Melayu. baru2 ni dalam Facebook, seorang teman tag sekeping gambar padaku.
nah. this is it. kenapa jadi begini? terlintas di benakku, adakah bile sebut Melayu, segala2 nye adalah berkisar tentang seks semata2?
Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam org Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sg Melayu di hulu Sg Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknye Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum dan semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan melayu itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit Malaya yg bermaksud bukit / tanah tinggi. ade juga sumber sejarah mengatakan bahawa perkataan melayu berasal dari Sg Melayu di Jambi.
Di Malaysia, org melayu didefinisikan menurut perlembagaan dlm perkara 160(2). menurut perkara ini, org Melayu ditakrifkan sbg:
- seorg yg beragama Islam
- Bertutur bhs Melayu
- mengamalkan adat resam Melayu
- lahir sblm hai merdeka samada di Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Jika ditakrif dari segi antropologi, Syed Husin Ali mengatakan org Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut dab berbudi bahasa.
*sumber oleh wikipedia*
remaja melayu sekarang ini sedang digegarkan dgn masalah sosial yg maha hebat. sebut sahaja apa, pasti remaja melayu juaranya. Penyalahgunaan dadah? Merempit? Malah zina secara berleluasa dan bebas juga semakin dikuasai oleh org Melayu.
dimana silapnye? kerajaan? kerajaan skrg dikuasai oleh parti yg mmg memperjuangkan Melayu. gagalkah mereka? atau mereka trlepas pandang?
pembangkang juga sama. apakah di negeri yg dikuasai mereka, remaja Melayu-Islam bebas masalah sosialnya?
adakah kita hanya perlu berdoa dan mungkin berkhayal sahaja agar Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah akan kembali muncul di kalangan kita?
Teringat kata cikgu Aminah di Tingkatan 4 dulu, Melayu sekarang ini mmg semakin 'melayu'.
1 comments:
melayu mmg ditahap membimbangkan.ape yg telah GPMS buat untuk menyelamatkan pelajar2 melayu?
Post a Comment