Oct 28, 2010

Solat Sunat Rawatib


Adapun solat sunat Rawatib adalah solat sunat muakkad, iaitu solat yg sgt2 dituntut dlm Islam. Solat ini adalah solat yg dilakukan utk mengiringi solat fardhu, samada dilakukan sebelum atau selepasnya.

Berikut adalah solat2 Rawatib yang dianggap sunat muaakad oleh ulama' Fekah atas sbb Nabi SAW melakukan dan juga mengekalinya.
  1. 2 rakaat sebelum solat subuh. Nabi SAW bersabda, maksudnya, "tiada satu pun solat sunat yg lebih dijaga oleh baginda melainkan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh".
  2. 2 rakaat sebelum solat zuhur
  3. 2 rakaat selepas solat asar
  4. 2 rakaat selepas maghrib
  5. 2 rakaat selepas isyak
Jumlah solat sunat rawatib yg sunat muakkad ialah 10 rakaat.

Adapun solat Rawatib yang tidak dianggap muakkad ialah:
  1. 2 rakaat sebelum zuhur (ertinya 2 rakaat adalah sunat muakkad, 2 lagi tidak muakkad)
  2. 2 rakaat selepas zuhur (ertinya 2 rakaat adalah sunat muakkad, 2 lagi tidak muakkad)
  3. 4 rakaat sebelum asar
  4. 2 rakaat sebelum maghrib
  5. 2 rakaat sebelum isyak
Dari Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda, " Allah merahmati org yg solat sunat 4 rakaat sebelum solat asar".

Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

"Rasulullah SAW bersabda," Sesiapa yg solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mgharamkan jasadnya dari api neraka." Hadith Riwayat At-tabrani
Disebabkan ganjaran pahal yg sgt besar ini, ulama' tasawuf mengkategorikan solat ini ke dalam kategori solat sunat muakkad. ini berkhilaf dgn ulama'2 fikah, yg mngatakan ini bukan solat sunat muakkad disebabkan Nabi SAW tidak mengekalinya (tidak beristiqamah mengerjakannya).

Sunat Rawatib Qabliyah yg dilakukan sebelum solat fardhu sebenarnya boleh dikerjakan selepas solat fardhu, asalkan waktu solat itu masih belum berakhir. contohnya, sekiranya seseorg itu tidak sempat bersolat sunat rawatib kerana sudah iqamah, maka dia boleh mngerjakan solat itu slpas solat fardhu dikerjakan. kerana waktu bagi solat sunat qabliyah tidak berakhir dgn selesainya solat fardhu dikerjakan. tetapi seafdalnya dikerjakan sebelum solat fardhu.


Tiada solat sunat selepas subuh dan juga asar. Juga dilarang solat sunat pada waktu matahari tegak dikepala (kecuali hari Jumaat) kerana ketika ini dikatakan matahari itu berada di antara tanduk2 syaitan.

Taqaballahu minna wa minkum.

Oct 27, 2010

Umurmu sekarang sudah 21

26 Oktober 1989 : dilahirkan di Terengganu Specialist Medical Centre. ketiga dari 4 orang hero

1996 : belajar di Sek Keb Seri Budiman 2

2002: belajar di SMSS

2007 : ambil diploma jurusan reka cipta, UDM

2010 : ambil ijazah jurusan reka cipta, Unisza

seorang yang baik, ringan tulang, lucu, a little bit overprotective, kuat simpan rahsia, suka kereta, teammateku main futsal, penemanku drive g mane2 luar Terengganu, teman main bowling, teman tgk wayang, teman karok. adikku, juga merupakan kawan baikku.

Selamat Hari Jadi, Ahmad Ikmal Hakim Bin Ab Ghani. semoga dikurniakan Allah dengan umur yang pnjg dan bermanfaat. jadilah anak yg soleh, adik yg terbaik, dan abg yg terulung. God Bless U!

*dgn terbitnya entri ni, xpayah doh bagi adiah kn? heheheh




Hensem abg kn? mcm de kate la. hahaha

phewittt

Oct 25, 2010

Hukum membunuh katak

Kenapa katak? sbb katak termasuk dalam sukatan pembelajaran. jadi bahan eksperimen subjek sains.

Kata al-Qadi Ibn al-'Arabi : Pendapat yg sahih berhubung haiwan yg hidup di darat dan air ialah di larang pembunuhannya, kerana terdapat percanggahan dalil haram dan halal. Lalu kami memenangkan dalil haram sbg langlah berhati2 (ihtiyat).

Ulama'2 fikah berselisih pendapat mengenai hukum membunuh katak ini.

Ulama' yg menghalalkannya ialah Imam Malik. Beliau berpegang pada dua dasar;

1) umum ayat Allah iaitu
"Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan yg berasal dari laut sbg makanan yg lazat bagimu, dan bagi org2 yg dlm perjalanan" (al-Maidah :96)

2) umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan; iaitu "Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya" (Riwayat Malik, al-syafi'e dan imam yg empat).

Kedua2 dalil ini umum tentang hidupan/haiwan di laut, lalu ia mencakupi katak, krn katak trmasuk dalam kategori soidul bahr.

Ulama' yg mengharamkannya ialah Imam Ahmad.

Dalilnya: Hadith Abd Rahman Bin Uthman tentang seorang doktor bertanya kpd Nabi SAW tentang hukum mnjadikan katak sbg ubat (utk dimakan), lalu Nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat ini disahihkan oleh al-Hakim).

Dalam sanadnya ada Sa'id Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yg boleh dibuat hujah dgnnya.

Justeru itu, jika Nabi SAW melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah utk suatu yg penting spt dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia mmg haram dimakan. Ini kerana Nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin krn kehormatannya spt manusia, ataupun ia mmg haram dimakan.

Asy-Syawkani pula seakan2 tidak bersetuju dgn kaedah binatang yg dilarang bunuh bererti haram dimakan, lantaran baginya ianya tidak jelas.

Namun yg rajihnya ialah: katak haram dimakan.

Bagaimana pula jika katak dibunuh untuk dijadikan eksperimen?
Mengikut Ustaz Azhar Idrus, hukumnya adalah HARAM. Ini berdasarkan hadis Nabi spt di atas.


Oct 21, 2010

Kaabah



Sekarang adalah musim haji. jadi aku rase terpanggil nk cite pasal kaabah.

menurut ahli sejarah Islam, Kaabah pertama kali dibina oleh malaikat. Allah memerintahkan Kaabah dibina di tempat buih di mana Bumi ini dijadikan. di Makkah @ Bakkah. apa maksud "buih" tu wallahualam.

ada ulama' berpendapat Kaabah adalah bangunan pertama didirikan di Bumi. tp pndpt yg lbh mahsyur mngatakan Kaabah adalah bangunan pertama yg didirikan utk tujuan ibadat.

ada seorang sahabat nabi pernah bertnya nabi, apakah masjid yg prtama dibina di dunia?Nabi SAW bersabda, " Kaabah". kemudian sahabat bertanya lagi, slps itu ya Rasulullah? Nabi SAW bersabda, " Masjidil Aqsa". dan kemudian sahabat bertanya lagi, slps itu ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab, "slps kedua2 masjid ini, seluruh permukaan Bumi adalah masjid".

  1. Binaan pertama : Malaikat
  2. Binaan kedua : Nabi Adam
  3. Binaan ketiga : Nabi Syith
  4. Binaan kempat : Nabi Ibrahim
  5. Binaan kelima : kaum Amaliqah
  6. Binaan keenam : kaum Jurhum
  7. Binaan ketujuh : Qusai bin Kilab
  8. Binaan kelapan : Abdul Mutallib
  9. Binaan kesembilan : kaum Quraisy
  10. Binaan kesepuluh : Ibnu Zubair
  11. Binaan kesebelas : Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi
  12. Binaan kedua belas : Sultan Murad Khan

Tetapi yg terpenting dlm sejarah pembinaan Kaabah ini adalah kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim, Ibnu Zubair dan Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi. (yg lain hanyalah pembinaan2 kecil, bukan pembinaan secara menyeluruh).

Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah SWT untuk membina Kaabah ini dgn tujuan dijadikan tmpt ibadat. Allah sndiri mnjanjikan bhw Mekah dgn sbb Kaabah ini akan menjadi tarikan umum seluruh dunia, manusia akan dtg dari seluruh pelusuk dunia menaiki pelbagai jenis kenderaan. Maka Nabi Ibrahim dibntu oleh Nabi Ismail pn membina Kaabah ini, mggunakn batu dari 7 gunung.

Pada suatu ketika, Kaabah runtuh dilanda banjir. Org quraisy ketika itu mengutip derma utk mmbina Kaabah ini kembali. disebabkan kekurangan dana (duit yg digunakan untuk mmbina kembali Kaabah hnya dari duit yg halal, sdgkan walaupun org kafir Quraisy kaya raya, ttp hasilnya diperolehi dari jalan haram. sgt sedikit harta yg halal.), maka Kaabah yg dibina adalah berlainan sedikit saiznya dari Kaabah yg dibina oleh Nabi Ibrahm AS.

Ketika Abdullah bin Ibnu Zubair bertapak di Mekah, beliau trigt satu hadis nabi SAW yg mengatakan, sekiranya bukan kerana pada ketika itu umat Islam masih belum kukuh keimanannya, nescaya baginda akan meruntuhkan Kaabah tersebut dan membinanya kembali mengikut ukuran Kaabah yg dibina oleh Nabi Allah Ibrahim AS.

Maka Ibnu Zubair pn meruntuhkan Kaabah tersebut, dan membinanya kembali mengikut ukuran Nabi Ibrahim.

Tetapi slps itu, Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi, panglima perang Yazid Bin Muawiyah menakluk Mekah. dilihatnya Kaabah adalah berlainan dari Kaabah yg pernah dilihatnya di zaman Nabi dahulu. disebabkan Hajjaj ini bukanlah alim ulama' dan bukan pula ahli hadis, maka dia pun meruntuhkan Kaabah dan membinanya ikut ukuran kaum Quraisy dahulu.

Ketika dtg zaman Khalifah Harun Al-Rasyid, baginda yg memang merupakan seorg yg alim pernah mmpelajari hadis spt yg pnh didengari oleh Ibnu Zubair dulu. maka baginda memerintahkan supaya Kaabah diruntuhkan dan dibina kembali dengan ukuran di zaman Nabi Ibrahim. tetapi Imam Malik menegah dengan mengatakan sekiranya Kaabah ini diruntuh kembali, maka di zaman akan datang, Kaabah ini akan sentiasa diruntuh dan dibina kembali berdasarkan ijtihad ulama' di zaman masing2. maka utk mngelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam, maka biarkanlah Kaabah sperti halnya skrg.

pembinaan Kaabah dari belah dalam

Kaabah di zaman awal Hijrah

Banjir di Mekah, sehingga tawaf terpaksa dilakukan dengan berenang

laluan saie ketika dahulu, siap ada kedai2 di kiri dan kanan

*gambar ihsan blogperibadirasul.com

Oct 18, 2010

di suatu hari, 8 tahun lalu



8 tahun lalu, thn 2002. mase tu aku di MCIIUM, PJ. mse hari pendaftran, aku jumpe sorg brader ni, kamil name die..sembang2, kitaorg pn pakat nk duduk satu bilik. sbb ac aku nk sebilik ngan ceno, tp die dh daftar masuk bilik dh pn. jadi aku kene cari kawan cpt2 la...sbb mase tu, byk la dgr cite, junior2 ni bese kene ragging. kalo jumpe klan sng sketla kn. tmbhan kamil ni plak budok kelate, jiran aku la kire.

jadi kitaorg pn beratur. die duk dpn aku. takdir Allah, die masuk bilik lain jgk. die org last masuk bilik ABC 124, n aku org 1st masuk bilik ABC 126..tp xpela, still berjiran. (ABC stands for Abu Bakar College).

ceno kalo xsilap, bilik 122.

Taaruf week die just 3 hari. tp pack la. fun jgk. ade sekali tu, mase penerangan pasal APT kalo xsilap, hidung aku berdarah. mmg banyakla darah tu mngalir, smpai committee2 panik. ac aku xleh kalo alami perubahan suhu scara mendadak. hidung aku sensitif sket. penerangan tu dlm AMF (Al-malik Faisal Hall) yg super sejuk. luar tu plak panas gile. apa lagi, berdarah la hidung aku. tp aku berterima kasih kt abg2 committee yg mengambil berat, siap bwk aku pegi klinik, anta aku balik UKC. and my special thanks to abg ajmal yg lps peristiwa tu sggp bwk aku naik moto g mane2, n kecualikan aku dari byk aktiviti fizikal. smpai skrg aku still in touch dgn abg ajmal ni. ac die just setahun je lagi tue dari aku, n aku ramai je membe2 batch die. kitaorg berckp aku-kau je. tp since aku respek abg ajmal ni, smpai skrg aku pggl die abg.

spjg mggu taaruf, aku di bilik tu. ac aku suke duk abc. ramai org, meriah la. bilik aku ade 16 org. dorm la kire. cume privacy xdok la. lps taaruf week, ammar bgtau aku, die nk pndh hostel, msk UKC (Umar Khattab College). UKC ni kecik, tp privacy la...4 org sebilik, satu bilik ade 4 compartment. ammar kate ground floor kosong lagi, tp kene gune alasan kesihatan la. jadi aku pn buat surat sket, dptla masuk sebilik ngan ammar. bilik G-04. dpn bilik aku bilik mamat n syarafuddin. so fun la. ground floor ni special sket. die bese khas utk yg ade problem je. hahaha...kitaorg 5 org satu bilik, compartment mmg kecik la. aku sebilik ngan ammar, zek, apih (due2 dari kelate) dan saifun (sarawak). sgt2 best!

EPT (english placement test) aku dpt level 4, dan exempted arabic (APT). dan kelas aku tuh, aku ngan fathir je budak ganu. 3 org budok kelate, termasukla kamil yg kujumpa di hari pendaftaran tuh. yg lain budak cmpur2la; kl, negeri sembilan, perak, kedah. jawa pn ade! ahahaa (sori asral). dan pada aku kelas ni sangat2 best, terbaik dlm hidup aku rasenye. sekelas jadi kawan baik. pakya, roy, fathir, kamil, najer, rina, lenya, dan lain2, kami kekal bersahabat sehingga hari ni.

nape kelas ni the best?
  1. budak laki rasenya ada 16 orang kalo xsilap. amazing kn, sorg pn xisap rokok (mase tu).
  2. kami sntiasa tolong menolong, dari hal2 melibatkan assignments, kuiz, attendances (phm2 sndiri la eh), walhal ponteng pn same2.
  3. ilmu agama masing2 agak tinggi la. (semuanya ade basic la, sbb sek agama dulu) jgn main2, muke je nmpak ganas, tp dlm hati masing2 ade taman. hahaha
  4. lps kelas pn, kami akan ke mana2 bersama2. ke kafe aika, kafe u, aroma kafe, hal2 awek pn bleh kate sume tau.
  5. mase first sem tu, kelas kitaorg kt smawp.1 dan 2. mlm2 plk kitaorg maen badminton situ.huhuhuh...bgunan ni mmg bangunan lame la..tp xla sedaif blok E. kt smawp ni, bese b4 masuk kelas kitaorg akan lepak2 dulu kt luar kelas tu, smbil ngorat awek beramai2. hahahaa
  6. dlm kelas ni jgk, majority minat berpersatuan. kebanyakannya adalah EXCO Enginius, kire org2 kuat persatuan engineering UIA la mase tu. awis presiden kalo xsilap, asral, azie, roy, pakya, aku, fatir sume AJK. jadi ni mengeratkan lagi kekamcingan kami la.
tp malangnye jodoh aku ngan kelas ni xpjg. sem 2, aku, najer, pakya, uswah, rina dan sape ntah sorg lagi tercmpak ke kelas lain, ke kelas ceno, amar zaiyad. bukan masalah pointer ye, cume sbb kelas aku dulu tu dh merge dgn satu lagi kelas yg exempted arab dan english, jadi 6 org yg no matriknya plg bawah tercmpak la. sedey.

tp kelas baru ni, awek pn lawa2 jugak. hahahah..

kelas baru ni berlaku beberapa tragedi. mase tu aku ade minat kt sorg minah dlm kelas aku tuh, tp die ni xlayan laki. diam je. so ade la membe aku cabar aku. die kate kalo dpt ckp ngan budak tu, die bagi RM10. aku pn kate on jela. saje main2 kn? takdir Allah, aku dptla berkawan ngan die. n aku xigt langsung dh pasal RM10 tu. tibe2 ade malaun mane ntah pegi bgtau budak pompuan tu. apa lagi mngamuk la die. sampai hampir putus kawan. heboh gakla dikalangan sisters mase tu. malunye aku! dhla xdpt pn RM10 tuh. aku berkawan ikhlas tau. huhuhu..i know who the culprit, tp xpela. kawan aku, tp u betray me eh? xpe la....aku maafkan. tu zaman muda belia. pompuan tu pn dh tau cite sebenar. so kire selesai la.

aku sepatutnya blajar di matrik hnye utk tmpoh 1 thn setgh. tp Allah maha berkuasa. kesihatan aku tidak mngizinkan aku. jadi aku terpaksa bercuti ketika sem pendek, dan itu mnyebabkan aku terpaksa menambah satu sem lagi. kire aku trpaksa extend la..

hikmahnya? aku jumpe budak2 Rohok Molek.

UKC

pelan Matriculation Centre of IIUM; The gate of Garden Knowledge and Virtue

miss u!

Tahukah anda?

tahukah anda, kutu darah dapat menghidu bau darah sejauh 7 hari perjalanan berjalan kaki?

akhirnya terjawab soalanku. kita biasa terbaca dalam buku2 sejarah Islam, di padang pasir yang luas terbentang tu, sering ada perompak2 yang merompak kabilah2 dagang. awalnya tu heran juga, mcmana diorg jumpe kabilah tu? bukan ada sign board ape2 pn kt padang pasir tu zaman2 dulu kn? kalau nk kata diaorg follow kabilah dari awal perjalanan, biasanya setiap kabilah dagang ada pengawal yang jaga di hadapan dan di belakang. jadi kalau diaorg follow, msti dh nampak awal2 kn? yela, padang pasir, mane ada tmpt menyorok.

rupa2nya, diaorang akan cari kutu2 darah..sbb kutu darah ni diberitakan apabila dia dapat menghidu bau darah, dia akan stay je kt tmpt tu smpaila kabilah tu smpai. jadi sebaik sahaja diaorg jumpe kutu2 tuh, diaorg just bersiap2 kt tmpt tu, dan menunggu kabilah dagang tersebut. mcamna diaorg cari kutu tu, guna microscope ke ape, wallahualam.

Subhanallah, besar kn kuasa Allah?

Oct 13, 2010

Kalau Berpacaran

Lagu yang best!

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

video

Oct 12, 2010

bye-bye cousin...take care

pg tadi aku sefamili menghantar sepupuku, tg mohd hazwan tg hassan aka hazu aka wan ke airport. guess wut? he is going to stay at holland! at place named sueteme ( i don't know how to spell, but its near The Hague i think). hazu is one of my closest cousin. since her mom passed away, bleh dikatakan hari2 kami jumpe. maen badminton, maen futsal. same2 die hard fan gunners. doing so many things together. dh mcm adik beradik. so pemergian die ni sgt menyedihkan aku la..

oh ya, he's getting married there. with a girl nick named fir (i don't know the fullname, although he did mention it to me several times). fir kalo xsilap, keluarganya berasal dari surinam. familinya mmg beragama Islam sejak lahir. tgk ketentuan Ilahi. sapa sangka, jodoh sepupuku jauh di Eropah sana.

now at 12.34 am, i believe hazu already in the flight, on his way to his new home, his new life. apepun, take good care of yourself bro. have a good life....ada masa balik la sini..n i Allah, pjg umur murah rezeki, i'll pay u a visit someday..i Allah.

Take care, bro. lots of loves from us here.

Oct 9, 2010

Orang yang zalim tidak akan masuk syurga


dari buku Bertemu Janji Allah, Jilid 2 karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ada menyatakan bahwa org yang zalim tidak akan masuk syurga.

diberitakan bahawa di akhirat kelak, manusia akan dipaksa melalui sebuah titian; titian siratulmustaqim. dari hadis Rasulullah yg masyur, dikhabarkan bahawa titi ini adalah setajam mata pedang dan sehalus seurat rambut dibelah 7..dan manusia akan menitinya mengikut darjah tingkatan amalan masing2. ada yang melintas selaju kilat mnyambar, ada yg sperti seekor kuda perang yang berlari kencang, ada yang berjalan sehari semalam, ada yang merangkak, ada yang berjlan bertahun2, dan tidak kurang juga yang terjatuh ke bawah, ke dalam neraka nauzubillah.

dan diberitakan di titian itu ada 7 perhentian. perhentian pertama, manusia akan ditanya soal solatnye didunia ini. sesiapa yang gagal dalam soalan ini (mereka yg lalai dalam mengerjakan solat) tidak akan melepasi perhentian ini, sbaliknya akan jatuh ke dalam neraka. begitu juga di hentian2 yg berikutnya, manusia diperiksa mengenai amalan2 mereka di dunia. dan di hentian terakhir, mereka diperiksa, adakah mereka pernah menzalimi sesiapa di dunia ini.

zalim, dari segi bahasa bermakna mletakkan sesuatu bukan pada tmpatnye. jika diperluaskan maknanya, maka sesiapa yang mendatangkan kesakitan dan melanggar hak orang laen, (kerana hak setiap manusia itu adalah utk dilayan sebaiknya oleh manusia yg laen), maka sesungguhnya dia telah menzalimi org laen..sekiranya ada dia menzalimi org lain, walaupun hanya mendatangkan kesakitan seperti tercucuk duri pada org lain, maka dia akan jatuh ke dalam neraka..

wallahualam. (kalau salah, tlg betulkan)

menjadi trend skrg ini, manusia bercinta, dan kemudian tinggalkan kekasih mereka, kemudian tayang kekasih laen pula. di friendster, di fb..mcm2..tidakkah perbuatan itu menyakitkan hati, menambah derita orang yg ditinggalkan? sudahlah bercinta itu haram, menyakitkan hati org laen pula..lebih malang sekiranye melibatkan perasaan keluarga..besar kezaliman itu.

dan dosa setiap manusia kepada manusia yg lain, hanya manusia yg mnjadi mangsa itu boleh memaafkannya.

maka sesiapa yg terasa, mohon maaflah kepada yg terlibat. sesungguhnya Allah itu maha adil. semoga Allah berikan balasannya scr cash kt dunia. kalo Allah bagi balasan secara post-dated cheque, tunai kt akhirat nnti, x ke lagi seksa?

Oct 7, 2010

akhirnye Chong Wei kalahkan Lin Dan


ok...aku tau ni cerita dh lama...dh kire zaman tasaday dulu ni..tp aku baru smpt nk update...aku ketinggalan byk ari...sbb update cerita raya yg sgt memenatkan itu.

Peristiwa bersejarah ni berlaku pada Terbuka Jepun 2010. final. for the record, LCW pnh jadi juara Terbuka Jepun ni pada 2007...pastu didominasi oleh pemain China, Lin Dan dan Chen Jin.

Perlawanan berlangsung dgn sengit. untuk first point skalipun, rally dh sgt pjg. masing2 knal sgt corak permainan masing2. mule2 kelihatan mcm Lin Dan akan mng set pertama, as die lead LCW 17-14 at some point..then tibe2 LCW tingkatkan pace die, n Lin Dan plok byk buat unforced errors..so LCW mng set pertama 22-20.

set kedua, permainan agak seimbang, due2 mempunyai smash kencang dan pertahanan yg superb. tp kelihatan permainan net Lin Dan lebih baik dari LCW. dan Lin Dan mng second set ni 21-16.

cuak. besenye kalo masuk rubber set, LCW akan kaloh pnye.

set ketiga. skali lagi masing2 bertempur sengit. masing2 terbang x hengat. mmg mcm comentator tu kate.." this is badminton at its highest quality!"

dan finally, LCW mng set ketiga slps berhempas pulas slma 81 minit..22-20, 16-21, 21-17

wow!puas hati! harap2 LCW blh maintain performance die pasni.

*pic courtesy of China Foto Press

tapi ade sket berita malang utk kem negara. buat kali ketiga berturut2...koo kin keat-tan boon heong kalah lagi kepada cai yun-fu haifeng. kali ni di final Terbuka Jepun plak. nampaknye rexy mainaky kene fikir taktik laen nk lawan beregu China ni...beregu Malaysia ranking no 1 dunia, tp xdpt kalahkan China..xleh kire top lagi la kan?

cai yun - fu haifeng

koo kin keat - tan boon heong

ape2, tahniah Dato' LCW dan Dato' Misbun Sidek

Oct 5, 2010

Jalan2 raya

still cite pasal raya. wah, raya sakan aku thn ni.

24hb 9 aritu, aku ke kl. drive, dua org je dgn mat yus. bertolak dari kt kul 11, sampai shah alam kul 5 sumting..xleh nk speeding, ujan lebat spjg jalan.

mlmnye just lepak2 umah adjie. esoknye beraya di sekitar perumahan hati anda. malamnye, maen futsal di kelana jaya, dan minum2 di uptown damansara, di kedai dzaki.

hari ahad, aku ke rumah peja dulu di Gombak. then lps pijoe, jek dan kidin sampai, kitaorg naik kete pijoe, menuju ke UKM, utk menghadiri perkahwinan ex-rumetku di UIA, Muhammad Zaiyad Ismail @ Muda. dan kawin dh rumetku ni...barakallah..*tibe2 rasa tercabar


kemudian, kitaorg ke Kajang, ke open house Paeng.

then dalam kul 5, kitaorg smpai ke rumah peja. ac aku park kete aku kt sini. then aku trs ke UIA untuk ambik Puding, dan bertolak pulang ke Terengganu.

perjalanan yang santai, ditmbah lepak2 di Mesra Mall. kitaorg sampai kt umah dlm kul 12 malam.

alhamdulillah.

then xsmpai seminggu lps tu, aku ke KL lagi. kali ni dgn whole family. sbb anak che mah kawin ari sabtu di Putrajaya.
majlis kawin alin...eh baru perasan, pengantin xde dlm gambar. hahaha

dan alang2 dh sampai ke KL, kitaorg apa lagi, jalan2 raya la. lps ke Putrajaya, kitaorg ke rumah Mok Zan di Batu Caves, dan juga umah Che Long di Selayang.
di rumah mok zan

di rumah che long

*raya raya jugak, pose syawal xabis lagi ni ape cerita?
mood: tertekan + menyesal (sbb xpose awal2)

Oct 4, 2010

Diari Raya 2010 - raya kelima, keenam dan ketujuh

raya ke5. tiada aktiviti luar bese. aktivit bergambar juga bese2...cume aku meluangkan masa beraya ke rumah budak2 rohok. memulakan hari dgn beraya ke rumah ceno, then cadang nk g umah kuzi, tp die kuor. pastu aku ke rumah paklang di padang midin, then umah che ngah yah, umah pijoe, peja dan akhir skali umah asma.


di rumah peja

raya keenam dan ketujuh kurangkumkan dalam satu entry la ye..mls dh nk upload. hehehee

raya ke6...nothing much...org pn dh berkurangan.cume malamnye, ma buat mkn2 besar. panggil semua adik beradik, n jemput che long n the gang yg baru sampai dari kl...dinner ramai2.

bersedia untuk memulakan tugas

ketibaan keluarga yang diraikan















raya ketujuh pula, kami semua ke permai park inn...makan steamboat.















*eh..sume bergambar dgn bini masing2 ni...xpe2


maka dengan ini, berakhirlah episod raya di kuala terengganu bagi thn Hijrah 1431..i Allah jumpe lagi

Ads

Shamsian