May 12, 2010

PIALA THOMAS


tadi 2nd game malaysia. first game smlm malaysia mng percuma 5-0 ke atas nigeria sbb nigeria terlewat tiba. ikut peraturan BWF, semua pasukan perlu berada di negara kejohanan 48jam sebelum bermula. dan nigeria hanya tiba kul 9 mlm smlm. (perlawanan dijadualkan pukul 6 ptg)

n tadi kul 6 ptg, malaysia vs jepun. dimulai dengan perlawanan antara Lee Chong Wei (lcw) menentang keninchi tago. tago ni adalah pemain yang tewas pada lcw di final all england aritu. so ni kira misi balas dendam bg tago la.

tp ternyata, lcw jarang mnghampakan. permainannya umpama magis, dan menyebabkan tago kecundang mudah 12-21, 13-21. aku yakin kalo lcw sentiasa tenang, hanya lin dan yg mmpu menggugatnya. jadi lcw memberi mata pertama kpd malaysia.

malaysia 1- jepun 0

perlawanan kedua, antara koo kin keat-tan boon heong lawan double pertama jepun. sebagai beregu kedua dunia, mmg beregu malaysia xdok masalah utk mng

malaysia 2 - jepun 0

then...wong choon han sbg perseorangan kedua negara trn beraksi. lwn aku lupe plak name die..tp xpela..yg penting, choon kalah.what?unbelieveable?believe it

malaysia 2 - jepun 1

xpe2..ade chance lagi ni.then fairuzizuan tazari - zakri latif trn. ok, tgk je cara diaorg maen, aku rase berat ati. rasa macam xdok harapan je malaysia ni. dan aku terbukti betul. diaorg kalah straight set. kalah mudah. alasan? xdpt sesuaikan diri lagi dengan gelanggang. kamonla, main kt malaysia la, bukan kt jepun

malaysia 2 - jepun 2

then the deciding game. hafiz hashim lawan sato. ranking 22 dunia lawan 50++. so atas kertas rasa no problem. tp set pertama, hafiz hashim maen dengn cara yg amat sambil lewa. kalah mudah 10-21. nasib baik set kedua die bangkit, mng 21-15. mase set ketiga, kesambil lewaan die kembali, menyebabkan die tewas 18-21.

so?

malaysia 2 - jepun 3

kamon malaysia. dengan jepun pn kaloh ke?n kate nk rampas piala thomas kali ni? ni belum lagi indonesia, jgn kata china. dengan cara permainan gini, aku yakin masa suku akhir lawan denmark kekg pn dh bleh bungkus.

mlm ni, the spoiler is ; fairuzizuan tazari. die dokleh control emosi, sampai interview post match pn dokleh attend.


*frust*


May 9, 2010

ma.....


ibuku, orang terpenting dalam hidupku. aku panggilnya ma. ma padaku adalah seorang manusia yang luar biasa. seorang yang kuat. seorang yang penyayang dalam kekerasan. memahami anak-anaknya dengan pemahaman yang luar biasa.

pada 29 oktber 1996, kami diuji Allah dengan ujian yang berat. ayahku, (kupanggil bak) telah dipanggil pulang ke rahmatullah. ketika itu aku berumur 12 tahun, sedang menunggu keputusan UPSR. maka sejak itu ma lah bapa, ma lah ibu. mangambil alih tugas bak, setelah sekian lama tidak memandu, ma memberanikan diri memandu kereta semata-mata untuk menghantar dan mengambil aku adik-beradik dari sekolah. pagi-pagi macam biasa ma akan memasak untuk kami.

ketika bak meninggalkan kami, ma sudah lama tidak bekerja. dibesarkan dalam keluarga yang agak senang dan berdarah tengku, ujian ini sememangnya berat untuk dihadapi. keluarga besarku ada yang mula memaksa ma kembali bekerja untuk membesarkan kami. dan sememangnya aku tidak membenarkan ma bekerja. aku tidak boleh melihat ma susah. tapi aku bersyukur, adik-beradik ma sentiasa menyokong kami, secara rohani dan juga kewangan. pakcikku adjie siap mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan untuk menghiburkan kami adik-beradik.

sesungguhnya rahmat Allah itu terlalu luas. siapa sangka, dalam keadaan yang secara logiknya kami akan berdepan beban kewangan, Allah sisihkannya dari kami. aku adik-beradik tidak pernah tidak cukup makan, tidak pernah tidak berganti seluar baju, tidak pernah rasa kekurangan. dan yang paling penting, ma juga tidak perlu bekerja. abang ku yang ketika itu masih belajar di universiti juga tidak berdepan masalah kewangan.

alhamdulillah sekarang secara kewangannya mungkin kami sudah lebih baik dari dahulu. abang jat dah pun memulakan perniagaan, dan aku dengan rela hati bekerja dengannya, walaupun berlainan terus dari bidangku di universiti dahulu. mengapa? pertama, aku ingin berada dekat dengan ma. dan kedua, aku akan kenang jasa abg jat yang menanggungku di universiti, sehingga membelikanku sebuah kereta ketika masih belajar dahulu.

aku sangat rapat dengan ma. aku rasala, kami berempat memang sangat rapat dengan ma. sehingga abgku pun walaupun sudah beristeri, masih lagi meletakkan kepalanya di atas paha ma. aku pun begitu. cuma ma sangat suka bercerita padaku,. segala-galanya. jika ada masalah, ma sanggup menelefonku untuk bercerita. dan ini diakui oleh ma sendiri. ma kata, hanya aku yang ma ceritakan segala-galanya. zaman sekolah, zaman muda, zaman bercinta dengan bak, salah-silah keluarga kami, kisah-kisah dayang keluarga ma dahulu, dan sebagainya. tapi yang paling ma suka ceritakan ialah kehidupannya di pengkalan ranggun ketika masih kecil. dan walaupun aku sudah hafal cerita itu, aku tetap seronok setiap kali ma ceritakan padaku. dan aku juga ceritakan segala-galanya pada ma. awekku, kawan-kawan, semuanya ma tahu. ma tak pernah halang aku berkawan dengan sapa, keluar dengan sapa, cuma aku mesti berada di rumah sebelum kul 7 petang, dan juga sebelum pukul 12 malam. akibat terbiasa dengan itu, sampai umurku sekarang sudah 26 tahun pun, aku masih menurut aturan masa itu, walaupun ma dah tak kisah jika aku terlewat sedikitpun.

cita-cita ma adalah ingin pergi ke mekah. dan aku sangat bersyukur Allah kabulkan permintaan ma baru-baru ni. aku berasa sangat gembira dapat memimpin tangan ma bertawaf mengelilingi kaabah, bersaie. dan insya Allah, aku ingin membawa ma mengerjakan haji pula.

ma, yoe sayang ma sangat-sangat. sangat-sangat!
muka kami seiras kan?

Apr 30, 2010

Melayu

Melayu. baru2 ni dalam Facebook, seorang teman tag sekeping gambar padaku.


nah. this is it. kenapa jadi begini? terlintas di benakku, adakah bile sebut Melayu, segala2 nye adalah berkisar tentang seks semata2?

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam org Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sg Melayu di hulu Sg Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknye Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum dan semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan melayu itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit Malaya yg bermaksud bukit / tanah tinggi. ade juga sumber sejarah mengatakan bahawa perkataan melayu berasal dari Sg Melayu di Jambi.

Di Malaysia, org melayu didefinisikan menurut perlembagaan dlm perkara 160(2). menurut perkara ini, org Melayu ditakrifkan sbg:
  1. seorg yg beragama Islam
  2. Bertutur bhs Melayu
  3. mengamalkan adat resam Melayu
  4. lahir sblm hai merdeka samada di Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Jika ditakrif dari segi antropologi, Syed Husin Ali mengatakan org Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut dab berbudi bahasa.

*sumber oleh wikipedia*

remaja melayu sekarang ini sedang digegarkan dgn masalah sosial yg maha hebat. sebut sahaja apa, pasti remaja melayu juaranya. Penyalahgunaan dadah? Merempit? Malah zina secara berleluasa dan bebas juga semakin dikuasai oleh org Melayu.

dimana silapnye? kerajaan? kerajaan skrg dikuasai oleh parti yg mmg memperjuangkan Melayu. gagalkah mereka? atau mereka trlepas pandang?

pembangkang juga sama. apakah di negeri yg dikuasai mereka, remaja Melayu-Islam bebas masalah sosialnya?

adakah kita hanya perlu berdoa dan mungkin berkhayal sahaja agar Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah akan kembali muncul di kalangan kita?

Teringat kata cikgu Aminah di Tingkatan 4 dulu, Melayu sekarang ini mmg semakin 'melayu'.


akhirnya siap

fuh..lps seminggu aku blog aku berterabur dan under construction, maka baru arini aku rasmikan pembukaan blog berwajah baru ni.

hehehe..

lame mane tahan...dok tau la..aku ni cepat bosan.huhu

Apr 25, 2010

ke mana menghilang?


aku baru balik lepak ngan kawan2 ex-classmates mase kt shams dulu.bukharians la konon. aku, lukp (baru balik mekah, malangnye tiada ole2 utk kami.hahaha...gurau je luk), danial, bedu, parik, mizi n 'partner' ( perhatikan btol2 tanda '' tersebut).hehe.kitaorg lepak2 kt beteng blakang astaka, mkn kerang bakar, sotong bakar. n jumpe zizan raja lawak (idola deng). nasib baik deng dok g ambik autograf.

bese kalo jupe, mmg xdok topik laen la. kenangan2 lame sume kuor. nk2 pasal ustaz aziz.."mende tu xpe lagi, kalo menatam tu"..hahaha..ustaz aziz mmg terbaik.

then cite2 psl diri sndiri dan kawan2. pahtu baru terperasan, aku dh lame dok dgr berita pasal salah seorng bukharian; Taufiq Khairi. walaupun aku dok baik mane pung nge die, tp yela. name pn classmate. nk tau gokla cite die skrg. aku pn mase tingkatan 4 dulu pnh pnjm video (haha...lasung video) cite la usurpadora, ma nk tgk sgt. die bg pnjm, tp aku kene bg die pnjm komik wira2 keinderaan..sistem barter la kire. tp...xdok sorg pn membe2 yg ade cite psl die. heran jugok aku. aku pn sejak abis spm, dok pnh dh jupe die.

aku tnye wikipedia sekoloh sheikh (asma..haha..jgn marah asma) pn dok tau. so sgt misteri ni. bukanla aku bzbodi ke ape. tp dok saloh nk tau cite kn?aku xmbohla ukhuwah yg terjalin trputus begitu shaja.

jadi sesiapa yg ade berita mengenai taufiq khairi ni, sila tinggalkan komen di link ini http://www.facebook.com/profile.php?id=1055987368&ref=profile#!/profile.php?id=536156694&ref=ts


Ads

Shamsian