Nov 30, 2010

Aidiladha

This entry is dedicated to my new cousin, feer. thats why this article today is in english.

it has been 2 weeks since we celebrated Eidul Adha..i couldnt update this blog before as all the pictures are in Adjie's camera, and i forgot to transfer all the pics before this. Nothing special in our eid celebration this year. many of my family members are not here; pih n family, jan n family, hazu n family.

these are the pics, including the star of the show, mr cowish.




do you notice? this cow know we are taking pics of him. n he does posing well. i do think this is a model from cows' world, only he didnt do the catwalk.

close-up


blurry...since i'm in the pic, obviously i am not the one who snap this pic

"dear, do you want me to slaughter the cow for u?"
nabil says,"NO!!!" (hazu...ajuk cara nabil kate tanak)



the final moment





thumbs up!

Allah SWT berfirman dlm surah al-kautsar yg bermaksud,
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah."

Pendapat yang masyur mentafsirkan solat pada ayat itu adalah solat Eidul Adham dan menyembelih ialah berkorban.

Nabi SAW bersabda yang bermksud," Tiada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan dtg pada hari kiamat (sbg saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. dan sesungguhnya darah haiwan korban itu telah terletak di suatu tmpt di sisi Allah sblm mengalir di tanah. kerana itu, bahagiakanlah dirimmu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).



*tazkirah tu aku saje buat dlm bahasa Melayu...mls nk cari terjemahan dlm english

*gambarku amat sedikit sbb aku jadi kameraman..owh hazu.owh pih...pulanglah.aku pn nk bergambar jugak..hahaha




Siap

ok..blog berwajah baru lagi

blog dlm pembinaan

seperti yg anda dpt perhatikan, blog ini masih dalam pembinaan..template sblm ni rosak.since skrg da pukul 2.22 pagi, aku xsmpat nk replace baru.


Nov 27, 2010

Terengganuku...

baru2 ni PM lancarkan MBE-Model Baru Ekonomi

Antara perkara yang akan ditekankan ialah; Greater KL and Klang Valley. ye, kerajaan bercadang untuk menjadikan Kuala Lumpur dan Lembah Klang lebih gah, lebih maju dari sebelum ini. mnjadi pusat perdagangan dunia, pusat sumber data dunia, bla bla bla..bagi businessman, this is a real opportunity.

Cume sebagai seorang anak Terengganu yg mmbesar di Kuala Terengganu, aku juga ingin melihat bandarku maju. semua orang, bila diajukan kenapa Terengganu xboleh maju, semua jawab, sebab tiada pelaburan. kenapa tiada pelaburan?pelabur2 takut nk melabur, sbb mentaliti rakyat Terengganu yg hnya membeli-belah di Mydin sahaja.

Source yg boleh dipercayai berkata, di bulan Ramadhan, Mydin Mall Kuala Terengganu mncatatkan jualan tunai sehingga RM1 juta sehari! jadi maknanya, kuasa beli rakyat Terengganu ni tinggi. jadi mane salahnya?

Aku bukan bermaksud mnjadi seorang perungut. aku just melahirkan isi hati. kenapa bandaraya Kuala Terengganu xubah hanya seperti bandai koboi sahaja? kita ada international airport, kita dh ade IPTA2, jadi di mana silapnya? fasiliti2 di Kuala Terengganu spatutnya dh mampu menyediakan pasaran sedia ada yang cukup luas.

tapi, percaya atau tidak, di 'bandaraya' sekecil ini, taraf hidupnya cukup tinggi. lunch? jangan harap dapat RM7 ke bawah. makanan laut cukup mahal, padahal negeri Terengganu kn di pesisir laut? msti ramai nelayan..kenapa harga ikan di KL lagi murah dari di Terengganu?

bandaraya kuala terengganu mmg tidak terancang. kalau nk g bank, msti pakai driver, sbb tmpat parking xde. bangunan tertinggi di Kuala Terengganu hanyalah Wisma Darul Iman. tu pun kompleks kerajaan..shopping mall?astaka jela. ade mall buat pun, dh brapa tahun xbukak2...antara alasan popular dan sangat bangang; xdok CF!

aku xmengharapkan Kuala Terengganu jadi spt KL. penuh bangunan2 tinggi. pernah aku bercakap dengan seorang pesara kerajaan, dia kate baguslah Kuala Terengganu xmmbangun sangat. kurang sikit masalah sosial...bohsia bohjan..hallo! tu sume zaman pakcik baru masuk keje dulu. skrg ni, masalah sosial Terengganu antara trtinggi di Malaysia tau?

Rempit di Kuala Terengganu adalah satu perkara biasa. Jumaat petang, pergilah kt Simpang Tokku tu...ratusan motor asyik merempit atas jalan raya..langgar lampu isyarat, potong line salah..bla bla bla...dicadangkan kepada pihak tentera, jumaat petang bwk kereta kebal ke jalan2 utama Kuala Terengganu, rempuh je diaorg tuh.

and kenapa diaorg merempit? tu pn perlu diperhalusi sebaiknya..mereka akan jadi pewaris kepimpinan negara...xkn one day kita nk parlimen kita dipenuhi dengan perempit2?kalo mereka dah insaf dan bertaubat xpela, tapi kalo mereka still merempit nk g parlimen tuh?

xpasal2 kite kene adakan pilihanraya kecil setiap bulan, nk gantikan mereka yg terkorban sbb merempit tuh..

*ok..aku dh mengantuk..nite


Ya Allah...peliharakanlah Terengganu.aminnn

Nov 26, 2010

P Ramlee

baru2 ini di channel History, saluran 555 ade disiarkan biografi pasal seniman ulung Malaysia, Tan Sri P Ramlee. aku xberkesempatan tgk di astro tu..tp lps seorang teman sarankan aku tgk, atas dasar aku ni mmg peminat P Ramlee, maka aku pn search Youtube..dan aku tgk biografi ni sampai habis.

well..aku salute Shuhaimi Baba yang mengarahkan biografi ni. pada aku, sgt details..yela, dia ambil masa 12tahun untuk siapkan biografi ni.12 tahun! lengkap dengan interview2 dgn allahyarham p Ramlee sndiri semasa hayatnye dulu, juga interview dgn bekas2 isterinya, anak2nya, teman2 dan semua yang pernah rapat dengannya. dan kebanyakan interview ni mnjadi sgt istimewa, kerana kebanyakannya sekarang sudah meninggal dunia.

akhirnya thru this biografi, aku mengenali P Ramlee. cume aku agak terkilan..pada aku xperlu diceritakan kelemahan2nya..kan arwah sudah selamat di sana?cukuplah kita mengenali sisi baiknya sehaja..sisi buruknya, itu urusannya dengan Allah.

aku tertarik dgn kata2 afdlin shauki, "sbnrnya kita perlu mati dulu, barulah kita akan dihargai".

sinis? but its so true! mase P Ramlee ade lagi, sape yg hentam die?tikam dari belakang, bla bla bla..tapi bila dia dh meninggal dunia, barulah diberi semua penghormatan, siap dapat anugerah Tan Sri lagi..

seperti kata Dato' Aziz Sattar,"kalau lah P Ramlee diberi gelaran Tan Sri ini ketika hayatnya, sudah tentu dia rasa dihargai.. tp sekarang apa gunanya lagi?"

aku linkkan biografi ni disini..


sedih jugak bile dgr kisah hidup die. well, sume ade ups and downs. bersediakah kita dengan downs kita nnti?

n adakah org akan cume menghargai kita selepas kita meninggal dunia? ataupun lebih malang lagi, adakah orang yg akan menghargai kita bile kita tiada lagi nanti, atau dilupakan begitu sahaja?

renung2kan...dan selamat beramal!

Nov 23, 2010

Sukan Asia Guangzhou 2010 - the legend has born


untuk kali ke2 bagi tahun ini, dan utk yg ke13 sepanjang kariernya, Lin 'super' Dan beat Dato' Lee Chong Wei, pemain no1 dunia, dlm perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Asia 2010, dlam masa 112 minit. untuk rekod, Lin Dan sebelum ini belum pernah menang di Sukan Asia.

dengan kemenangan ini, Lin Dan sekarang secara rasmi telah memenangi kesemua gelaran berprestij di dunia. no doubt, he is the greatest badminton player at all time! tahniah super dan! i'm your big fan u know.

tapi itu tidaklah bermakna aku tidak patriotik. dlm perlawanan akhir tu, yg ditonton sekeluarga itu, aku mmg sokong LCW. cume aku xla terkilan sangat bila LCW kalah. Lin Dan is just better, n mayb, well prepared.

b4 the asian games, aku ade bace berita, LCW injured, dan mayb xbleh main di asian games ni. dan aku tgk pn die pnye permainan menurun la. dlm acara berpasukan, siap kalah lagi dgn boonsak polsana (thailand). dlm acara individu pn, nampak permainan nya agak goyah...okla, bleh trimala alasan die injured.

baca sini

apapun, sbnrnya Malaysia dh perlu tekan butang kecemasan. being the world no 1, LCW ttp gagal menang kejohanan2 utama. olimpik, asian games, kejohanan dunia, sume tu LCW blum mng lagi..n for all times, he has to bear the national's hope alone!sian die...
compared to china, walaupun ketika ni Lin Dan just pemain no 4 dunia, tapi dia dh mng sume kejohanan utama..pemain2 pelapis pun ramai..mayb antara faktornye adalah keputusan China utk mewajibkan Lin Dan dan pemain2 utama China untuk bermain di Liga Kebangsaan mereka, dan menghantar pemain2 muda ke kejohanan2 antarabangsa yg kurang berprestij. dgn cara ni, pemain2 pelapis sentiasa dpt pengalaman beraksi menentang jaguh2 dunia; Lin Dan, Chen Jin, Bao Chun Lai.. mayb BAM pun perlu tiru cara ni kut?

tgk sini


Nov 14, 2010

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan

aku xpenah terfikir pun, aku akan mendapat seorang sepupu warga Eropah. ya, org Holland to be exact. sampai skrg pn mcm xcaye je. hehehe.... tp tula, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. ternyata rusuk sepupuku ditemui jauh beribu batu daripadanya.

30hb Oktober 2010, Tengku Mohd Hazwan Tengku Hassan slmt diijabkabulkan dgn pilihan hatinya Firdawsi (nama penuhnya aku masih lagi xingat) di sebuah masjid di Zoetermeer, Holland, pukul 12.10 waktu tempatan.

Mcamana mereka bercinta? hehe...aku pun xberapa tau secara detail. yg aku tau, feer ni adalah anak kenalan kepada ayh lim. n ayh lim ade biz dkt holland suatu ketika dulu (aku xsure skrg ade lagi ke x). wan ni plk penah bekerja dgn ayh lim, dan dihantar ke holland utk tempoh 3 bulan atas urusan kerja. jadi mase ni la mereka berjumpa. tgk power x sepupuku mengayat? 3 bulan je beb!hahaha

mcmana mereka bercinta? ntahla..tp my cousin surely is a great guy, bukan senang nk bercinta jarak jauh..ganu-kl pn ramai dh org kecundang, ni kan plok malaysia-holland.

mcmana nk ejas mase utk bergayut tu pn sesuatu yg sgt rumit..perbezaan bhs, budaya lagi..tp Allah maha berkuasa. telah ditentukan yg terbaik bagi dirinya adalah si dia, maka sudah tentu Allah akan memudahkan segala urusannya...

these are the pics..enjoy!

the arrival
tetamu yg sedia menanti
sedia untuk akad
pasangan mempelai
akad nikah
keluarga pengantin perempuan (ayah die muke sebijik org Melayu kn?)
bersama family (i dont know why, i keep telling myself muke mak feer mcm muke teacher noraziah, mak solihah. ade sape2 agree with me?)
cake!
makanan (sorry la...tiada nasi minyak)

ni plak pic outdoor





bukan rayuan gombal


wan : yoe..mehla honeymoon sini..lawa tempat ni...banyk tmpat bleh jalan2
yoe : i Allah wan...(dlm hati: nk kene wan ni. aku dok kawin lagi la!)

Nov 13, 2010

Puasa di Hari Arafah



Hari selasa ni, 16 november 2010 bersamaan 9 zulhijjah adalah hari arafah. Keistimewaan Hari Arafah adalah :

  1. dikatakan hari yang terbaik bagi sepanjang tahun berdasarkan sabda Nabi SAW yg bermaksud: " Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya dari api neraka melainkan pada hari Arafah". (riwayat Imam Muslim).
  2. Allah memuji orang2 yang sedang wukuf di Arafah. dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda," Sesungguhnya Allah memuji orang2 yang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka dan berkata, Lihatlah kepada hamba2 Ku yg datang kepadaKU (diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

Adalah disunatkan berpuasa pada hari tersebut (bagi yang tidak mengerjakan haji).

Dari Abu Qatadah menyatakan bahawa Nabi SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Lalu Nabi SAW bersabda, " Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa pada tahun lalu dan tahun akan datang". (Riwayat Imam Muslim).

Adapun Nabi SAW melarang umat Islam yang sedang mengerjakan haji dari berpuasa pada hari Arafah, kerana mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk beribadat di sana. malah adalah sunat bagi jemaah haji untuk tidak berpuasa pada hari tersebut. sekiranya mereka berpuasa juga, hukumnya tidaklah haram, tetapi adalah menyalahi perkara yang utama sebagaiman diriwayatkan oleh ummu al-Fadhl binti al-Harith:

" Ramai sahabat ragu2 tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah, lalu Baginda meminumnya". (hadith riwayat Imam Muslim).

credit untuk mereka ini : 1, 2 dan 3.


Nov 10, 2010

Hujan



sekarang musim hujan. teringt aku zaman2 SPM dulu, teacher wan rozita ada ajar, kalau buat essay yg tajuk die sepatah cmni, rain contohnye, kita boleh bercerita segala peristiwa yang berkait dgn hujan ni. bukan perlu cerita pasal asal-usul kejadian hujan ni ke ape. dan mse trial SPM, kuar tajuk ni. aku pn ape lagi, menggoreng secukup rase la. hehee

n utk trial tuh, alhamdulillah aku score. thank u Allah, n teacher too!

ape aku cite mase tuh? em...kalo xsilap, aku stat karang dgn memorizing...aku cite konon2 mase tuh hujan lebat, n aku kat dlm bilik tgh tgk album gambar. tibe2 aku terpandang gambar seseorang (mase tu awek aku la konon), dan fikiran aku trs flash back.

kononnya thn lps tu, mase ujan jgk aku still kt sekolah. form 5..sume org tgh mood study utk SPM. cume aku ni kategori pelajar nakal la kire. aku ajak awek aku (pergh...hebat imaginasi aku ni..hehehe) pnteng sekolah. awek aku xnak, aku paksa jugok sampaila die mengalah.

then kuar sekolah tuh, sampai kt traffic light ade la sorg mamat ni celen aku...blow2 enjin die sblh aku...xsilap die pn ade awek sblh. aku pn tercabarla, trs race dgn die...jadi mcm scene lumba haram la plk jalan kt ganu tu..mase tu hujan lebat, then mase tu kt selekoh, aku xleh control the car..dan terbabas langgar tiang lampu..

aku bangun2, aku kt hospital..aku bgn trs tnye pasal awek aku (caring nih..hehehe), ma aku diam..then abg aku masuk bgtau awek aku dh xde...aku pn pengsan blk.

pastu dlm essay tu, tibe2 pintu bilikku di ketuk. jadi aku kembali dari flash back la. adik aku bgtau ade kol kt bwh (mase tu hp xramai lagi org pakai). aku angkat, tibe2 org bgtau membe baik aku accident..aku pn trlepas gagang telepon...segalanya berlaku ketika hujan. jadi hujan kononnya memberikan aku perasaan yg kurang selesa la...tu la ending citenye.

owh dari sinopsis ni, adakah essay aku sehebat itu dari segi vocab dan sebagainya?
ntahla..tapi mase tuh kan nk exam..study msti maut punye.

hehehe...

malu lak teringt karangan aku zaman dulu.kecik2 dah imagine ade awek...ponteng sekolah, dan racing plak tu.jadi punca kematian anak dara org plak lagi..nauzubillah..

realitinya aku xseperti tu.

hahaha..ac jln citenye aku ceduk dari cite legend of speed, lakonan e-kin cheng. aku mmg minat habis cite tu dulu..


in realiti? em...aku suke hujan. banyak kenangan best2...bukan kah hujan tu rahmat Tuhan? cume aku tkt la sket dengan petir. normal la kn?

n moreover (hahhaa...mcm baru blajar english), dlm ujan arini, ade kenangan baru utk aku...i've talked to her!

alhamdulillah

Nov 7, 2010

Tafsir mimpi

semua orang bermimpi, kn? ada mimpi baik, ada mimpi buruk. mimpi terjadi ketika minda kita berada dalam keadaan bawah sedar. dalam mimpi, sebenrnya kita berada di alam lain. kn tidur itu mati sementara? dlm tidur kita hilang akal. jadi ini sebab Islam tidak mewajibkan kita solat ketika sedang tidur.

mimpi ini pelbagai. aku sndiri pnh berdepan dgn pelbagai mimpi. ngeri, indah, lucu pn byk. aku pnh terdgr sabda Rasulullah SAW (kalo silap tlg betulkan), sekiranya kita bermimpi buruk, hendaklah kita sesudah bangun tidur, meludah 3 kali ke kiri tmpt tidur, dan jangan diceritakan kpd sesiapa. kerana itulah adalah mainan syaitan. sebaliknya sekiranya bermimpi yang baik, hebahkanlah kerana ia adalah berita baik dari Allah.

aku pnh dimarahi oleh seseorang kerana mimpi. dia telefon aku, dgn suara sgt sedih dan agak bengang, dia kata dia mimpi, dlm mimpinya aku xlayan dia. aku malukan dia. dik, kalo mimpi buruk, jgn cite kt org k?dhla tu mimpi dia, macamana aku nk kawal? aku xtau pn mcmana nk masuk dlm mimpi org ni. kalo tau, dh lama aku masuk dlm mimpi ehem ehem. hahahah...

di sini aku listkan mimpi2 yg common.

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

1) Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.

2) Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

3) Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

4) Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

5) Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

6) Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

7) Bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

8) Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

9) Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

10) Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

11) Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

12) Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

13) Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

14) Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

15) Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

16) Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

17) Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

18) Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

19) Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

20) Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

21) Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

22) Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

1) Jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak

2) Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.

3) Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan

4) Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat

5) Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat

6) Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.

7) Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.

8) Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan

9) Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan

10) Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana

11) Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan

12) Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Bermimpi Akan Haiwan

1) Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

2) Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

3) Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.

4) Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.

5) Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

6) Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

7) Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

8) Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

9) Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang

10) Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu

11) Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

12) Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat

13) Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki

14) Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

15) Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

16) Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

17) Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

18) Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan

19) Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda

20) Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki

21) Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta

22) Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian.

credit to jessy azima

walau apapun, segalanya adalah datang dari Allah. kita perlu redha terhadap segala qada' dan qadarnya. tafsir ini bukannya 100% tepat. kerana hanya Nabi Allah Yusuf dikurniakan Allah ilmu utk mntafsir mimpi ini.

smlm aku mmpi jadi power rangers.hahaha...ape maksud tu? =p


aku minat red ranger, tryrannosaurus!

hahahaha

Nov 4, 2010

hanya Tuhan yang tahu

ahad lps, aku jadi pengapit lagi. kali ni utk kawan baikku peja @muhd faizal hasan di seremban. masuk ni kali ke5 dh aku jadi pengapit..bleh buke kompeni dh ni bhgn apit2 ni.haha

alhamdulillah, akhirnya peja dan mar dh sah jadi suami isteri...5 years bercouple, onak duri ditempuhi, alhamdulillah akhirnya disatukan. tapi bro, this is not the end. semoga berjaya menempuhi ombak badai berumahtangga, dan dikurniakan zuriat2 sebagai penyejuk mata.amin

peja @Dmardz - barakallahulakuma



adat negeri sembilan, tarian piring. unik, and kelakar. aku nyaris tergelak kt tepi pelamin. ye ah, tgk muke pengantin pn nk nangis dh thn gelak.hehehe..nice experience

ikut kata pijoe, muke yg sgt kudus. bleh naik awan guling ni. hahahahaha

ok..since dh 5 kali dh aku jadi pengapit, dan 5 kali juga la org asyik tnye, aku bile lagi? well, ac aku pn tertanye2 soalan yg sama pada aku. tp jodoh pertemuan ni di tangan Tuhan. di luar kekuasaan kita. and aku yakin, Allah sedang merencana yg terbaik utk aku. ye la, aku pn bukan mude lagi. sape xnk kawin kn?

hehehe

just kali ni, aku xnak bercintan-cintun lagi. letih dh berpacaran. jadi mari sama2 berdoa agar aku cpt dpt jodoh yg baik k? amin..

oh ye...akhir bulan november ni, sorg lagi ahli Rohok Molek, ijek @muhamad zharif muhd shuib akan kawin. then bulan 2 thn dpn, giliran pijoe plok i Allah. jadi yg tggl hanye aku, xerin, kuzi dan mirul. ikut budok2 ni kate, benchmark lewat kawin, xerin. so lets hope i'll get married first before him!

hahahahha

sorry xerin. =p

last but not least, kutujukan lagu ni utk si dia.(bukan xerin, ttp seorg perempuan)


video

chewahh

Ads

Shamsian