smlm baru saja selesai persidangan Agung tahunan GPMS ke 56. sbg ketua penerangan GPMS Negeri Terengganu, secara otomatisnya aku adalah antara perwakilan ke persidangan itu, yg bertempat di JB.
jadi sekarang ini masih dalam mood persidangan.
antara yang ditekankan dalam persidangan itu, ialah bagaimana memperkasakan para pelajar Melayu.
untuk sejarah penubuhan GPMS, klik
sini.
ya, ada satu persoalan yang sebenarnya menjadi persoalan dan kekeliruan kebanyakan pelajar apabila bercakap soal GPMS. adakah GPMS hanya memperjuangkan bangsa Melayu semata2?
jika kita lihat Artikel 160 (2) perlembagaan Persekutuan, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat-budaya Melayu, dan lahir sebelum hari merdeka, samada di Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu.
Jika kita tengok dari sudut perlembagaannya, jelas bahawa Melayu dan Islam itu adalah satu. seseorang itu bukanlah orang Melayu, sekiranya dia bukan beragama Islam. sudah tentu, dalam apa jua perjuangan, Islam menjadi teras perjuangan yang utama. perjuangan berasaskan bangsa harus didokong dan berpaksikan kepada perjuangan menegakkan Islam.
Jika kita lihat situasi remaja sekarang ini, di Terengganu khasnya, kita terpaksa mengaku agama Islam kita sedang dihina. Para remaja Melayu (dari segi perlembagaannya sudah tentu beragama ISLAM) terang-terang berdepan dengan keruntuhan akhlak yang sangat dahsyat. kes pembuangan bayi menjadi satu pandangan biasa. zina, samseng jalanan, penyalahgunaan dadah, minum arak (hanya menyenaraikan sebahagian kecil dari senarai), remaja Melayulah juaranya.
di mana salah kita? adakah kita hanya perlu mengenangkan sahaja kehebatan sejarah, keperwiraan laksamana Hang Tuah zaman dahulu? hanya bersandarkan kenangan kesibukan dan kemajuan Melaka zaman silam sebagai satu bukti, kita juga pernah maju?
antara masalah orang2 kita ialah, mereka lantang menyuarakan pendapat dari luar gelanggang. hanya pandai mengkritik, tetapi apabila diajak untuk sama2 berjuang, alasan biasanya adalah kami sibuk. apakah kami di GPMS ini terdiri dari golongan2 yang tidak bekerja? GPMS adalah badan sukarela, kami tidak dibayar sesen pun.
mungkin kita rasa, senario sekarang masih dalam kondisi yang terkawal. terkawalkah, sekiranya seorang guru sekolah rendah, yang sepatutnya menjadi pendidik anak2 kita, mengkhianati amanah yang diberikan? tidak komited dengan profesion perguruannya, mengacau anak dara orang? seorang guru sepatutnya menjadi pelindung. profesion guru yang adalah profesion yang sangat mulia, sayangnya sekarang ini ia bukan lagi mnjadi satu perjuangan dalam mendidik anak bangsa. profesion guru sekarang ini, hanyalah satu karier smata2.
salah siapa?
tidak perlu tudingkan jari ke arah satu sama lain. menyalahkan sistem pendidikan juga adalah satu perkara sia-sia. lebih baik kita sama2 berfikir, apakah yang mampu kita lakukan untuk membela anak bangsa kita ini?
saya tertarik dengan pendapat seorang pelajar Melayu yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di Leeds, United Kingdom.
(saya rephrase) katanya, kita perlu memberi kefahaman kepada semua pihak di Malaysia ini, mengenai hukum2 Islam. ya, kami akui, segalanya perlu balik kepada hukum Tuhan. ekonomi perlu kita gerakkan selari, kerana kadar pengganguran yang tinggi akan membawa kepada masalah sosial yang berterusan.
disini juga ingin saya selitkan pengalaman ketika menjadi fasilitator bagi satu kem ibadat satu ketika dahulu. para peserta terdiri daripada remaja2 berisiko tinggi (high risk). saya tanyakan kepada salah seorang peserta (peserta ini baru belasan umurnya, tetapi dia dengan bangganya mengakui bahawa dia kaki judi, peminum arak, penzina).
"kita semua akan mati, awak yakin x?"
"ye, saya yakin,"jawabnya.
"awak yakin x mati tu sakit?"
"ye, orang kata mati tu sakit."
"awak tau x, zina, minum arak tu haram? buat perkara haram, dan tak bertaubat, masuk neraka nnti."
"ye, saya tau."
"kalau awak tau, kenapa awak buat jugak?sakit tau masuk neraka. kalau mati tu dah sakit, neraka lagi seksa."
"alah, kalau budak kecik pun boleh mati, xkn la kita xtahan sakit tu?lagipun neraka bukan kita seorang je."
wow, menarik x jawapan dia?dan aku cukup yakin, cukup ramai remaja2 yangberfikiran sepertinya.
apa cadangan kalian?
program motivasi, kem ibadat, semuanya telah kami lakukan. kerajaan juga sentiasa adakan kempen, dan kempen2 itu selalunya berjaya.
mengapa berjaya? yela, buat kempen anti-dadah, yg datang semuanya bukan penagih dadah. kempen cegah mat rempit, yg datang semuanya bukan mat rempit. semua yg dtg tu mat2 belia. mestila kempen tu berjaya, kn?
kami di GPMS mengalu2 kan cadangan dari sahabat2 semua. juga kami memohon agar para sahabat sama2 menyertai kami di GPMS. semntara suara kita masih didengar, marilah sama2 berjuang di dalam gelanggang. kami adalah singa perjuangan bangsa, yang akan mempertahankan hak2 kita orang Islam dan bangsa Melayu dari dikhianati dan dicemari oleh sesiapa sahaja.
"Belajar Terus Belajar"
"GPMS Singa Perjuangan Bangsa"