Dec 29, 2010

Malaysia menang juga akhirnya!



aku rase semua rakyat Malaysia dah tau, Malaysia baru saja jadi juara Piala AFF Suzuki buat pertama kali. n negara ke 4 jadi juara lps Singapura (3x), Thailand (3x) dan Vietnam (1x).

kire ok la kn...

walaupun kt Gelora Bung Karno kita kalah 1-2..

walaupun kte tertanduk goal ke gawang sndiri (sorry muslim..mung dokleh marah aku..igt mase kecik2 dulu.hahaha)

walaupun tiada sorakan gemuruh masa kite score.

walaupun tiada teriakan keriangan masa kapten julang piala tuh.

(semuanya sebab keselamatan yang tidak terjamin, jadi hanya 300 penyokong Malaysia ke sana)

walaupun kita teruk diprovakasi. (Indon kate kita menang sbb pakai laser dan pakai dukun)

kita telah buktikan kita smemangnya juara!

top goal scorer pn kita pnya!

saya bangga menjadi anak Malaysia.

Takbir! Allahu Akbar!

*GPMS kene tukar slogan jadi Harimau perjuangan bangsa plk la pasni.heheheh

**aku predict media Malaysia mesti memuja tahap berhala la K Rajagobal pasni. n konfirm pnye Rajagobal dpt Dato'

Dec 26, 2010

FUTSAL INTERBATCH EX-SHAMS 2010



Date: 1 January 2010
Time: 9.30 am
Venue: galaxy futsal, bangi

as the topic suggest, this event is organized by ex-students of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, batch 2000, 2001 and 2002 (the year indicate the year of SPM taken, not the entry date).

for futher information, click here

**sangat2 kagum dengan semangat sahabat2 mengukuhkan ukhuwah. dlm facebook pn ade, hebahan melalui Terengganu FM, Suria FM dan Fly FM. gempak2!


*but still, i cannot confirm myself either i can make it or not. hopefully i'll be there, insya Allah!

Dec 23, 2010

Trip to JB

hari Khamis 16hb Disember baru2 ni, aku sekeluarga ke JB atas pelbagai urusan, perniagaan dan juga Persidangan Agung Tahunan GPMS Kebangsaan. perjalanan ke JB ni sangatla lama, brapa kali aku tido, bangun, xsampai2 lagi. kitaorg bertolak dlm pukul 7 pagi, smpai Thistle Hotel, JB dlm pukul 4 petang.

ape aktiviti?

aktiviti sangat bz dgn meeting dan prsidangan smata2. xdok mase nk jalan2..(tp smpt jgk tgk tron legacy.haahha). mkn2 di danga bay dan singgah selalu. lepak2 umah ayh mie kt villa rose, taman tampoi indah. hasrat ke Singapore berkecai begitu sahaja. insya Allah laen kali.

gambar2:

pagi di Rusila (hari bertolak)

ecececece


faris haikal mule mengamuk

sebelum ke PAT GPMS ke 56


YDP Hulu Terengganu dan YDP Kemaman

ucapan semangat dari SECGEN Majlis Pemantapan Melayu

Ucapan Dasar Presiden, Saudara Jais Karim

barisan AMT

Cawangan Kemaman yg memenangi anugerah Dr Abdul Wahab Arif (cawangan terbaik). Tahniah!


@singgah selalu restaurant

ni plk piccas the thistle, since ramai yg request



view dari dlm swimming pool




buat sape2 yg tnye pasal Thistle hotel, for me, out of 5, i'll give them 3 and half. bilik ok, swimming pool pn ok. cume parking agak jauh (xde direct access ke lift lobby), bilik xde refrigerator, and bathroom xleh kunci. owh ye, toilet kt lobby busuk, xsesuai dgn status as 5 star hotel.

Dec 21, 2010

Doa



Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah Ya Tuhanku, jika aku jatuh cinta, maka cintakanlah aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu .

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, maka jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling aku daripada-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, maka rindukanlah aku pada seseorang yang merindui manisnya merindui Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, maka janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir kerana Mu.

Ya Allah, jika perasaanku padanya adalah nafsuku semata-mata, maka aku pohon, Kau bawalah dia jauh dariku.

Ya Allah, bila Kau halalkan kekasihMu untukku, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

amin Ya Rabbal Alamin


Dec 20, 2010

Remaja sekarang, di mana silapnya?


smlm baru saja selesai persidangan Agung tahunan GPMS ke 56. sbg ketua penerangan GPMS Negeri Terengganu, secara otomatisnya aku adalah antara perwakilan ke persidangan itu, yg bertempat di JB.

jadi sekarang ini masih dalam mood persidangan.

antara yang ditekankan dalam persidangan itu, ialah bagaimana memperkasakan para pelajar Melayu.

untuk sejarah penubuhan GPMS, klik sini.

ya, ada satu persoalan yang sebenarnya menjadi persoalan dan kekeliruan kebanyakan pelajar apabila bercakap soal GPMS. adakah GPMS hanya memperjuangkan bangsa Melayu semata2?

jika kita lihat Artikel 160 (2) perlembagaan Persekutuan, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat-budaya Melayu, dan lahir sebelum hari merdeka, samada di Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu.

Jika kita tengok dari sudut perlembagaannya, jelas bahawa Melayu dan Islam itu adalah satu. seseorang itu bukanlah orang Melayu, sekiranya dia bukan beragama Islam. sudah tentu, dalam apa jua perjuangan, Islam menjadi teras perjuangan yang utama. perjuangan berasaskan bangsa harus didokong dan berpaksikan kepada perjuangan menegakkan Islam.

Jika kita lihat situasi remaja sekarang ini, di Terengganu khasnya, kita terpaksa mengaku agama Islam kita sedang dihina. Para remaja Melayu (dari segi perlembagaannya sudah tentu beragama ISLAM) terang-terang berdepan dengan keruntuhan akhlak yang sangat dahsyat. kes pembuangan bayi menjadi satu pandangan biasa. zina, samseng jalanan, penyalahgunaan dadah, minum arak (hanya menyenaraikan sebahagian kecil dari senarai), remaja Melayulah juaranya.

di mana salah kita? adakah kita hanya perlu mengenangkan sahaja kehebatan sejarah, keperwiraan laksamana Hang Tuah zaman dahulu? hanya bersandarkan kenangan kesibukan dan kemajuan Melaka zaman silam sebagai satu bukti, kita juga pernah maju?

antara masalah orang2 kita ialah, mereka lantang menyuarakan pendapat dari luar gelanggang. hanya pandai mengkritik, tetapi apabila diajak untuk sama2 berjuang, alasan biasanya adalah kami sibuk. apakah kami di GPMS ini terdiri dari golongan2 yang tidak bekerja? GPMS adalah badan sukarela, kami tidak dibayar sesen pun.

mungkin kita rasa, senario sekarang masih dalam kondisi yang terkawal. terkawalkah, sekiranya seorang guru sekolah rendah, yang sepatutnya menjadi pendidik anak2 kita, mengkhianati amanah yang diberikan? tidak komited dengan profesion perguruannya, mengacau anak dara orang? seorang guru sepatutnya menjadi pelindung. profesion guru yang adalah profesion yang sangat mulia, sayangnya sekarang ini ia bukan lagi mnjadi satu perjuangan dalam mendidik anak bangsa. profesion guru sekarang ini, hanyalah satu karier smata2.

salah siapa?

tidak perlu tudingkan jari ke arah satu sama lain. menyalahkan sistem pendidikan juga adalah satu perkara sia-sia. lebih baik kita sama2 berfikir, apakah yang mampu kita lakukan untuk membela anak bangsa kita ini?

saya tertarik dengan pendapat seorang pelajar Melayu yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di Leeds, United Kingdom.

(saya rephrase) katanya, kita perlu memberi kefahaman kepada semua pihak di Malaysia ini, mengenai hukum2 Islam. ya, kami akui, segalanya perlu balik kepada hukum Tuhan. ekonomi perlu kita gerakkan selari, kerana kadar pengganguran yang tinggi akan membawa kepada masalah sosial yang berterusan.

disini juga ingin saya selitkan pengalaman ketika menjadi fasilitator bagi satu kem ibadat satu ketika dahulu. para peserta terdiri daripada remaja2 berisiko tinggi (high risk). saya tanyakan kepada salah seorang peserta (peserta ini baru belasan umurnya, tetapi dia dengan bangganya mengakui bahawa dia kaki judi, peminum arak, penzina).

"kita semua akan mati, awak yakin x?"

"ye, saya yakin,"jawabnya.

"awak yakin x mati tu sakit?"

"ye, orang kata mati tu sakit."

"awak tau x, zina, minum arak tu haram? buat perkara haram, dan tak bertaubat, masuk neraka nnti."

"ye, saya tau."

"kalau awak tau, kenapa awak buat jugak?sakit tau masuk neraka. kalau mati tu dah sakit, neraka lagi seksa."

"alah, kalau budak kecik pun boleh mati, xkn la kita xtahan sakit tu?lagipun neraka bukan kita seorang je."



wow, menarik x jawapan dia?dan aku cukup yakin, cukup ramai remaja2 yangberfikiran sepertinya.

apa cadangan kalian?

program motivasi, kem ibadat, semuanya telah kami lakukan. kerajaan juga sentiasa adakan kempen, dan kempen2 itu selalunya berjaya.

mengapa berjaya? yela, buat kempen anti-dadah, yg datang semuanya bukan penagih dadah. kempen cegah mat rempit, yg datang semuanya bukan mat rempit. semua yg dtg tu mat2 belia. mestila kempen tu berjaya, kn?

kami di GPMS mengalu2 kan cadangan dari sahabat2 semua. juga kami memohon agar para sahabat sama2 menyertai kami di GPMS. semntara suara kita masih didengar, marilah sama2 berjuang di dalam gelanggang. kami adalah singa perjuangan bangsa, yang akan mempertahankan hak2 kita orang Islam dan bangsa Melayu dari dikhianati dan dicemari oleh sesiapa sahaja.

"Belajar Terus Belajar"

"GPMS Singa Perjuangan Bangsa"



Dec 13, 2010

Cinta tak perlu dipaksa

budak kacamata kata, cinta tak perlu dipaksa.



Buat entry macam ni, desperate ke?

hahahha...tidak sama sekali.
walaupun sepupuku yang baru 22 tahun usianya sudah dirisik baru2 ni, dan dia meminta aku kawin dulu (xnak langkah bendul katanya). aku xrase pape pn. kool je.

walaupun aku adalah top 4 most eligible bachelor Rohokian. kool je!

**plzz...dont vote 4me...xerin is the clear favourite. hahahah

ni bukan desperado ni, ni nama dia sindrom krisis pertengahan tahun. kahkahkah

nk buat mcm mana kn, aku xmampu curahkan kasih sayangku padanya. mcamana nk kawin?

kepada semua yang terlibat, i'm sorry!!


Jikalau telah tersurat
Aku jadi milikmu
Tiada siapa yang dapat
Menghalang kenyataan itu

Hanya serah dan berdoa
Moga tiada bencana
Mengiringi perjalanan kita
Moga tersisih noda

Ku berjanji dengan sepenuh hatiku
Kan memahamimu
Tidak sedikit pun akan kusakiti
Hati dan hidupmu

Tidak mungkin itu sekali terjadi
Oh tidak mungkin...
Tidak sekali kan ku berubah hati
Berubah janji...
Kuharap engkau pun sama

Jikalau ku tak peduli
Itu bukan maksudku
Untuk melepaskanmu
Tinggalkan dirimu

Hanya ingin beri mu
Tenang dan kebebasan
Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa

Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa



Dec 7, 2010

27 Tip dan Seni Mengurat

Berikut adalah seni2 memikat yg selaras dengan kehendak Islam;

1. Yakin dan bukan menunjuk2 - memikat dan menarik calon pilihan hati haruslah dgn yakin supaya yg dipikat tidak berasa tertipu. Jika ada unsurr kepura-puraan, wanita mungkin akan teraniaya. hubungan yg ada unsur menipu @ cinta monyet ini biasanya tidak bertahan lama.

2. Pemerhatian - pemerhatian mestilah yg dibenarkan dalam Islam iaitu melalui pemerhatian jauh atau merisik. gunakan org tengah yg dipercayai utk menyelidik latar belakang calon pilihan kita.

3. Pembuktian - Calon yg hendak dipikat telah dipersetujui. calon juga tahu kita sedang memikatnya. buktikan kesungguhan kita memikatnya.

4. Keikhlasan - memikat biarlah secara semulajadi. tidak perlu menggunakan skrip. persahabatan mestilah kerana Allah tanpa ada unsur2 cemburu, dengki dan bernafsu.

5. Penambahbaikan - perhubungan tidak semestinya memerlukan jangka masa panjang. pada waktu ini, syaitan cuba menggoda supaya kita menympang. oleh itu, ilmu mesti disisipkan dalm sesuatu perhubungan.

6.Konsisten (istiqamah) - terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita serta keluarganya. setiap pasangan akan diujidgn pelbagai ujian. walau apapun berlaku, perasaan kita terhadap pasangan kita hendaklah konsisten.

7. Elakkan cinta monyet - cinta monyet hanya sebentar. antara ciri2 cinta monyet ialah bertukar2 pasangan dan syok sndiri.


Setelah berjaya dipikat, apakah tindakan seterusnya yang perlu dilakukan supaya hubunagn terarah kepada kebaikan?

1. Kelangsungan dan kesinambungan - setelah melalui semua proses di atas, sesuatu perhubungan mestilah disegerakan (dilangsungkan proses perkahwinan) bagi menutup pintu2 fitnah dan dosa.

2. Kurangkan pertemuan - ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan prasangka buruk semua pihak.

3. Tingkatkan perancangan - pada masa yang sama, pasangan haruslah berusaha meningkatkan kefahaman terhadap diri pasangan masing2. telitikan perancangan utk berumah tangga kelak.

4. Tingkatkan kekerapan menghadiri majlis agama - kursus perkahwinan mesti disusulkan dengan menghadiri kuliah2 agama yg lain utk memantapkan iman. bacalah buku2 agama yang berkaitan institusi berumah tangga.

5. Mendekati tilawah al-Quran - pasangan sepatutnya belajar Al-Quran dari juzuk 1 hingga 30 sebelum berkahwin.

6. Berdoa selepas membaca Al-Quran - amalkan juga solat sunat Dhuha, membaca ayat seribu dinar dan surah Al-Waqiah setiap hari sebelum dan selepas dipikat.

7. Kukuhkan ekonomi - pasangan harus meningkatkan ekonomi seperti mncari pekerjaan yg lebih stabil, meningkatkan produktiviti pekerjaan dan sebagainya.

8. Tingkatkan kualiti kerja - jangan pula apabila berkahwin, kualiti kerja merosot kerana terlebih fokus pada isteri. kualiti kerja perlu lebih maju sehingga boleh diberi penghargaan seperti kenaikan pangkat atau dijadikan contoh kepada pekerja lain.

9. Cari kualiti masa - buatlah penambahbaikan dari masa ke masa trhadap pasangan masing2. bertnya khabar amat penting supaya pasangan tidak berasa terabai. berikan kata2 pembina semangat, bukan ungkapan rndu yang boleh meenaikkan nafsu syahwat.

10. Letakkan moto kehidupan - Nabi SAW ada mengingatkan kita iaitu ig 5 perkara sebelum 5 perkara: sihat sblm sakit, kaya sblm miskin, muda sblm tua, lapang sblm sempit dan hidup sblm mati.

Kredit untuk anis keluaran Dec 2010, temubual bersama Ustaz Rusli Md Zain al-farqawi, mudir Darul Quran Klang.

Dec 4, 2010

I'm finally 26!


alhamdulillah....today is the day...i'm turning 26!

Thanks Allah!

i got a lot of wishes from families, friends....thanks guys! your wishes make me feel that my presence is felt..on top it, my family give me a surprise party as my gift. thanks ma, abg jat, kak mas, akim, koe, faris, de, tie n ayh ngoh for the cake. love u all so much!


and as far as i remembered, half of the wishes are, "awk tu dah tue,cpt2la kawen".i'm not that old, isnt it?clock is not ticking so fast on me yet, i believe.hahhaa...my dear cousin sms me, abg yoe, plz get married, as i want to get married too. hehehe....and i deliver this warning strictly for her (u know who u are =p), plz sis....dont langkah bendul.hhahaha

one of my friend tag me, so i'm going to answer it. its my birthday after all, isnt it?

1. tell us about yourself.

ok. i was born on December 4th, 1984. at Terengganu Specialist Medical Centre, Kuala Terengganu. the doctor was Dr Prasad. then me n my family stayed at Kuala Lumpur, as my late father further his study @UIA. as far as i remembered, our home was at Taman Koperasi Polis, then Taman Kencana. i started my schooling time there. then we moved back to KT, and i went to Tadika Yayasan Islam, Jalan Pusara. Then my primary school was SRSS2 (at that time, still SR, not SK), then SKSB 2. i further my study at SMKA Sheikh Abdul Malek, before entering matriculation center of IIUM, and IIUM directly afterwards.n now, i'm working with my family in kuala terengganu.
that's it. n i'm not married, yet.hehehe

2. you are a fan of?

EPL - Arsenal. La Liga - Barcelona. badminton - Lin Dan. celebrities? Denzel Washington.

3. the place u like the most

the place eh? futsal court kut?hahaha

4. the place u hate the most

hospital

5. your dream that has been achieved

bring my mom to Mecca. alhamdulillah

6. your dream yet to be fulfilled.

so much.

7. you will be happy if?

arsenal win. my mom happy. my friends ask me out.

8. your weaknesses?

em...injury prone. hahahah....what else ek?so much i think.

9. your unforgettable memory?

the day my father passed away. dont ask me why

10. your dream girl?

hahaha...my dream girl? ok. the one which we have a mutual understanding, pretty for me (i dont care others), religious person, bla bla bla, bla bla bla...

but my wife will be my dream girl, regardless who she is. insya Allah.

Good Nite!!




Dec 2, 2010

Trip to Kota Bharu

hari kedua aidiladha, aku n family beserta dgn pakcik2 di sebelah ayah (ayh mie, ayh lie, pok nor, pok aja n family) g jln2 kt kota bharu...kali ni ayh syim n family xikut..bz katenye...anif pn nk exam..

kami bertolak dari rumah tok dlm pukul 10.30 pagi.aku drive kereta pok aja....konvoi melibatkan 5 buah kereta...ayh lie tggu di besut...

n kami sampai KB dlm pukul 1.30 sumting..trs menuju ke pasar besar siti khadijah...mkn2, shopping sket...tp kedai xbyk bukak...

lps tu kitaorg plan nk mkn nasi kerabu kt kedai Yah Ayam Percik tu...tp tutup plk..

lps tu kitaorg bertolak balik..sampai umah dlm kul 12 malam.

hahaha...g KB semata2 g pasar besar CT Khadijah?

mmg la budok2 ni xde keje...

haha

the piccas!

the arrival - sangatla ramai kanak2..
mok mok pn pandai dh nk sembang2
tidak, saya tak bersalah dan minta dibicarakan

yuna?nk sain~~~





masamnye muke nabil...
berebut kasih sayang









ahli jemaah

jumpe lagi insya Allah!

Ads

Shamsian