Nov 7, 2010

Tafsir mimpi

semua orang bermimpi, kn? ada mimpi baik, ada mimpi buruk. mimpi terjadi ketika minda kita berada dalam keadaan bawah sedar. dalam mimpi, sebenrnya kita berada di alam lain. kn tidur itu mati sementara? dlm tidur kita hilang akal. jadi ini sebab Islam tidak mewajibkan kita solat ketika sedang tidur.


mimpi ini pelbagai. aku sndiri pnh berdepan dgn pelbagai mimpi. ngeri, indah, lucu pn byk. aku pnh terdgr sabda Rasulullah SAW (kalo silap tlg betulkan), sekiranya kita bermimpi buruk, hendaklah kita sesudah bangun tidur, meludah 3 kali ke kiri tmpt tidur, dan jangan diceritakan kpd sesiapa. kerana itulah adalah mainan syaitan. sebaliknya sekiranya bermimpi yang baik, hebahkanlah kerana ia adalah berita baik dari Allah.

aku pnh dimarahi oleh seseorang kerana mimpi. dia telefon aku, dgn suara sgt sedih dan agak bengang, dia kata dia mimpi, dlm mimpinya aku xlayan dia. aku malukan dia. dik, kalo mimpi buruk, jgn cite kt org k?dhla tu mimpi dia, macamana aku nk kawal? aku xtau pn mcmana nk masuk dlm mimpi org ni. kalo tau, dh lama aku masuk dlm mimpi ehem ehem. hahahah...

di sini aku listkan mimpi2 yg common.

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

1) Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.

2) Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

3) Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

4) Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

5) Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

6) Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

7) Bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

8) Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

9) Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

10) Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

11) Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

12) Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

13) Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

14) Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

15) Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

16) Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

17) Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

18) Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

19) Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

20) Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

21) Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

22) Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

1) Jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak

2) Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.

3) Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan

4) Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat

5) Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat

6) Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.

7) Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.

8) Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan

9) Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan

10) Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana

11) Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan

12) Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Bermimpi Akan Haiwan

1) Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

2) Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

3) Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.

4) Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.

5) Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

6) Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

7) Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

8) Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

9) Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang

10) Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu

11) Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

12) Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat

13) Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki

14) Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

15) Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

16) Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

17) Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

18) Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan

19) Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda

20) Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki

21) Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta

22) Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian.

credit to jessy azima

walau apapun, segalanya adalah datang dari Allah. kita perlu redha terhadap segala qada' dan qadarnya. tafsir ini bukannya 100% tepat. kerana hanya Nabi Allah Yusuf dikurniakan Allah ilmu utk mntafsir mimpi ini.

smlm aku mmpi jadi power rangers.hahaha...ape maksud tu? =p


aku minat red ranger, tryrannosaurus!

hahahaha

1 comments:

jom masuk geng power rangers menyelamatkan dunia..

Post a Comment

Ads

Shamsian