baru2 ini aku baru selesai mengendalikan sebuah seminar anjuran GPMSNT dgn kerjasama APMT. seminar tentang pemantapan pemimpin belia. dengan modul dan penceramah telah disediakan oleh pihak APMT, maka sepatutnya pengendalian seminar ini adalah sangat mudah.
tapi hakikatnya, penganjuran seminar ini menjadi sangat mencabar. pertamanya, karenah birokrasi dari pihak JPNT. golongan sasaran seminar ini ialah pelajar2 Tingkatan 6 dari 5 buah sekolah seluruh negeri Trg, pelajar2 UMT dan juga UiTM Dungun. aku sebagai pengarah program telah pn menghantar surat permohonan pohon pelepasan dari pihak JPNT, 2 minggu sebelum program. mengikut prosedur yg sepatutnya. tapi surat kelepasan hanya berada di tangan aku pada pukul 1tghari hari khamis, sedangkan pendaftaran adalah pada pukul 6 petang hari yg sama. akibatnya, dari sasaran 70 orang peserta, kami hanya mampu menarik seramai 43 orang peserta sahaja. tp tu pn dh ckup bagus sbnrnya.
keduanya pula ialah dari segi bajet. kami terpaksa beroperasi dalam bajet yg rendah dan terkawal. maka banyak la kekurangan dari segi material yang berbentuk fizikal. mujurlah kelengkapan di TMTCe itu agak baik dan memuaskan.
modul mmg agak berat. antaranya ialah Jatuh Bangun Sebuah Empayar, Isu2 Semasa, Islam Agama Persekutuan, Sejarah Kesultanan Melayu, Komunikasi asas dan pengucapan awam, dan Generasi Muda Harapan Umat. ceramah2 plk disampaikan oleh top2 gun kerajaan memerintah sekarang, so mmg ada beberapa sesi yang jadi macam ceramah politik dh plk.
cuma di sini sekali lagi aku tegaskan, kami bukan parti politik. kami just nk dedahkan anda semua dengan realiti politik semasa. pemimpin masa kini jangan jadi lalang, jangan jadi katak. kejap sebelah sini, pastu kene brainwash pegi belah sana plk. kita sebagai pemimpin perlu ada pendirian. dengar dua2 belah pihak, analisis, dan buat keputusan sendiri. terpulang pada masing2, nk sokong UMNO/BN ke, PR ke, terpulang pada analisis dan pemikiran masing2.
dan pendirian ini telah aku sampaikan dalam seminar tu. juga disokong oleh pengerusi ketika perasmian penutup. maka aku agak terkilan apabila balik dari seminar tu, ada seorang hamba Allah telefon aku. dia maki2 aku, sebab kata nk brainwash ank dia, padahal ank dia xleh ngundi pun lagi. dh la xbg aku bg penjelasan. dia cakap je berdegung2. aku dengar je. orang tua. malas la aku nk lawan. diam jela.
cuma pada aku, this is pathetic! Kalo beginila cara ahli2 berpolitik, langsung xleh sentuh pasal kepimpinan, jumud, xnk dengar penjelasan orang lain, lupakan hasrat nk memerintah. ank dia tu pun, sorry to say. layak ke anda jadi pemimpin?
so please. sama2 kita bangunkan pemikiran baru di Malaysia ni. bersikap terbuka la, dan jauhkanlah politik kutuk-mengutuk fitnah-mmfitnah ni. mewakili generasi muda, kami amat bosan dengan suasana politik begini!