Jan 15, 2010

umrah dan ziarah (taif - mekah)

bangun keesokan paginya, selepas bersolat subuh di dalam bilik, kami mula bersedia untuk bergerak ke mekah. selepas sarapan, aku kembali ke bilik untuk mandi solat ihram, dan berihram kemudiannya. kami diberitahu bahawa sebelum ke mekah, kami akan terlebih dahulu melawat beberapa tempat bersejarah di Taif, dipandu oleh ketua muasasah Abdul Rahman.

jemaah Wira Saujana group 32
The Grand Bahadur

Tempat pertama yang kami lawati adalah Masjid 'Siku. diriwayatkan disinilah Nabi Muhammad S.A.W meletakkan sikunya untuk berehat di sebuah ladang kurma selepas dihalau dan dibaling batu oleh penduduk Taif yang menentang ajaran Baginda. kami difahamkan bahawa Nabi tidak bersolat di sini, baginda hanya merehatkan badannya sahaja. jadi kami juga tidak mengerjakan solat di sini.

selepas itu, kami dibawa melihat empangan Taif yang menyalurkan air ke bandar-bandar sekitar. kemudiannya, kami dibawa ke Al-safa', iaitu antara puncak yang tertinggi di sini. Subhanallah, udaranya cukup sejuk dan segar, lebih sejuk dari udara di Kawah Putih, Indonesia yang kulawati dahulu. Pemandangannya juga sangat cantik dan mengagumkan.
Empangan di Taif
pemandangan menuju ke puncak
pemandangan di As-safa
aku diapit muasassah dan pemandu.stylo
kumpulan nasyid kesejukan

dari sini, kami dibawa pula melawat di sekitar bandar Taif. Padaku, bandar Taif merupakan sebuah bandar yang besar, dengan bangunan-bangunan yang walaupun tidak setinggi bangunan di KL, tetapi kelihatan cukup sibuk. kami kemudiannya ke Muzium Taif. Muzium ini sebenarnya adalah sebuah istana lama. selepas melawat-lawat di sini, kami ke Masjid Ibnul Abbas untuk solat zohor.
Bandar Taif
istana lama
masjid ibnul abbas

selepas zohor, kami bergerak ke sebuah lagi muzium lama, kali ini untuk makan tengahari. wow, menu kami ialah 'Chicken Mandy'!memang sangat lazat hidangan ini, pudingnya juga sedap.
bersama koe sedang menikmati juadah
muzium tempat makan
puding yang best

usai makan, kami terus ke bas untuk ke Qarnul Manazil untuk bermiqat.

selesai bermiqat, kami terus bertalbiah sepanjang perjalanan ke Mekah. perjalanan dari Taif ke Mekah mengambil masa kira-kira 2 jam. sepanjang perjalanan, hatiku berdebar-debar, bercampur aduk antara teruja dan takut. 'permudahkanlah urusan umrah kami ya Allah' , doa itu kuulangi berkali-kali di dalam hati.

3 comments:

syarikat apa tuan pergi umrah + ziarah taif. tkaseh.

saye pegi dengan wira saujana..ini contact no nye: 017-3985402 (puan pijah)

Post a Comment

Ads

Shamsian