Jan 31, 2010

MARAH!

marah...yes...aku semamangnya seorang pemarah.aku akui kelemahan aku, dan insya Allah, perlahan-lahan aku akan cuba baiki. insya Allah.

aku sebenarnya seorang yg agak open-minded, cume aku sgt pntang kpada kurang ajar. pernah aku bertikam lidah dengan seorang inspektor kanan polis, kerana dia bercakap kurang ajar dengan aku.huhu.juga aku seorang yang agak trauma. semua perkara senang lekat di kepalaku. jadi jika ada orang buat salah padaku, betapa sukar aku maafkan dan lupakannya. oh lemahnya aku!

tapi aku tahu, marah ini tidak baik. Sabda nabi SAW," sekuat-kuat lelaki ialah orang yang menahan marahnya". dan aku ingin menjadi lelaki yang kuat. dalam Quran juga ada, " dan orang-orang yang yang menahan marahnya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain, dan yang berbuat baik kepada orang lain". aku ingin menjadi orang yang baik.

tetapi aku sedar, aku cukup banyak kelemahan. marahku yang terutamanya. aku tidak boleh dilayan lebih kurang, konfirm aku akan mengamuk.egokah aku? aku marah apabila aku rasa diriku tidak dihargai, aku cuba dipermainkan..salahkah aku? Ya Allah, sesungguhnya rasa marah ini membuat aku menderita.

disebabkan marah, aku lihat dunia tidak begitu indah. bila marah, aku cuba mencari kesalahan orang lain. tidak pernah sekalipun aku mengakui kesalahan diriku. aku diuji Allah dengan dugaan, yang sebenarnya tidaklah sebesar mana. tidak sehebat dugaan yang diuji kepada saudara-saudara di palestin. tidak juga sebesar dugaan yang dihadapi para pejuang mujahidin di seluruh dunia. berbnding mereka, msalahku cuma remeh-temeh. tetapi dengan dugaan kecil itu, aku buatkan hidupku tidak menjadi indah. aku lemah Ya Allah.

Aku akui, aku seorang yang mementingkan perasaan orang lain lebih dari perasaanku..tetapi sifatku ini membunuh hidupku. aku ingin menjadi Muslim yang baik, yang mengutamakan keperluan saudaranya lebih dari dirinya. tetapi lagi aku cuba, lagi sakit hatiku, bagai tak tertanggung lagi. kerananya, aku buang masaku setiap malam. aku ingin berubah. perlukah aku berubah? dengan mementingkan diri, aku mungkin lebih gembira. mungkin lebih bahagia. tetapi benarkah? aku tak tahu.

aku ingin mengambil langkah pertama.aku ingin menikmati kehidupan aku sepuasnya, bersama orang yang memahami aku, menghargai aku. aku tidak perlukan orang yang ego di sisiku, aku tidak perlukan orang yang memntingkan diri di sisiku. semakin dewasa, aku perlu lebih matang. aku tahu kelemahan diriku, dan aku akan bebaskan diriku dari belenggu yang membuat hidupku sengsara selama ini. Ya Allah, bantulah aku.gembirakanlah aku, bahagiakanlah aku.

Amin

Jan 30, 2010

Arsenal VS Manchester United


esok 31 Januari 2010, arsenal VS manchester united..wah, derby match ni. arsenal dan MU sememangnya long and fierce rival; dari aku kecik lagi, arsenal dan MU dh jadi musuh ketat. chelsea baru lagi, sejak roman abrahamovic ambik alih. man city pula baru thn ni.

seingatku pada 2004, perlawanan Man U - Arsenal kecoh. ketika itu Man U menamatkan 49 undefeated run Arsenal dalam Epl, menang 2-0 di old Trafford seingatku, jaringan park ji sung dan saha. dan selepas itu, tercetus berita berlaku pergaduhan di dalam bilik persalinan, di mana barlaku tragedi baling-membaling pizza.huhuhu...kecoh2..

thn ini, arsenal dh pun tewas pada MU pada pusingan pertama liga di old trafford, 1-2. walaupun leading first half hasil jaringan arshavin, tapi pada 2nd half, rooney score penalty, dan diaby tertanduk gol sendiri..frust!
tapi skrg, Arsenal ada peluang baik untuk menang. bermain di emirates, walaupun tanpa robin van persie, eduardo dan diaby, tetapi walcott dan nasri dh boleh bermain. kalau arsenal menang, arsenal akan menerajui liga seketika, berkelebihan 2 mata dari man u, tetapi chelsea maih kurg 1 prlawanan. man u pula pada tahun ini permainan mereka kurang konsisten; mereka dah pun tewas 5 kali dalam epl berbanding arsenal (4) dan chelsea (3). fabregas pula semakin konsisten, masalah arsenal mayb sebab vermaelen cedera dan mungkin tidak diturunkan, dan diganti dengan sol campbell yang sudah tua dan kurang pantas. boleh kah campbell mengawal rooney? harap2 dapatlah

prediction?

arsenal menang 2-1, jaringan arshavin dan fabregas. rooney score untuk man u..huhuh...

hopefully.

arsenal 2009/2010

man utd 2009/2010

alex ferguson vs arsene wenger

Go GUNNERS!

Jan 29, 2010

injured lagi..

ye..doc mengesahkan kakiku injured...sofft tissue injury..hope bleh sembuh dalam masa terdekat..

Jan 28, 2010

dugaan oh dugaan

bukan namanya manusia jika kita tidak diuji.kn? dan hari ini aku diuji lagi. buku lali kaki kiriku membengkak, menyebabkan kepayahan untuk solat dan berjalan, akibat salah landing sewaktu bermain badminton isnin lalu. yg hebatnye, aku xberase sakit langsung ketika itu, cuma ketika aku bgn tidur keesokan harinya barulah terasa.

apapun dengan kuasa Allah, aku yakin aku akan sembuh seperti biasa dalam sehari dua lagi. aku sudah pun berusaha, ke klinik, mengurut, jadi skrg aku tawakal shaja.

hari ini, ada beberapa perkara berlaku yg agak menguji aku. antaranya, karenah dari TM. kontrak aku bersama TM hampir tamat, jadi sudah lumrah dunia, manusia sentiasa ingin menindas yang lain. sehabis daya aku ingin disingkirkan supaya dapat mereka masukkan org2 mereka pula. padahal, bersama aku, TMTC telah kembali menjadi tumpuan. tiba-tiba sahaja, semua kerjaku teruk di mata mereka, pelbagai aduan dibuat, hal kecil juga diheret menjadi besar, seolah-olah di dalam dunia ini, akulah kontraktor TM yang paling teruk. kawan tiba2 menjadi musuh dalam selimut..aku ditekan dari pelbagai penjuru. akan mengalahkah aku? ah tidak! lawan tetap lawan!

selain itu, GVI juga masih belum dapat apa2 projek. sedangkan inilah yang menjadi harapanku untuk peningkatan karier dan hidupku. di UKE, aku dah mencapai tahap tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang pekerja. aku 2nd boss! atasku cumalah big boss. mustahilla aku akn menjadi big boss kn? tambahan pula sebarang hala tuju syarikat telah ditentukan sebelum ini. aku hanya meneruskannya sahaja. tapi di GVI, aku director. aku bertanggungjawab memberi direction syarikat. oleh itu aku sgt2 berharap GVI akan berjaya, insya Allah.

tetapi this is life. sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorg diluar kemampuannya..lebih berat ujian, lebih hebat kita di sisi Allah...

Ya Allah, berilah jalan keluar dari segala masalah yang Kau timpakan kepadaku. jangn bebani aku dengan dugaan yg xmampu aku terima..sesungguhnya aku adalh orang-orang yang menzalimi diriku sendiri..amin

Kehidupan (in-team feat nazrey johani)
video

Jan 26, 2010

Go GUNNERS!!


aku adalah antara penyokong kuat arsenal aka The Gunners. seingatku, sejak aku mula minat bola, arsenal dan juventus lah antara kelab yang paling ku minati. tapi sekarang, hanya arsenal sahaja yang aku ikuti, mayb sebab di malaysia ni Serie A kurang mendapat liputan.

semasa di uia, aku dan teman baikku peja adalah antara die hard fan arsenal. main futsal ptg2 di court bilal, konfirm pakai baju arsenal. ade saje game arsenal, pasti akan terpacak kami di dpn tv. bila arsenal menang, wah...hepi bukan main lagi..tp bile arsenal kalah, keesokan harinya konfirm aku sedikit bad mood.haha..sampai begitu skali!

tp seiring dgn kematangan, kegilaanku juga semakin kurang. aku masih penyokong arsenal, tetapi bila arsenal tewas, aku tidak berasa terlalu kecewa. mayb sbb di rumahku bukan seperti di uia.di sini hanya aku, akim dan koe sahaja yang minat bola..semuanya penyokong arsenal pulak tuh.huhuh...sepupuku wan juga peminat utama arsenal, cuma adiknya hanif sahaja sokong chelsea. aku sudah mengadakan pakatan bersama wan, adiknya akan dibasuh supaya turut menyokong arsenal. haha

aku paling minat cesc fabregas, kapten arsenal kini. umurnya baru 23 tahun, tetapi sudah menjadi antara pemain tgh terbaik dunia. die sangat rilek, dan visinya sangat menakjubkan. skillnya tidaklah sehebat messi atau christiano ronaldo, tetapi hantaran2 bolanya superb! die sememangnya arkitek dan jeneral padang pasukan arsenal. kalo die berpindah, pasti arsenal berdepan cabaran hebat..aku juga mungkin beralih arah.
cesc fabregas

tahun ini, arsenal sudah tersingkir dari piala liga (tewas kepada manchester city) dan piala FA(kepada stoke city). aku agak kecewa bila tersingkir dari piala FA, kerana piala itulah sasaran yang paling realistik untuk arsenal. man u, liverpool telah lebih awal lagi tersingkir. malangnya, arsene wenger menurunkan hampir sume barisan muda, dengan alasan menyimpan tenaga untuk jadual EPL yang sangat dasyat, bertemu aston villa (away), man u (home) dan chelsea (away). aku faham, kerana arsenal sekarng di tempat kedua liga, berkelebihan 1 game dari man u, tetapi kurang 1 berbanding chelsea. tetapi akibatnya? kita tewas kepada stoke city 1-3.

tahun ini, padaku arsenal memerlukan keajaiban untuk menjuarai liga dan juga champions league. aku heran, pemain2 arsenal terlalu mudah injured. walcott umpamanya, sudah beberapa kali injured season ini. aku rase belum pernah arsenal bermain dengan kesebelasan terkuatnya. aku rase barisan ke2 arsenal hampir mustahil mampu menewaskan chelsea dan manchester di epl, apatah lagi untuk menewaskan barcelona di CL.

apapun, aku percaya the gunners akan mampu memberi saingan di EPL dan CL thn ini, EPL, jika dapat tempat ke2 pn aku sudah berpuas hati. CL pula, secara realistiknya, aku agak yakin arsenal mampu ke semi final jika mendapat undian yang baik.

untuk perlawanan epl akan datang menentang aston villa, harapnya arsenal akan menang. walaupun diakui arsenal mempamerkan antara corak permainan tercantik di dunia (sbb itu aku menyokongnya), tetapi bek sangat rapuh. jrang skali arsenal mampu dapat clean sheet. aku harap lps ni, wenger akan beli seorang high profile striker (edin dzeko, kalo xpn david villa.huhuh), dan memperkemaskan bek. gallas dan vermaelen mmg hebat, ttp mereka terlalu menyerang, jd barisan bawah mmg kerap bocor. tambahan pula clichy dan gibbs injured, belah kiri hanya bergantung pada traore yang agak hampeh..skrg clichy pn dh kembali, jadi lets hope arsenal akan terus membedil..

Go GUNNERS!







Jan 25, 2010

aku dan badminton

skrg ini di trg, aku bermain badminton hampir tiap petang; jika tidak bersama keluargaku, aku bersama temanku khalis dan keluarganya. skrg ini, aku double dgn hazu, against ayh sim-ayh man. 2org uncleku ni, walaupun dh tua, tapi pergh..power!aku belum pernah menang lawan single dgn ayh man, walaupun umurnya dh dkt 60.dgn ayh sim? baru skali ingatku.huhu..sorang lagi uncleku, adjie pun terer main. akim juga semakin terer main.

aku mmg minat badminton ini dari sekolah rendah lagi. lbh2 lagi skrg ni badminton malaysia tgh top; lee chong wei dan koo kin keat-tan boon heong masing2 di ranking pertama dunia single lelaki dan double lelaki.

tahun 2010, chong wei dh pun memenangi 2 kejohanan super series, iaitu Terbuka Korea dan terbaru, Terbuka Malaysia. rasenye, ni first time chong wei menang title back-to-back. aku mmg kagum dgn permainan chong wei ni. padaku permainannya sempurna sekali. di final Terbuka Malaysia,die menang 21-13, 21-7 menentang Boonsak Ponsana dari Thailand. aku penah dgr seorang komentator barat saluran astro 816 berkata, chong wei sememangnya pemain kelas dunia, dan hanya lin dan seorang sahaja yang berada dalam kelasnya. yup, aku sangat setuju. taufik hidayat, chen jin, peter gade pn bukan lagi lawannya. cume aku tgk, bile bertemu lin dan, jarang sekali chong wei bermain permainan world class nya. die terlalu menghormati lin dan agakku, padahal sekarang ini die pemain no 1 dunia. camon chong wei, semoga 2010 ni anda berjaya memenangi all england buat pertama kali untuk malaysia.
lee chong wei

lin dan

ok, berbalik pada aku pula. tahun 2010, aku menambah koleksi raketku sebatang lagi. raket yang ku pakai di kl dulu berjaya dipatahkan oleh koe..huhuhu..

raket yang baru kubeli ini berjenama wilson. pertama kali aku pakai wilson, slama ini cume yonex dan carlton sahaja. aku baru je bermain menggunakan raket ini 2 kali, so far kire okla, cume aku masih belum biasa. akibatnya? pukulan baseline aku out, net-play juga out. cume smashku rasenye ade peningkatan

wilson k factor - 85-89 g, bal 29 cm, shaft stiff

yonex carbonex 21 special

yonex nc tuff 8 light




Jan 24, 2010

cinta..?

siang tadi aku main futsal, lawan budak2 udm (membe akim)..pergh, teruk pulok aku kene kali ni..huhuhu...tapi takpe, insya Allah akan direpeat suatu hari nnti.

ok, pada malam sebelumnya, aku berjumpa seorang teman. die kelihatan sangat murung. dia ajak aku lepak2, minum air di bistro. borak punya borak, dia pun bercerita la tentang masalah dia sekarang. besela remaja, confirm masalah cinta punya. tapi agak berat la masalah die, tak dapatlah aku ceritakan di sini.

cume slps itu aku berfikir, hampir semua remaja pasti berdepan masalah ini. xcaye? cube tengok status kt facebook, friendster. berapa ramai yang kate its complicated? (termasuklah aku..hahaha)..aku kadang-kadang jeles pada 2 3 orang sahabat yang bercinta selepas kahwin..betapa bertuahnya mereka..

apa itu cinta?berapa ramai yang sesat dan buta dalam bercinta, sehingga sanggup menggadai maruah? cintakah itu? absolutely not.. golongan-golongan yang buta inilah yang mencemarkan masyarakat. terlanjur, then mereka tinggalkan kekasih itu begitu sahaja.nah, siapa pula yang akan menjaga kekasih itu? pernah dalam perbincangan tak rasmi bersama teman-teman GPMS, terkeluar isu ini. ada yg melontarkan soalan maut; perempuan-perempuan yang terlanjur dan ditinggalkan ini, wajarkah dijaga? ramai yang berkata sudah pasti wajar. lalu keluarlah soalan yang lebih maut, sanggupkah kamu jaga? errr....

kesimpulannya, bercintalah kerana Allah. aku pun bukan pandai sangat dalam hal-hal begini, sebab itu aku ramai penasihat.hehehe..but obviously, cinta di zaman remaja ini amat merbahaya. banyak dugaan dan cabaran. salah langkah, sukar mancari jalan pulang. jadi kalau ada kemampuan kahwinlah cepat2...siapa pun kekasih, padaku tak penting. yang penting, buat istikharah. kalau Allah takdirkan si dia untuk kita, kahwin jela. kan kan? ;p

Jan 22, 2010

ok...sekarang perlu cari duit

siang tadi ma kata, kalau nak kahwin, bawa ma pegi buat haji kat mekah dulu.

opppsssss!!!!!

Jan 18, 2010

kenangan terindah

selepas 10 hari mekah, kami pulang ke malaysia dari jeddah. kami berangkat ke jeddah sebaik selesai tawaf wida' yang kami sempurnakan sesudah solat zuhur. di jeddah, kami singgah di masjid ar-rahmah, yang dijuga dikenali sebagai masjid terapung. (bagiku masjid ini hanya separuh terapung, lagi gah masjid tengku tengah zaharah di kampungku.) dan penerbangan pulang kami adalah pada pukul 10.30 malam.

bas untuk pulang
di masjidil rahmah, jeddah

kami berada di arab saudi dari 24hb 12 2009 sehinggalah 6hb 1 2010. banyak kenangan yang telah di bawa pulang. padaku, ini merupakan antara kenangan terindah dalam hidupku. mendekatkan diri pada Allah bersama semua ahli keluargaku. sungguhku bersyukur dengan kurniaanNya ini.

Di Madinah

kami kesuntukan masa. 3 hari 2 malam ternyata tidak mencukupi untuk kami menikmati kehidupan di kota Nabi ini. dari pengamatanku, aku percaya kita rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan kekayaan dan kesenangan hidup yang kita nikmati. aku lihat, jemaah haji dari Indonesia yang kebetulannya sama hotel denganku. pagi petang siang malam, makanan mereka hanyalah roti sahaja. sedangkan kami sentiasa menikmati makanan-makanan yang lazat dan berkhasiat yang pelbagai jenis, termasuk nasi beriani dan sup ekor.

suasana di sini cukup sejuk, lebih kurang 12 darjah. setiap kali solat subuh, aku pasti menggigil.
bersama ma di depan masjid nabawi
masjid nabawi yang cukup indah
senja di masjid nabawi

Di Mekah

di sebelah hotel kami, ada tempat menjual ais-krim. apa lagi, keluargaku menjadi pelanggan tetap di sini. ais-krimnya agak berbeza dari malaysia. di sini lebih sedap. selain aiskrim, burger di sini juga besar-besar.
aiskrim di tangan koe
koe dan burger
besar!

di mekah ini terkenal dengan nasi mandy. jadi, kami sekeluarga pergi ke restoran yang bernama Mat'am as-Safa, dipandu oleh ustaz suhaimi dan ustaz ahmad. fuh...memang best!kambingnya jauh berbeza dari kambing di malaysia ini. tak silap, di sini, kambing seawal usia 4 bulan sudahpun disembelih.kali ke2 ke restoran ini, dengan kuasa Allah, aku terserempak dengan keluarga kawan sekolahku dulu azlina. azlina tiada di situ, tetapi aku baik juga dengan keluarganya. sungguh aku terkejut. bayangkan beribu batu dari tanah air, dalam berbilion manusia di dunia ini, Tuhan takdirkan kami bertemu di sebuah restoran di arab saudi. kalau di masjidil haram lain pula ceritanya.

masjidil haram yang lengang di waktu biasa
masjidil haram di waktu jumaat

alhamdulillah dengan kuasa dan izin Allah, aku dan akim berjaya menunaikan sebanyak 7 kali
umrah. aku berdoa semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur insya allah. amin
bermiqat di Taneem
sesudah tawaf
ketika saie

aku cukup gembira kerana impian ma untuk datang menyempurnakan umrah telah tertunai
ma di hadapan kaabah

dengan izin Allah, aku berasakan tubuh badanku semakin sihat. banyak toksik-toksik sudah dikeluarkan, mungkin dengan khasiat air zam-zam yang banyak diminum di sini.

meminum air zam-zam

pada suatu pagi selepas subuh, ketika aku sedang berdiri di hadapan kaabah berdoa, aku ternampak ada seorang lelaki kelihatan seperti sedang tidur, betul-betul di hadapan rukun yamani. ada seorang arab yang memangku kepalanya. aku terus mendapatkannya. kulihat yang berbaring itu tersenyum, walaupun matanya terpejam rapat. aku cuba bertanya kepada yang memangku kepalanya, malangnya aku gagal memahami apa yang cuba disampaikannya. aku tunduk, dan memeriksa nadinya. aku terkejut, kerana aku gagal mengesan nadinya. begitu juga, nafasnya juga tiada. aku bangun, dan mendapatkan polis yang berada di situ. ketika itu, para jemaah mula mengelilingi mangsa itu. polis pun terus mengusungnya keluar dari masjid.
pada zohornya, aku dapat tahu lelaki itu telah meninggal dunia. innalillah..ya Allah, alangkah indahnya matinya!dalam keadaan tersenyum, betul-betul dihadapan kaabah pula! walaupun fizikalnya kelihatan seperti seorang pengemis, tetapi aku yakin kedudukannya tentu tinggi di sisi Allah. masih terbayang di mataku senyumannya itu..Ya Allah, tempatkanlah kami semua di tempat yang Engkau redhai di sisiMu. amin.

Jan 16, 2010

umrah dan ziarah (mekah cont...)

3 hari kemudian, kami dibawa untuk berziarah ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar kota mekah ini. rombongan kami berangkat selepas sarapan. tempat pertama yang dituju ialah Jabal Tsur, iaitu gunung yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar ketika mula-mula berhijrah ke madinah. diriwayatkan beberapa pemuda quraisy dapat mengesan jejak kami Baginda berdua, sehingga sampai ke pintu gua tempat persembunyian itu. tetapi Allah menyelamatkan kekasihNya dengan mengilhamkan kepada labah-labah dan burung agar membuat sarang di pintu masuk, bagi menunjukkan bahawa gua itu kosong dan tidak berpenghuni.
berlatarbelakangkan Jabal Tsur
bersama ustaz ahmad

kemudiannya, kami dibawa melawat ke padang arafah. di sini kami berhenti di jabal rahmah, di mana disinilah nabi adam bertemu kembali dengan hawa setelah 300 tahun terpisah. pada mulanya aku bercadang untuk mendaki bukit ini, tetapi akim pua mengajakku naik ATV. jadi hanya tie dan ela sahaja yang naik ke atas.
bermulanya Arafah
di hadapan jabal rahmah
ma di hadapan jabal rahmah
menaiki ATV
bersama unta
mengabdikan kenangan di Arafah

kami kemudiannya dibawa pula melawat ke mina dan mudalifah, juga ke jabal nur (di mana terletaknya Gua Hira'). di sini aku agak kecewa, kerana dalam kunjungan yang terdahulu, aku berhenti dan bergambar di ketiga-tiga jamrah. tetapi kali ini, kami hanya lalu sahaja. kesuntukan masa katanya. dan seterusnya, kami terus pulang ke hotel dan bersedia untuk solat zohor di masjidil haram.
Jabal nur di belakang deretan kedai
khemah di muzdalifah
mina

petangnya selepas asar, sekali lagi kami dibawa berziarah. kali ini kami dibawa ke muzium yang memaparkan kisah-kisah 2 masjid suci (masjidil haram dan masjid nabawi). kami selepas itu ke ladang unta, dan aku berpeluang untuk minum susu unta yang sangat segar (baru sahaja diperah!) susu unta itu sangat sedap, dan tidak berbau. mengikut ustaz suhaimi, susu unta mampu membunuh kuman-kuman di dalam badan dengan cepat. tetapi kesegarannya hanya mampu bertahan sehingga 3 jam sahaja.
Al-quran pertama yang dipamerkan di dalam muzium
telaga zam-zam
di dalam muzium
bersama susu unta yang baru diperah
bergambar di ladang unta
pemandangan senja di ladang unta

kami kemudiannya ke ja'ranah untuk solat maghrib dan juga bermiqat (bagi yang ingin mengerjakan umrah). kami tiba di masjidil haram sebelum solat isyak. selepas makan malam dan solat isyak, aku, adjie dan akim mengerjakan umrah. alhamdulillah kami selesai kira-kira jam 9 malam.

Ads

Shamsian