Oct 20, 2011

wawasan 2020

gambar dari sini

8 Februari 1991, Perdana Menteri kita ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohd membentangkan kertas kerja berkaitan Wawasan 2020 di Malaysian Business Council.

Untuk mencapai wawasan 2020 ini, ekonomi kita perlu bercambah pada kadar 7% setahun selama 30 tahun, dan pendapatan penduduk per kapita mestilah lebih kurang US16000.00.

Kenapa 2020? latar belakang Dr Mahathir sebagai seorang doktor dan minatnya kepada bidang optometrik yang memberikannya idea ini. 2020 menunjukkan 100% kadar penglihatan di kedua-dua belah mata, sbgi simbolik hala tuju yang jelas tentang ke mana Malaysia akan dibawa.

Jadi, misi kerajaan di bawah Tun Dr M dahulu adalah jelas. dan sebenarnya PM kita sekarang, Dato' Seri Najib telah cube sedaya upaya untuk mencapai wawasan ini. 1 Malaysia adalah 1 gagasan yang bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat majmuk di negara kita ini. berlainan bangsa, tp semua rakyat di Malaysia harus tahu dan melihat diri mereka sebagai rakyat satu negara yang sama iaitu Malaysia. dengan penerapan gagasan ini juga, kerajaan berharap jurang ekonomi, agama dan sosial antara bangsa2 di Malaysia akan dapat dirapatkan.

secara ekonominya pula, Tun telah menggalakan masyarakat Malaysia berbelanja dengan membeli barangan buatan Malaysia. dengan berbelanja, duit kita akan sentiasa berada di dalam pasaran. ekonomi akan menjadi kukuh kerana berlakunya transaksi yang rancak. tambahan dengan membeli barangan buatan Malaysia, duit akan berlegar2 dalam pasaran negara, sekaligus mengurangkan pengaliran keluar wang negara.

Tun memperkenal dasar2 projek mega. KLCC, KLIA, Putrajaya adalah sebahagian daripadanya. Menurut Tun, setiap projek adalah serampang 2 mata. projek2 ini mnjadi mercu tanda yang mmperkenalkan Malaysia kpd dunia (salah satu "cara membrandingkan" Malaysia), dan merancakkan pertumbuhan ekonomi. harga tanah melonjak, kontraktor dianugerahkan projek, penjual2 menjual barangan mereka di pasaran yang sedia ada di sini, dan kerajaan tentunya mengutip cukai. win-win situation.

Tun juga menyedari kepentingan penjawat awam dan swasta dijaga sebaiknya. banyak tuntutan CUEPACS yang ditangguhkan dahulu, terutamanya yang melibatkan gaji minma penjawat awam. Tun tahu, sekiranya gaji penjawat awam meningkat, harga barangan akan melonjak. bagaimana pula dengan pekerja swasta? ekonomi hanya akan mara ke depan sekiranya kedua2 sektor awam dan swasta bergerak seiring dan sejalan.

Persoalannya sekarang, adakah kita berada pada landasan yang tepat ketika ini. hanya tggl 9 thun, tp segalanya kelihatan kita menapak ke belakang. Wawasan 2020 bukan hanya mementingkan ekonomi. tp juga sosial dan etika hidup. termasuk cara berpolitik yang matang. ketika ini kita harus sedar dan faham, ekonomi berada dalam keadaan yang meruncing. kontrak2 ditamatkan. kedai2, kilang2 banyak yang tutup. politik? tiap2 hari dalam paper, yang ditekan adalah seks dan kes lucah. kes liwat, video seks, phone sex, bahkan kanak2 juga diheret dalam kancah ini. perlu kah video seks ditayang di Seri Carcosa? ditayang dalam berita utama?tp BN ke PR, same je. PR menekankan pada kebebasan media. bebaskah kalau wartawan dari sesetengah agensi dihalau keluar dari sidang media, atas alasan menyebarkan berita palsu? BN xpernah menghalau keluar petugas media, walaupun dari pembangkang. kelemahan BN pula? lu pikirla sendiri. kenapa mesti serang peribadi lawan? ini strategi makan diri. adakah semua pemimpin BN itu bersih?

wahai kerajaan. kami rakyat hidup susah sekarang ini. harga barang keperluan meningkat. tolonglah telus. kalau ekonomi kita teruk, tell us the truth! kalau ekonomi kita baik, kenapa kami hidup susah? kenapa kontrak2 dari kerajaan, dh berbulan2 kami xdpt bayaran? kenapa banyak kedai dan kilang lingkup? gaji penjawat awam naik, bagaimana dengan kami pekerja swasta atau peniaga ni?kami bukan nk beli helikopter, jet peribadi, ferrari, villa mewah. kami hanya nk hidup dengan baik dan bahagia. kami nk kerajaan yang melindungi kami semuanya.

terima kasih.

sumber dari the Brand, issue 05




0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian