Jun 1, 2011

Mane duit seringgit aku?



Fadhlan Hafiz Helmi dan dua sahabat baiknya, Faizal Hasan dan Hafizul Azizi Rasid telah bermalam di sebuah rumah tumpangan. Sewa untuk sebuah bilik adalah RM30 untuk satu malam. Fadhlan, Faizal dan Zul mengeluarkan RM10 seorang untuk membayar kos itu. Kira tong tong la ni..


Penjaga kaunter (Ahmad Shahrul Nizam aka Yoe) telah menyerahkan RM30 kepada owner rumah tumpangan (Ahmad Fakhruzi Abd Majed) tersebut, Owner tersebut baik hati untuk memberikan diskaun RM5 kepada mereka. Sebelum memulangkan RM5 itu kepada mereka, Yoe telah mengambil RM2 dan kemudiannya baru memulangkan RM3 kepada mereka.


Selepas masing-masing dipulangkan RM1 setiap seorang, kiranya mereka hanya membayar RM9 sahaja setiap seorang untuk rumah tumpangan itu. Persoalannya:


RM9 x 3 orang = RM27.. Campur RM2 yang diambil sebagai komisen oleh penjaga kaunter jadi RM29. Di manakah seringgit lagi kerana jumlah yang mereka keluarkan adalah RM30 pada awalnya?!!


Ada sesiapa bijak pandai boleh menjawab?

Disclaimer: pelakon adalah bukan nama sebenar

**credit to Hafizul Azizi Rasid

9 comments:

ni jawapan die loyar buruk ke x ni?

duit RM1 tu die sedekah kt umah anak2 yatim =)

menarik gak ni...cmne eh...bgtaula jawapan die

jawapan dia banyak..xde jawapan yg tertentu

satu ringgit tu hilang sebab jalan cerita ni dah trick minda kita...

rm 10 x 3= rm30 yg dikeluarkan
rm 30-rm2(yg disonglap penjaga kaunter)= rm28
rm 28-rm3 yg dipulangkan= rm25(bayaran sebenar yg dibuat mereka TANPA diketahui rm2 tlh disonglap)
purata sebenar mereka telah bayar= rm 8.33

*tak boleh assume mereka bayar rm 9 seorang walaupun setelah dipulangkan rm1 seorg sbb rm 2 telah disonglap awal2 lagi...hehe..
betul ke yoe?... so apa jwpn yg betul?

@anonymous - ni bukan masalah assume. awal2 diaorang kn byr RM10. pastu dpt balik RM1. 10 - 1 = 9. no argument kn? so mmg diaorg byr rm10. hal songlap ke x, tu xjejaskan reality yg diaorg mmg byr RM9 je. so mane lg singgit tu?

singgit tu jatuh kut? =p

sebenarnye korg sume da slh fhm.soklan ni bukn suruh kire2,klu korg fhm soklan nye,sure korg tau yg soklan tu salah.jumlah yg dikeluarkn oleh dorg bertige ialah RM27 kn?duit RM2 yg disonglap oleh pnjage kaunter tu dari RM27 tula.so tolakkn RM27-RM2 jadilah RM25.RM25 ni la yg dorg byar duit rumah tumpangan tu.. =)

Post a Comment

Ads

Shamsian