Kenapa katak? sbb katak termasuk dalam sukatan pembelajaran. jadi bahan eksperimen subjek sains.
Kata al-Qadi Ibn al-'Arabi : Pendapat yg sahih berhubung haiwan yg hidup di darat dan air ialah di larang pembunuhannya, kerana terdapat percanggahan dalil haram dan halal. Lalu kami memenangkan dalil haram sbg langlah berhati2 (ihtiyat).
Ulama'2 fikah berselisih pendapat mengenai hukum membunuh katak ini.
Ulama' yg menghalalkannya ialah Imam Malik. Beliau berpegang pada dua dasar;
1) umum ayat Allah iaitu
"Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan yg berasal dari laut sbg makanan yg lazat bagimu, dan bagi org2 yg dlm perjalanan" (al-Maidah :96)
2) umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan; iaitu "Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya" (Riwayat Malik, al-syafi'e dan imam yg empat).
Kedua2 dalil ini umum tentang hidupan/haiwan di laut, lalu ia mencakupi katak, krn katak trmasuk dalam kategori soidul bahr.
Ulama' yg mengharamkannya ialah Imam Ahmad.
Dalilnya: Hadith Abd Rahman Bin Uthman tentang seorang doktor bertanya kpd Nabi SAW tentang hukum mnjadikan katak sbg ubat (utk dimakan), lalu Nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat ini disahihkan oleh al-Hakim).
Dalam sanadnya ada Sa'id Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yg boleh dibuat hujah dgnnya.
Justeru itu, jika Nabi SAW melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah utk suatu yg penting spt dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia mmg haram dimakan. Ini kerana Nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin krn kehormatannya spt manusia, ataupun ia mmg haram dimakan.
Asy-Syawkani pula seakan2 tidak bersetuju dgn kaedah binatang yg dilarang bunuh bererti haram dimakan, lantaran baginya ianya tidak jelas.
Namun yg rajihnya ialah: katak haram dimakan.
Bagaimana pula jika katak dibunuh untuk dijadikan eksperimen?
Mengikut Ustaz Azhar Idrus, hukumnya adalah HARAM. Ini berdasarkan hadis Nabi spt di atas.
2 comments:
baru tau tntang hadis ni,,syukran =)
sy m0hon untuk share mklumat nie.
syukran jazilan.
Post a Comment