dari sini
bila seorang manusia itu diuji oleh Tuhan, apa reaksi pertama darinya?
adakah dia merasa marah, menyesal?
atau adakah dia redha?
Pernah didengar dari seorang ustaz, sabar ketika berdepan musibah itu adalah pada ketika musibah itu menimpa, bukan detik2 selepas itu. sebagai contoh, jika kita kehilangan harta benda. sebaik sahaja tahu harta benda kita itu sudah hilang (dicuri sebagai contoh), itulah detik sebenar Tuhan menguji kita. apakah pada ketika itu kita berasa marah? sehingga ke dasar hati kita berasa seperti Allah berlaku tidak adil pada kita? atau kita tenang dan sabar sahaja. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
mmg jika harta kita dicuri, kita perlu marah. marah kerana itu adalah adat sebagai manusia biasa. dan satu lagi marah sebagai tanda kita membenci perbuatan mencuri itu yang jelas bertentangan dengan syarak. tapi sebagai orang yang dipilih oleh Allah untuk beriman dengannya, kita perlu redha. redha maksudnya dalam hati kita tiada rasa marah. kita mengakui segalanya adalah milik Allah. benar kita perlu berusaha untuk dapatkannya kembali, membuat laporan polis sebagai contoh. ini adalah cara kita berusaha, kerana Allah mahu kita berusaha. tetapi sekiranya selepas segala usaha dilakukan gagal, maka kita perlu berserah dan redha. Allah maha adil, dan maha kaya.
begitu juga kalau kita ditimpa kemalangan. atau anggota keluarga kita kemalangan. yang lebih malang, kereta yang kemalangan itu, kereta kita. apakah perlu kita marah2? mungkin dia sedikit cuai. tapi xkanlah dia dengan sengaja ingin kemalangan itu terjadi? yang sebenarnya berlaku adalah, Tuhan ingin membersihkan hatinya dan hati kita. juga sebenarnya, kemalangan itu menjadi sumber rezeki kepada para mekanik. segala yang Tuhan lakukan itu bersebab. kemalangan juga mungkin satu cara Tuhan mengagihkan rezekinya.
yang penting, kita perlu bersabar, redha dan bersangka baiklah dengan Tuhanmu.
0 comments:
Post a Comment