May 16, 2010

PIALA THOMAS - summary


seperti dijangka, China terus menjuarai Piala Thomas kali ini dengan mudah menewaskan Indonesia 3-0. yang menarik, pemain perseorangan utama China, Lin Dan, terus mempamer permainan sempurna apabila membelasah Taufik Hidayat 21-7, 21-14. Super Dan sebelum ini menewaskan Dato' Lee Chong Wei dari Malaysia pada separuh akhir, juga dengan straight set.


Beregu China Fu Haifeng- Cai Yun pula menewaskan Markis Kido-Hendra Setiawan dalam 3 set yang sangat sengit. Perseorangan kedua China, Chen Jin memastikan mata kemenangan China apabila menewaskan Simon Santoso dalam 3 set.

Sementara itu dalam Piala Uber, kejutan besar berlaku, apabila Korea Selatan berjaya menewaskan China. Mata-mata kemenangan Korea diperolehi dari perseorangan utama mereka yang menewaskan pemain no 1 dunia, Wang Yi Han, sebelum beregu mereka mnjadikan kedudukan 2-0. China merapatkan jurang menerusi pemain perseorangan kedua mereka, sebelum Korea Selatan melengkapkan kejutan penuh bergaya menerusi pasangan kedua mereka yang menang dlm 3 set.

kesimpulan dari Piala Thomas 2010?
  1. Malaysia sangat2 perlu kepada pemain-pemain muda bertaraf dunia. ketika ini, mutu permainan pemain pelapis dengan pemain utama masih lagi jauh. bayangkan, Wong Choon Han yg berumur 33 tahun masih lagi merupakan perseorangan kedua negara. Dato' LCW dijangka mampu terus beraksi di Piala Thomas 2012, tetapi Choon Han dan Hafiz Hashim sudah pasti tidak dapat beraksi lagi. beregu kedua negara sekarang ini; Zakri Latif - Fairuzizuan Tazari dijangka tidak akan beraksi di Piala Thomas 2012, memandangkan prestasi mereka sekarang semakin menjunam. jadi kita perlukan 2 pemain perseorangan dan 1 beregu muda bertaraf dunia.
  2. Caranya? BAM mungkin boleh meniru corak latihan negara China, paling tidak Indonesia yang terbukti berkesan melahirkan pemain2 muda bertaraf dunia. China, selain Lin Dan, masih lagi ada Chen Jin, Bao Chun Lai, Chen Long. semuanya masih muda, dan pastinya masih lagi mampu beraksi pada 2012. (Lin Dan baru berumur 26 tahun).
  3. Mental pemain Malaysia masih lagi lemah dan tidak mampu berdepan tekanan. China mereka mempunyai semangat yang kental kerana rata-rata pemainnya adalah tentera. Lin Dan ialah seorang pegawai tentera China. jadi ketahanan mentalnya memang mengatasi Dato' LCW.
  4. Lin Dan mmg super! peringkat kumpulan, dia berdepan msalah dalam melawan pemain India Parupalli, tetapi Park Shung Hwan, Dato' LCW dan Taufik Hidayat langsung tidak menjadi masalah padanya. kenapa? rasanya dari segi teknik dato' LCW tidak kalah padanya. mungkin kem China menganalisis dengan teliti lawan2 Lin Dan dlam rangking 10 terbaik dunia. kerana itulah Lin Dan dilihat dapat membaca semua gerakan pemain2 terbaik dunia, tetapi prestasinya tidak begitu baik ketika menentang pemain kurg ternama Parupalli dari India. 2 kali Lin Dan lawan Parupalli, kedua2 nya sehingga rubber set.
  5. Kem Malaysia perlu merekrut bekas2 pemain negara sebagai scout untuk mengkaji dan menganalisi permainan pemain2 yang berada dlm ranking 10 terbaik dunia. jadi pemain Malaysia akan lebih bersedia.

MVP Thomas Cup 2010? for sure Lin 'Super' Dan


tapi apa2 pun;
Malaysia Boleh! (tetap menaruh harapan)

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian