Mar 30, 2011

Bulan Mac

Dlm bulan Mac ni, banyak peristiwa dalam keluargaku. bulan ni la paling banyak anggota keluargaku lahir. xsilap, anggota keluarga yg lahir di bulan mac ni; along kima n anaknya huwaina, pijah (anak che long), mariam n zainab (anak ayah lim), yah n hazu (anak ayh sim). n abangku kahwin pn bulan mac, 14 Mac 2009.

Entry ni aku nk postkan gambar2 perkahwinan abang Jatt n kak Mas, as this is the first wedding ever rumahku buat kenduri kahwin. bile abangku tu jadi raja, akulah perdana menteri. sangat letih. dari pengapit sampai arrange parking, sume aku buat.

Perdana Menteri mula bersiap

Dayang-dayang

ketibaan di tempat akad nikah

sabar menanti

Permaisuri sehari

sesudah sah ditabalkan sebagai raja sehari

bersemayam di singgahsana

Ok. sekarang majlis menyambut menantu pula. di rumahku.

gantung bunting









ini mock event

MC, Encik Azman, sahabat baik raja sehari.

doa dibacakan oleh bapa saudara, merangkap ketua keluarga






jumpa lagi di event seterusnya. err..



*gambar ini semuanya dari kamera atur. official pic tidak dipost di sini

Mar 25, 2011

Saya Melayu

Saya orang Melayu.

Ya, orang Melayu adalah istimewa dalam cara mereka sendiri. sebahagian besar kami adalah bangsa yang patuh pada undang-undang, takutkan Tuhan, penurut, naif, pendiam, lemah-lembut dan penyabar walaupun tidak satu pun hak istimewa ini, dinikmati kami. Kami masih berharap agar satu hari nanti, kami dapat menikmatinya di Syurga.





*coretan ini kusedut dari Iskandar Zulkarnain, diterjemah dari artikel Malaysia Chronicle

*tiada gambar. sila anda sume buka search engine google, dan type Melayu. gambar yang ade sangat best tapi tidak sesuai dengan entry ini

Mar 20, 2011

unconditional love

ketika entry ini aku tulis, aku baru je lps tutup TV. arsenal tgh ketinggalan 0-2, lawan west bromwich je pun. keeper macam bese, sangat bangang.

kalo mcm ni la care maen, xlayak la Arsenal mng title.

ape kene mengena arsenal dengan tajuk entry ni?

ok, apa pun berlaku pada Arsenal, aku akan tetap menyokong anda. cintaku padamu tidak berubah, walaupun relegate ke first division sekalipun. kn aku ni seorang yang setia? lagipun, love kn unconditional.

yes Arsenal. i love u, unconditionally. but please once a while, menang la. gembirakanla hati kekasih2mu ini.


gambar kredit to we love arsenal fan page

Mar 18, 2011

Local Delights Recipe official Facebook fanpage


ini ialah official page untuk local delight recipe restaurant

harap kawan2 sume dapat beri support.

****blogku dilambak dengan entry2 pasal local delights. maaf, xsempat nk buat website (bace: xreti)

Mar 16, 2011

Semalam di Local Delights

Jumaat 11mac, aku ade buat sedikit tahlil n solat hajat untuk pembukaan restoran aku ni, Local Delights Recipe.

A real excitement, a real nerve. sume ade. rupe2nye not easy to set up a restaurant. slama ni igt senang je.

ni gmbar2 masa tahlil









more to come! insya Allah


***tibe2 button e dkt laptop ni buat hal. sangat2 mengganggu penulisan ini

Mar 11, 2011

Opening



Please pray n give us your support.

thanks =)

Mar 10, 2011

please

kalau tau diri tu dah sibuk, xbleh nk commit pada keje2 NGO ni, then please...go away. ramai lagi yg capable of replacing u. yes, i'm asking u to resign. may u?

ini bukan cubaan merampas kuasa.

ini cume luahan hati ketika ini. karang ok balik ni.

Mar 8, 2011

The beginning

alhamdulillah. finally its here. selepas 3bulan bertungkus lumus, insya Allah my 'baby' ni akan dilahirkan secara rasminya di dunia ini. insya Allah pada 13 Mac 2011 (ahad).

teruja n takut n gembira. wah, mcm btul2 nk dpt baby je aku ni?

nama baby?


actually this is my restaurant. fully owned by my company, Global Ventures Industries Sdn Bhd. our first main project.


This is the location. actually it is in the same block with the famous roti payang at Jalan Kamaruddin. We're just been separated by an arcopal premise.

What's special about us? alhamdulillah, we've been awarded as 'hub makanan tradisi Terengganu' by Lembaga Muzium Negeri Terengganu. so mainly our food will be Terengganu food, and this includes 'Ketupat Sotong', 'Rojok Kateh', 'Tapai', Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksa Terengganu, Laksam and the list goes on. we'll be operating from 7am until 2am, 7 days a week. insya Allah. but here, as the special menu, we also have steamboat, and western food also.

nasi dagang

Laksam



i hope all families and friends will pray for our success, n do gives us ur support k.
thank you.

ehsan www.darussyifa.org


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah. apabila di dalam bumi maka Kau keluarkanlah. apabila ianya di laut maka naikkanlah. apabila jauh Kau dekatkanlah, sekiranya dekat kau permudahkanlah, dan sekiranya sedikit Kau perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak Kau permudahkan kami untuk mendapatkannya. juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah aku rezeki sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selainMu. dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan janganlah Kau jadikan kedua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta. sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu"

Amin Ya Rabbal Alamin.

Mar 4, 2011

Berbicara dengan Mr x

yoe: kuatnye keje skrg ni. nk kawen dh ke?

mr x: ye la bro. tggu mung, dok kawen la aku. (padan muka aku. nk berbasa-basi pn, biar tidak membunuh diri sndiri)

yoe: ilek la bro. gaji mung kn besar dh. keje kuat2 sgt nk buat ape? lagipun mung tu brape thn dh keje, dokkang xdok saving?

mr x: mung tau x, kalo la nafsu aku ni dok macam nafsu kuda, aku rela beli kete lagi. bayang je la, wang hantaran saje dkat RM10,000.00. Diploma je tu. dok capur hantaran lagi, kos jamuan, nyambut nantu, fotografi.aduh

yoe: em...downpayment neo aku pn RM8,000.00 je. hehehe... tp standard la zaman lening kn. mung nk cari celoh mane lagi hok wang hantaran RM4 je?

mr x: dokla sapa RM4. kalo RM4000.00 pn ok dh. ni mok mcm nk jual anak. ayah plok ikut je mok kate mnde2. aku ni dhla nk tlg die tanggung dosa anak die tuh, die g wak mahal plok dh. kete pn aku ade dh, rumah aku byr. bukan setakat makan minum, dosa pn aku tanggung. nafkah bulan2 lagi. ni lagi nk jual mahal. mung dokkang dok tau, zaman nabi dulu nikoh mas kahwin ayat Quran je.

yoe: dh dok salah ayah die dh. ayah die tau mung hafal al-fatihah je, nk buat mas kahwin guane gitu?hahahha

mr x: aku serius mung buat lawak plk dh. ce mung pikir molek. "aku terima akan nikahnya dgn mas kahwin yg tersebut itu". tu ayat bertapis. kalo betul gini, aku terimalah dosa anak mung ni dari pale mung dgn bayaran mas kahwin tersebut". nk tanggung dosa anak die pun kene bayar. mahal plk tuh.

yoe: mung marah ke aku buat mende? bukan mung nk nikoh nge anak aku.

mr x: aku dok puas ati ni. mung tau kn, maskahwin n hantaran tu berbeza. maskahwin wajib, hantaran tu adat je, tanda keikhlasan. kalo sapa RM10,000.00 tanda keikhlasan, mmg dok ikhlas mane dhla aku. sbb aku tgh xdok duit ni, err....mlm ni mung blanje la kn?

yoe: ceh

morale of the story:

1) berbasa-basi jangan sampai bg bola tanggung kepada pihak lawan.

2) trick2 nk pau itu ade pelbagai

3) Nabi bersabda," Sebaik2 maskahwin itu ialah maskahwin yg mudah." riwayat Abu Daud. mudah, bukan plg murah. jadi maskahwin ni berbeza mengikut tmpat dan keadaan, asalkan tidak mmbebankan kaum lelaki. hantaran pula adalah adat resam semata2. melambangkan keikhlasan pengantin lelaki kepada bakal isterinya.

4) hantaran janganlah tinggi2 sangat.

=)

Mr X

Ads

Shamsian