Sep 15, 2011

Renungan Kehidupan

Dr Mohd Asri Zainal Abidin penah bercerita, Nabi SAW pnh bersabda dlam suatu riwayat (aku lupe perawi dan sumbernya), tapi matannya lbh kurang mcm ni


Di akhirat kelak, akan didatangkan manusia yang hidupnya dulu paling derita. miskin papa, hina dina, sentiasa sakit dan menderita pelbagai jenis kesengsaraan. Setelah didatangkan orang ini di hadapan Allah, maka Allah mencelupkan dia ke dalam Syurga, untuk tempoh masa sesaat atau kurang daripada itu.

Selepas itu, Allah bertanya kepada orang tersebut, " Bagaimana kehidupanmu dahulu di dunia?"

Jawabnya, " Ya Allah, hidupku dulu di dunia dulu sangat bahagia, tidak pernah ketemu kesengsaraan walau sedikit pn."

Kemudian, akan didatangkan pula ke hadapan Allah SWT manusia yang hidupnya dulu paling bahagia. kaya raya, keluarga bahagia, sihat, tiada masalah. sentiasa gembira hidupnya. Setelah didatangkan orang ini di hadapan Allah, maka Allah mencelupkan dia ke dalam Neraka, untuk tempoh masa sesaat atau kurang daripada itu.

Selepas itu, Allah bertanya kepada orang tersebut, " Bagaimana kehidupanmu dahulu di dunia?"

Jawabnya, " Ya Allah, hidupku dulu di dunia dulu sangat sengsara, tidak pernah ketemu kebahagiaan walau sedikit pn."




nice. so nice.

orang yang sangat derita di dunia, masuk Syurga xsmpai sesaat, trus lupa kesengsaraannya di dunia.

orang yang sangat bahagia pula di dunia, masuk Neraka xsmpai sesaat, trus lupa kebahagiaanya di dunia.


macamana pulak kalo selama2 nya dlm Syurga? Insya Allah

n macamana pulak kalo selama2 nya dalam Neraka? Nauzubillah



"wahai Tuhan, ku xlayak ke Syurgamu, namun xpula, aku sanggup ke Nerakamu"
"Ampunkan dosa-dosaku, terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa kecil dan besar''

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian