Jan 18, 2012

Air Musta'mal

pelajaran kita pada hari ini ialah air musta'mal. apakah itu air musta'mal? air musta'mal ialah air yang suci, tapi tidak menyucikan.

apakah makna suci? maknanya ialah air ini bersih dan tidak bernajis. dalam erti kata lain, air ini halal untuk diminum.

apa pula maksud tidak menyucikan? maknanya air ini tidak boleh digunakan untuk mengangkat hadas kecil mahupun besar. dalam kata lain, tidak boleh digunakan air ini untuk mencuci najis, mengambil wudhu' mahupun mandi wajib.

jadi air apakah yang dikatakan air musta'mal ini? air ini ialah air sisa dari air mutlak yang digunakan untuk mengambil wudhu' atau mandi wajib.


air musta'mal ialah dalam bulatan.

gambar mandi wajib xdpt plk aku postkan di sini. harap maklum.

secara mudahnya, air musta'mal ialah air yang meleleh dari anggota wudhu' yang lps digunakan untuk berwudhu', atau air yang meleleh dari anggota badan ketika mandi wajib. air yang digunakan pada asalnya adalah air mutlak, tapi setelah terangkat hadas dengan sebab air mutlak itu, maka sisa air itulah air musta'mal. dan ia tidak boleh lagi digunakan untuk mengangkat hadas. tapi sekiranya kita tadah air musta'mal itu, lps itu kita rebus dan minum, tiada masalah.

Ia suci, tapi tidak menyucikan.

Sekian pelajaran kita pada hari ini. terima kasih


0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian