah dijadualkan pulang dan tiba di Malaysia pada 6 Januari 2010 insya Allah.
Aku berharap pemergian kami ini diredhai oleh Allah. banyak halangan dan dugaan kami tempuhi untuk menjadi tetamuNya. tetapi aku berpegang pada hadis Nabi, "Dan janganlah kamu memberat-beratkan perjalanan kamu melainkan kepada 3 tempat; Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa".
Ya Allah, terimalah kami menjadi tetamuMu, dan permudahkanlah urusan kami untuk beribadat kepadaMu. selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balik, serta sepanjang menjadi tetamuMu ya Allah. kurniakanlah kami kesihatan tubuh badan yang baik agar kami dapat beribadat kepadaMu ya Allah.kurniakanlah kami kemanisan beribadat kepadaMu ya Allah.dan hanya pada engkaulah tempat kami memohon pertolongan.
Hambamu telah datang menyahut seruanMu ya Allah. Hambamu datang menyahut seruanMu. sesungguhnya segala puji-pujian, dan nikmat serta kerajaan adalah milikMu, dan tidak ada sekutu bagiMu.