Jun 27, 2010

berakhirnya musim mengawan

aku baru balk dari ter. masjlis resepsi shahir. dan aku rase utk pertengahan thn ni, ni adalah penutupnya.

membe2 aku yg kawin thn ni:

bulan 2
1 - mamat nur azmi
2 - fadzliah dan mamat hasri hanif
3 - marduiyah

bulan 5
1- paje
2- parik
3- fendi

bulan 6
1- musyris
2- zuhaili
3- kamil
4- amirah bazilah
5- ain safian
6- fuziah hanim
7- khalidah khalid
8- zuhaili
9- asma dan pesa
10- paklang dan enie
11- aminudin
12- firdaus
13- shahir
14- fatah
15- diana mariana

seingat aku, nila die yg selamat bergelar suami isteri thn ni. ni pn yg jemput aku la ni..semoga Allah memberi rahmat ke atas anda semua.

who is the culprit?

lamenye aku xupdate. bulan 6 agak bz, mlm2 nk buke laptop pn mls. skrg plok tuh musim org kawin n world cup.

sebut pasal world cup, skrg dh masuk round of 16. world cup kali ni banyak kejutan. yg plg besar, dua finalist wc 2006, france dan italy eliminated kt group stage. pergh!! malu beso tuh. mcm kte komentator, raymond domenech dan marcelo lippi; from hero to zero. totally agree!

bg france, WC 2010 is a total disaster. byk gile masalah, sampaila presiden Sarkozy pn mtk penjelasan dgn FFF. dhla qualify ke WC ni ade skek luck (kes henry assist gune tgn), first game pn dh hampeh maen. seri 0-0 lawan uruguay.

second game, bermulala tragedy bg france. mase half time france vs mexico, nicholas anelka bertengkar dgn domenech, sapa kuor paper. ayat2 sume carut-mencarut, tp aku dok igtla plok. akibatnye? anelka dihantar blk esoknye tu jugok. sume player france lps tuh pakat boikot training, tanda mereka mnyokong anelka.

final game lawan south africa, france kene mng utk layak ke 2nd round. tp ramai player xmboh maen. kapten, patrice evra, eric abidal, sume pulau game. dan hasilnya france kaloh 1-2, dan jadi pasukan pertama tersingkir di WC2010 along with the host, south africa.

patrice evra kte, die akn reveal punca segala2nya dlm satu press conference. die kte ade traitor dlm dressing room. sbb ape yg anelka kte dok spatutnye sampai ke media. henry pulok sampai je di paris, terus g jupe president Sarkozy, mayb utk explain things. menteri sukan france kte, sangat2 memalukan.

jadi, who is the culprit?

for me, for sure is Raymond Domenech. sebab? die dokleh control player die. dokleh kekalkan harmoni dlm dressing room. n player dok respect die. yg plg aku bengang, die dok ambik samir nasri dlm squad.
italy pulok?

masalahnye, mereka lack of star player. xdok dh francesco totti, alesandro del piero, alesandro nesta. dari 7 penyerang yg lippi bwk, jumlah gabungan gol tu baru mencecah 21 gol, purata just 3 gol sorg. mmg attacking option kurgla bg lippi. buffon plok ijured. italy kene cari player muda ramai ni. cannavaro retired dh lps wc ni. ramai kuda tua dlm skuad italy kali ni.

the culprit?

comentator kte marcelo lippi. sbb die dok ambik ramai player menyerang, so attacking option kurg. tp pada aku, italy mmg kurg star striker skrg ni. sape yg lippi gugurkan? iaquinta?quagriarella? sume maen.

so for me, the culprit is mauro camoranessi. die ganti pirlo kt tgh, sbb pirlo injured. dan permainannya hampeh skali. bosan gile. lasung dok creative.

cume yg paling dok best, rasenye ni first time tuan rumah tersingkir group stage. negara2 africa pn dok perform world cup kali ni, hanya ghana layak ke 2nd round. ivory coast, cameroon, nigeria, south africa sume out. kurg la sokongan kt stadium2 pasni. dhla maen kt afrika.

negara2 asia pulok doing well la kire. korea selatan dan jepun layak ke 2nd round. tp korea selatan dh pn kaloh ke uruguay kejap takdi.

spain plok dh layak ke 2nd round. top of the group, lawan portugal di 2nd round. bu still walaupun mng, permainan mase lawan chile masih bese2 je. chile dhla maen 10 org. tu pn still dokleh tmboh jaringan. just mng 2-1 je. dok padan dgn status pilihan utama kejohanan dn juara eropah.

the culprit?

xavi hernandes.




Jun 21, 2010

suratan atau kebetulan?

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan



Jun 19, 2010

world cup kali ni penuh kejutan!

ok..sedikit update tentang WC2010. hari ni ade 2 kejutan besar berlaku.

yag pertamanya, france kalah 0-2 kepada mexico. secara logiknya, mereka sudah hampir terkeluar dr saingan kali ni. 1st game lawan uruguay mereka seri 0-0. since uruguay mng 3-0 lawan Afrika Selatan, jadi France perlukan keajaiban untuk layak.

Uruguay - 4 mata, kelebihan jaringan 3
Mexico - 4 mata, kelebihan jaringan 2
France - 1 mata, kelebihan jaringan 0
Afrika Selatan - 1 mata, kelebihan jaringan -1

oh ya, france masih tak score gol kali ni. mungkinkah mereka mngulangi tragedi wc2002, apabila trn selaku defending champion, tetapi malangnya mereka terkeluar di group stage, dan gagal menjaringkan sebarang gol.

bye2 raymond domenech!
kejutan kedua, jerman kalah 0-1 kepada serbia. kekalahan pertama jerman di group stage since 1986. first game diorg belasah australia 4-0. tp peluang masih lagi terbuka.

tahniah joachim loew kerana mencipta rekod baru.

apa2 pun, aku tak minat france n jerman.


Jun 18, 2010

World Cup 2010

lamenye dok update blog. mcm sangat2 la bz. padahal bz g jamuan org kawin je. dari jb hingga ke kb, semuanya aku g. insya Allah kawan2, time aku kawen pasni jgn buat2 lupe k?

skrg musim world cup. skrg dh 18 game dh pn. skejap je kn?
kali ni, aku sokong spain, belanda n brazil. tp spain boleh kaloh plok opening game lwn switzerland 0-1. tensen2.. spain ni maen mcm arsenal gok. ball possession gile babas tapi finishing teruk. oppss lupe. bek teruk jugok. pakej tuh.

belanda mng opening game lawan denmark 2-0. brazil pn mng lawan korea utara 2-1. stkt ni hanye satu la kejutan world cup kali ni. yg laen sume mcm yg dijangka.

isu kali ni?

jabulani (bola rasmi world cup). ramai keeper kate ssh dikawal. dok bleh nk predict trajectory die. hasilnya? robert green (england) terlepas bola, golek masuk gol sndiri mase seri 1-1 lawan amerika syarikat. Fabio capello plok kate, bola ni sgt best mase shooting n pass rendah je. kalo tggi, mmg dok leh nk diagak. jadi jabulani ni is a nightmare for goalkeepers, but not to the strikers la. emm...tp keeper nigeria (enyeama) power je?

sedikit info pasal jabulani. jabulani ni sebenarnye bermaksud keceriaan/pesta dalam bahasa afrika. sesuai la dgn WC yg mmg mcm pesta pun. bola ni mengandungi 11 warna yg mewakili 11 pemain dalam sesuatu pasukan. juga mewakili 11bahasa rasmi Afrika Selatan dan 11 kaum utama di Afrika selatan ini. 8 panel 3D membentuk EVA dan TPU panel yang digabungkan bersama, menjadikan bola ini sangat dinamik. ok, aku dok reti nk ulas pnjang2. tu aku copy dan paste je tuh. hehehe..



kali ni kt afrika selatan ada vuvuzela, sejenis alat muzik yg mengeluarkan bunyi bising. penonton guna untuk memeriahkan suasana, tp star player mcm ronaldo kate, vuvuzela ni mengganggu. ok, maghi malaysia kite pakai tabla k?
inilah vuvuzela (alat muzik, bukan orang)

owh lupe. pengadil Malaysia, Subkhiddin Mohd pun jadi pengadil kt WC2010 ni. kire ade jugokla wakil Malaysia kt world cup. die jadi fourth official mase opening match afrika selatan lawan mexico aritu.
bile pasukan Malaysia nk masuk world cup ni? tadi sembang ngan ustaz azhar idrus kt bistro hazlan, die kate tggu Malaysia jadi tuan rumah la. kalo nk tggu jadi tuan rumah ustaz, stadium tu kene repair dulu la. =p

Jun 8, 2010

Maafkan aku wahai kawan2

Lamenye dok update blog. sgt bz, dan serabut, dan dlm mood cuti2 malaysia. kamis 3 jun 2010. aku ke kl bersama the whole family. sabtunye ke jb, ahad pulang ke shah alam. sehinggalah skrg, aku still di shah alam. blum tahu bile pulang.

aku sgt2 merasa bersalah kerana gagal menghadiri jamuan kahwin kawan rapatku, nurul asma hasliza zulkifly dgn mohd faisal sulong. sorry sma...sorry sgt2..ade keje yg xmampu dielakkan. begitu juga dgn paje dan parik...maafkan aku. jgn bls dendam k?aku dh sedaya mgkin cube menghadirkan diri. tp aku cari mkn. aku juga nk kawin wahai kawan2.

Teman baikku, nurul asma hasliza zulkifly adalah seorang teman yg sgt rapat denganku. padaku, pesa sgt beruntung memilikinya. dia byk menolong aku, juga dia adalah ajk ku di GPMS. aku sekelas ngn sma since form 2 Habibah, terus sampailah ke Form 5 Bukhari. dulunya kalo xsilap, dia ni adalah naib ketua pengawas perempuan SHAMS. juga big boss puteri Islam. aku juga rapat dgn familinya. aku rase sgt2 ralat bila menerima panggilan telefon pd pagi kamis 3 jun itu bahawa aku ada appointment di KL. pada mulanya hanya sehingga 7hb, tp tanpa kuduga berterusan shingga 9hb. aku sedih dan merasa sgt bersalah. aku sgt ingin menghadiri hari bhagia teman baikku. tp apakan daya. aku mohon maaf sgt2....sma...jgn bls dendam k? :'(
asma dan pesa

Juga kepada fariq al atrash dan hafzil adli mohamad...sorry bro...insya Allah blk ni aku akan dtg mengadap kalian.
paje dan isteri

parik dan madihah

apapun, tahniah2. selamat pengantin baru. smoga kalian dalam rahmat Allah sentiasa.Amin

Ads

Shamsian