Feb 4, 2012

Masih adakah sinar di hujung terowong?


Si A (bukan nama sebenar) kelihatan mundar-mandir. keluar masuk rumah. sekali-sekala ditengking oleh ibunya yang serabut melihat kemundar-mandirannya itu. tetapi dia tetap begitu. tengkingan, amukan malah penampar ibubapanya cukup biasa baginya. hanya bagai supplemen tambahan untuk dirinya yang kurus-kering itu.

kenapa? terlalu banyak masalah yang melandanya. rasa bagai tiada jalan keluarnya lagi. umurnya masih muda, tetapi bukan sekali dua dia nyaris dibunuh orang. pernah dia diculik dan dikurung, alhamdulillah nyawanya masih panjang. sehingga sekarang masih bernafas.

dia sedar, dia punca segala masalah. punca ayahnya sudah 2 3 kali dimasukkan ke hospital kerana sakit. punca ibunya sentiasa lemah dan tidak bermaya. punca satu-satunya adik perempuannya hidup dalam kesedihan. punca isterinya hilang semua kaum kerabatnya. punca nama baik keluarganya tercemar dengan teruk. najis dadah yang pernah menghuni batang tubuhnya dulu bagaikan virus yang merampas semua orang2 yang disayanginya. jangan kata kekasih atau teman2, keluarga besarnya pun kini menjauhinya.

sudah terlalu banyak masalah yang dicetuskannya. bukan sekali dua barang2 orang lain dicurinya. kain sutera, hp, laptop, katakan apa saja, asal terlintas di depan matanya pasti disambar untuk dijual. kalau yoyo tu ada harga, yoyo pun akan dijual. hutangnya terlalu banyak. jika dunia ini mampu dijual sekalipun, rasanya tidak mampu lagi membayar hutang2. tapi sayangnya, dia tiada apa2 lagi ketika ini, jangankan harta, maruah pun sudah lama lenyap ditelan masa.

bila direnung kembali, zaman remajanya dia seorang yang sangat disenangi orang ramai. kawannya ramai. kehadirannya di setiap majlis sentiasa ditunggu2. dia masih ingat, di zaman sekolahnya, dia pernah dibuang sekolah kerana ponteng sekolah untuk merokok. hampa ibubapanya tidak terkira, tapi masih mereka memberikan dia peluang. dia sendiri berjanji akan berubah. janjinya dipegang, dan dia berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej.

di sini segalanya bermula. dia mula berkawan dengan anak2 orang kaya. main perempuan, main kereta. ibubapanya terlalu percayakannya. sebuah kereta dibelikan khas untuknya ke kolej. apa lagi, raya sakan la jiwa remajanya. dan berkenalan pula dengan geng2 kereta. lalu dia mula berkenalan dengan syabu, ganja. hari2nya dan wangnya dihabiskan untuk hisap najis ini. bukan sekali dua dia tertangkap, tetapi ibubapanya tetap tidak percaya. pada mereka, mustahil anak kesayangan mereka akan jadi penagih dadah!

apa lagi, dengan sokongan melulu ibubapa, dia berasa bebas untuk berbuat apa sahaja. duit tidak menjadi sebarang masalah. rumahnya besar, ibubapa, saudara maranya orang berada. kereta besar2 semuanya. dia mula mencuri barang2. lebih teruk, pernah dia rancangkan kecurian rumahnya sendiri!

dia termenung lagi. baru tadi dia disergah oleh sepupunya. laptop sepupunya itu yang dicurinya rupa2nya disedari oleh tuan empunya. nasib baik sepupunya masih hormat pada ibunya. dia cuma mahukan laptop itu kembali. tapi, laptop tu sudah dijualnya. apa yang boleh dia buat?

dia bangun. kali ini dia tekad. dia berjanji pada dirinya, dia betul2 mahu berubah. dia tahu, sudah lama dia tidak sujud di tikar sembahyang. rasa dirinya terlalu jauh dari Tuhan.

malam itu, dia solat tahajud dan taubat. lama sekali dia sujud, mengadukan masalah dan memohon ampun dari Tuan Empunya Dunia. basah sejadah dengan air matanya. dia rasa benar2 tenang. kali ini, dia benar2 mahu berubah. dia berjanji!

malam itu juga buat pertama kalinya, dia tidur dengan lenanya. benarlah, mengingati Tuhan membuatkan hati jadi tenang. namun tiba-tiba dia terjaga. bunyi sms yang masuk mengejutkannya. lantas dibaca sms itu.

" aku bagi masa sapa 2 hari. kalau xbayar duit aku, mmg aku bunuh kau kali ni".

dia tersentak. dia kenal sangat dengan pengirimnya. memang samseng besar. matila aku kali ni! kemudian dia membaca sms2 yang lepas. dia kembali tidak tenang. semuanya pasal duit yang pernah dicurinya. dari mana mahu dicari duit2 untuk dia bayar hutang itu? dia rasa mahu bekerja. tapi dengan rekod dia sekarang, siapa yang akan mengambilnya bekerja? maka akan jadi bagaimanakah masa hadapannya nanti?

Dia kembali runsing. satu soalan tetap tidak mampu dijawabnya.

"Masih adakah sinar di hujung terowong untuk diriku ini?"

disclaimer: cerita ini hanya rekaan semata2. tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. kalau yang terasa, harap maaf. analisis cerpen pendek ini akan disediakan pada entry akan datang insya Allah. (hehe...siap ada analisis ni)


0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian