ibuku, orang terpenting dalam hidupku. aku panggilnya ma. ma padaku adalah seorang manusia yang luar biasa. seorang yang kuat. seorang yang penyayang dalam kekerasan. memahami anak-anaknya dengan pemahaman yang luar biasa.
pada 29 oktber 1996, kami diuji Allah dengan ujian yang berat. ayahku, (kupanggil bak) telah dipanggil pulang ke rahmatullah. ketika itu aku berumur 12 tahun, sedang menunggu keputusan UPSR. maka sejak itu ma lah bapa, ma lah ibu. mangambil alih tugas bak, setelah sekian lama tidak memandu, ma memberanikan diri memandu kereta semata-mata untuk menghantar dan mengambil aku adik-beradik dari sekolah. pagi-pagi macam biasa ma akan memasak untuk kami.
ketika bak meninggalkan kami, ma sudah lama tidak bekerja. dibesarkan dalam keluarga yang agak senang dan berdarah tengku, ujian ini sememangnya berat untuk dihadapi. keluarga besarku ada yang mula memaksa ma kembali bekerja untuk membesarkan kami. dan sememangnya aku tidak membenarkan ma bekerja. aku tidak boleh melihat ma susah. tapi aku bersyukur, adik-beradik ma sentiasa menyokong kami, secara rohani dan juga kewangan. pakcikku adjie siap mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan untuk menghiburkan kami adik-beradik.
sesungguhnya rahmat Allah itu terlalu luas. siapa sangka, dalam keadaan yang secara logiknya kami akan berdepan beban kewangan, Allah sisihkannya dari kami. aku adik-beradik tidak pernah tidak cukup makan, tidak pernah tidak berganti seluar baju, tidak pernah rasa kekurangan. dan yang paling penting, ma juga tidak perlu bekerja. abang ku yang ketika itu masih belajar di universiti juga tidak berdepan masalah kewangan.
alhamdulillah sekarang secara kewangannya mungkin kami sudah lebih baik dari dahulu. abang jat dah pun memulakan perniagaan, dan aku dengan rela hati bekerja dengannya, walaupun berlainan terus dari bidangku di universiti dahulu. mengapa? pertama, aku ingin berada dekat dengan ma. dan kedua, aku akan kenang jasa abg jat yang menanggungku di universiti, sehingga membelikanku sebuah kereta ketika masih belajar dahulu.
aku sangat rapat dengan ma. aku rasala, kami berempat memang sangat rapat dengan ma. sehingga abgku pun walaupun sudah beristeri, masih lagi meletakkan kepalanya di atas paha ma. aku pun begitu. cuma ma sangat suka bercerita padaku,. segala-galanya. jika ada masalah, ma sanggup menelefonku untuk bercerita. dan ini diakui oleh ma sendiri. ma kata, hanya aku yang ma ceritakan segala-galanya. zaman sekolah, zaman muda, zaman bercinta dengan bak, salah-silah keluarga kami, kisah-kisah dayang keluarga ma dahulu, dan sebagainya. tapi yang paling ma suka ceritakan ialah kehidupannya di pengkalan ranggun ketika masih kecil. dan walaupun aku sudah hafal cerita itu, aku tetap seronok setiap kali ma ceritakan padaku. dan aku juga ceritakan segala-galanya pada ma. awekku, kawan-kawan, semuanya ma tahu. ma tak pernah halang aku berkawan dengan sapa, keluar dengan sapa, cuma aku mesti berada di rumah sebelum kul 7 petang, dan juga sebelum pukul 12 malam. akibat terbiasa dengan itu, sampai umurku sekarang sudah 26 tahun pun, aku masih menurut aturan masa itu, walaupun ma dah tak kisah jika aku terlewat sedikitpun.
cita-cita ma adalah ingin pergi ke mekah. dan aku sangat bersyukur Allah kabulkan permintaan ma baru-baru ni. aku berasa sangat gembira dapat memimpin tangan ma bertawaf mengelilingi kaabah, bersaie. dan insya Allah, aku ingin membawa ma mengerjakan haji pula.
ma, yoe sayang ma sangat-sangat. sangat-sangat!
muka kami seiras kan?