gambar dari sini
Kem kerajaan kata:
- rakyat perlu menolak perjuangan pembangkang yang dipengaruhi unsur2 Yahudi dan dipimpin oleh pemimpin2 yg tidak bermoral. ketua pembangkang ialah seorang yang mengamalkan bla bla bla dan menyokong perjuangan kaum2 gay di Malaysia.
- parti2 dalam pakatan pembangkang tiada kesepakatan dalam isu dasar. mereka tidak akan bertahan lama. parti2 Melayu diperkudakan oleh parti majoriti bukan Melayu untuk menghapuskan kuasa raja dan hak istimewa orang Melayu di Malaysia.
- semua manifesto pembangkang adalah palsu belaka. semua janji xdapat ditunaikan.
- rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan. tanpa kerajaan yang ada sekarang, mustahil keharmonian dapat dicapai. tidak akan ada hospital2, sekolah2, masjid2, jalanraya bla bla bla
- pembangkang tiada matlamat perjuangan. lihat dan dengar sahaja kisah bekas pemimpin2 utama pakatan pembangkang yang melompat parti.
- pembangkang berhasrat menghuru-harakan dan mengganggu keamanan dan keharmonian di negara ini dengan membuat demonstrasi2 jalanan atas isu2 yang tidak berasas.
Kem pembangkang kata:
- kerajaan sekarang adalah kerajaan yang rasuah, kaki fitnah, mengamalkan politik wang dan kronisme. kekayaan negara dibolot oleh pemimpin2 utama, manakala rakyat dibiarkan dalam kemiskinan.
- kerajaan sekarang tiada daya urus yang baik, dan gagal menjana ekonomi. jika kerajaan sekarang dibiarkan berterusan, maka Malaysia akan bangkrup.
- pemimpin utama kerajaan adalah boneka yang diperalatkan oleh orang terdekat yang tiada jawatan dalam kerajaan.
- barisan kerajaan memainkan isu perkauman yang sempit untuk mengekalkan kuasa.
- di bawah pimpinan kerajaan, badan kehakiman dan penguatkuasaan undang2 (polis, SPRM dll) adalah tidak bebas dan berat sebelah.
- pemimpin kerajaan tidak bermoral. mengaku melakukan hubungan seks, tetapi tetap dipilih sebagai presiden salah satu parti gabungan.
- di bawah kerajaan sekarang, tiada kebebasan bersuara. pendapat yang bertentangan dengan kerajaan akan dianggap agen pembangkang dan akan dikenakan tindakan yang keras.
dari apa yang aku tgk, politik di Malaysia adalah politik keji mengeji, caci mencaci, fitnah menfitnah, mencari kesilapan dan membuka keaiban lawan. dengan pemikiran politik yang
sebegini, adakah mampu Malaysia mencapai taraf negara maju?
TIDAK!
ehsan dari sini
0 comments:
Post a Comment