Berikut adalah seni2 memikat yg selaras dengan kehendak Islam;
1. Yakin dan bukan menunjuk2 - memikat dan menarik calon pilihan hati haruslah dgn yakin supaya yg dipikat tidak berasa tertipu. Jika ada unsurr kepura-puraan, wanita mungkin akan teraniaya. hubungan yg ada unsur menipu @ cinta monyet ini biasanya tidak bertahan lama.
2. Pemerhatian - pemerhatian mestilah yg dibenarkan dalam Islam iaitu melalui pemerhatian jauh atau merisik. gunakan org tengah yg dipercayai utk menyelidik latar belakang calon pilihan kita.
3. Pembuktian - Calon yg hendak dipikat telah dipersetujui. calon juga tahu kita sedang memikatnya. buktikan kesungguhan kita memikatnya.
4. Keikhlasan - memikat biarlah secara semulajadi. tidak perlu menggunakan skrip. persahabatan mestilah kerana Allah tanpa ada unsur2 cemburu, dengki dan bernafsu.
5. Penambahbaikan - perhubungan tidak semestinya memerlukan jangka masa panjang. pada waktu ini, syaitan cuba menggoda supaya kita menympang. oleh itu, ilmu mesti disisipkan dalm sesuatu perhubungan.
6.Konsisten (istiqamah) - terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita serta keluarganya. setiap pasangan akan diujidgn pelbagai ujian. walau apapun berlaku, perasaan kita terhadap pasangan kita hendaklah konsisten.
7. Elakkan cinta monyet - cinta monyet hanya sebentar. antara ciri2 cinta monyet ialah bertukar2 pasangan dan syok sndiri.
Setelah berjaya dipikat, apakah tindakan seterusnya yang perlu dilakukan supaya hubunagn terarah kepada kebaikan?
1. Kelangsungan dan kesinambungan - setelah melalui semua proses di atas, sesuatu perhubungan mestilah disegerakan (dilangsungkan proses perkahwinan) bagi menutup pintu2 fitnah dan dosa.
2. Kurangkan pertemuan - ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan prasangka buruk semua pihak.
3. Tingkatkan perancangan - pada masa yang sama, pasangan haruslah berusaha meningkatkan kefahaman terhadap diri pasangan masing2. telitikan perancangan utk berumah tangga kelak.
4. Tingkatkan kekerapan menghadiri majlis agama - kursus perkahwinan mesti disusulkan dengan menghadiri kuliah2 agama yg lain utk memantapkan iman. bacalah buku2 agama yang berkaitan institusi berumah tangga.
5. Mendekati tilawah al-Quran - pasangan sepatutnya belajar Al-Quran dari juzuk 1 hingga 30 sebelum berkahwin.
6. Berdoa selepas membaca Al-Quran - amalkan juga solat sunat Dhuha, membaca ayat seribu dinar dan surah Al-Waqiah setiap hari sebelum dan selepas dipikat.
7. Kukuhkan ekonomi - pasangan harus meningkatkan ekonomi seperti mncari pekerjaan yg lebih stabil, meningkatkan produktiviti pekerjaan dan sebagainya.
8. Tingkatkan kualiti kerja - jangan pula apabila berkahwin, kualiti kerja merosot kerana terlebih fokus pada isteri. kualiti kerja perlu lebih maju sehingga boleh diberi penghargaan seperti kenaikan pangkat atau dijadikan contoh kepada pekerja lain.
9. Cari kualiti masa - buatlah penambahbaikan dari masa ke masa trhadap pasangan masing2. bertnya khabar amat penting supaya pasangan tidak berasa terabai. berikan kata2 pembina semangat, bukan ungkapan rndu yang boleh meenaikkan nafsu syahwat.
10. Letakkan moto kehidupan - Nabi SAW ada mengingatkan kita iaitu ig 5 perkara sebelum 5 perkara: sihat sblm sakit, kaya sblm miskin, muda sblm tua, lapang sblm sempit dan hidup sblm mati.
Kredit untuk anis keluaran Dec 2010, temubual bersama Ustaz Rusli Md Zain al-farqawi, mudir Darul Quran Klang.
0 comments:
Post a Comment