Penulis: Mazny M.R
Penerbit: Galeri Ilmu
Sebuah buku novel tarbiah dewasa. jalan ceritanya agak biasa, tapi diolah dengan baik oleh penulis.
Mengisahkan Mohammad Salahuddin, seorang graduan UIA yang telah berjanji dengan sahabat sepengajiannya di UIA, Abdul Hakeem, seorang pemuda warga Sepanyol berketurunan Arab-Morocco untuk mengikut Abdul Hakeem pulang ke Albaicin, sebuah perkampungan putih yang melatari Lembah Bukit Sabika, kaki peradaban Alhambra, bagi membuka sebuah tadika Islam yang diberi nama MUSPA. di sana, Salahuddin diuji dengan pelbagai dugaan termasuklah difitnah. penentangan makcik Abdul Hakeem sendiri terhadap pemakaian tudung bagi orang Islam juga menjadi cabaran yang besar untuk mereka.
Keseluruhannya, cerita ini diolah dengan baik. watak-watak dalam cerita ini seolah-olah hidup. kita dengan mudah akan dapat membayangkan perjalanan dan pemikiran watak-watak di dalam novel ini dengan baik. keadaan persekitaran di Granada, Sepanyol juga berjaya diceritakan dengan begitu baik dan jelas sekali. cara berdakwah juga sesuai dengan keadaan masyarakat, menunjukkan kematangan penulis dalam menjaga sensitiviti masyarakat di sebalik menegakkan agama.
Keseluruhannya, buku ini sememangnya buku tarbiah dewasa yang baik.
overall, i give it 5/5!!

0 comments:
Post a Comment