Apr 16, 2012

Mansuhkan PTPTN?



isu yg popular skrg ialah PTPTN, samada perlu atau tidak dimansuhkan? apa kate anda semua?

ikut statistik, jumlah yg perlu ditanggung oleh pihak kerajaan utk hapuskan PTPTN ni ialah RM24.7 billion. n kalo PR memerintah, dalam 10 thn diaorg akan tubuhkan 10 lagi universiti awam, kerana kewujudan byk universiti akan menjadikan yuran itu rendah. let say utk tubuhkan satu universiti tu perlukan RM1 billion, so untuk pembinaan universiti kte perlukan RM10 billion. tu xtermasuk maintenance dlm universiti tu, termasuk gaji pensyarah dan maintenance prasarana. jadi utk pendidikan alone, we need more than RM40 billion, dlm masa 10 - 15 thn. cukup ke dana kte?

my frens say, kalo urus tadbir aset2 negara ni cekap, kte ada lbh dari mencukupi dana2. Allah bg kte kaya dgn myk, sumber balak. kalo sumber2 negara ni diuruskan dgn baik tnpa sbrg ketirisan dan rasuah, konfirm kita akan mampu bg pendidikan percuma. (sah2 diaorang ni penyokong PR)

disini aku paparkan antara dalil2 puak2 yg menyokong pemansuhan PTPTN

1 - pendidikan adalah tanggungjawab pemerintah. xkira siapa pn yg perintah, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk sediakan pendidikan kepada rakyat. mmg skrg sudah disediakan kemudahan pendidikan, cuma masalahnya kos pembelajaran adalah sgt tinggi.

2 - sistem pendidikan skrg seolah2 dikomersialkan dan ada unsur2 riba.let say kte pnjm RM28k, tp kte kene byr lbh kurang RM32K, atas alasan byr pentadbiran dan sebagainya.
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba
(yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman."
(al-baqarah ayat 278)

3 - mmg dlm Islam, kita wajib byr hutang. cume senario skrg, pelajar2 dh berhutang dgn kerajaan sblm mereka mula bekerja. blum lg nk beli kereta, rumah, nk kawin. maknanye permulaan kehidupan mereka adalah dgn berhutang. berhutang untuk pendidikan. sedangkan belajar tu adalah kewajipan dlm hidup seorang mukmin. let put it this way. kalo x belajar, kte berdosa. tp utk blajar, kte xmmpu dan trpaksa tanggung hutang yg byk. (persoalan tntg aspek2 pembelajaran samada formal atau x, and pengorbanan dlm pembelajaran tidak disentuh dlm hal ini)

4 - utk jadi negara maju, sebahagian besar dana negara mmg perlu di allocate pada sektor pendidikan. pendidikan percuma akan memberikan ruang dan peluang kepada lebih ramai rakyat utk mendapat pendidikan yg baik dan sempurna, skaligus mengurangkan kadar pengangguran (kerana mereka yg berpendidikan diandaikan sebagai kreatif dan mmpu mencari kerja) dan meningkatkan produktiviti negara.

Di sini pula adalah dalil2 yg menentang pemansuhan PTPTN

1- Pemansuhan PTPTN agak menyebabkan pelajar Melayu semakin hilang daya saing. sedangkan senario skrg yg pendidikan bukanlah percuma dan perlu berhutang pn, brape ramai pelajar Melayu yg gagal habiskan pengajian pada masa yg ditetapkan? yg gagal trs pn ramai. nnti kalo dh free, lgila... gagal 2 3 sem pn xpe...mende free boh!

2 - Di mana2 kte sibuk menyalahkan budaya dan sistem pendidikana adalah faktor kemunduran bangsa kite. orang Melayu malas, orang Melayu manja, orang Melayu xpandai berusaha. beri pendidikan percuma ni adalah ibarat kita suapkan makanan dalm mulut rakyat kita setiap hari, sehingga mereka xperlu berdikari. spatutnya kita sediakan pancing, bukan makanan siap.

3 - Pemansuhan PTPTN ni hanya isu politik smata2. kan dlu DSAI jgk yg menyokong penubuhan PTPTN masa dia dlm kerajaan? tup2 skrg ni nk PRU, sume kerajaan buat tu salah. kalo btl bila mng nanti PR nk mansuhkan PTPTN, y not start it dgn negeri2 bwh pentadbran mereka dlu. Selangor sbg negeri termaju di Asia Tenggara, xknla x mampu nk bg pendidikan percuma pada semua penuntutnya? kalo kate ada undang2 yg menghalang, bwk isu ni ke parlimen. mtk pindaan. tp xde sebarang usaha pn dibuat.

4 - Malaysia skrg masih dalam fasa negara membangun, bukannya negara maju. masih byk negeri yang mundur. dana2 yg sebesar RM40 Billion perlu dialirkan ke negeri2 yg mundur utk memastikan pembangunan negara berjalan seimbang.

so, pilihan di tangan anda. seperti yg kta boleh lihat, selain isu Bersih, PTPTN is the key battle for this coming election. kita rakyat biasa skrg adalah customer. so kerajaan mahupun pembangkang, impress us with ur offers plz!













Ads

Shamsian