Jun 14, 2011

Book review - Muhammad the Messenger



Penulis: Abdurrahman Asy Syarqawi

Penerbit: Yamani Angle Sdn Bhd

buku ini ditulis berdasarkan hikayat sirah Nabi Junjungan kita Muhammad SAW. tapi ditulis dengan gaya novel.

Buku ini agak detail. menceritakan kisah Baginda dari awal, malah bermula dari kisah ayahanda dan bonda Nabi lagi. cuma terlalu banyak perkara2 negatif yg melibatkan orang2 terdekat Nabi SAW, daripada ayahanda, isteri2 Nabi, malah sahabat2 besar Baginda.

Ada beberapa coretan dalam buku ini antaranya memaparkan kisah Hamzah yang kononnya tidak mempamerkan akhlak seorang Islam ketika di Madinah. kisah ini diceritakan tanpa nas2 yang sahih. begitu juga penulis gagal memperlihatkan keperibadian tinggi yang dimiliki oleh sahabat2 besar Rasulullah SAW, termasuklah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Penulis juga mengatakan Nabi melawan celaan masyarakat Mekah dengan kembali mencela mereka. ini rasanya tidak tepat menggambarkan peribadi Nabi. Mungkin juga buku ini saduran dari negara jiran, jadi terjemahan katanya mungkin tidak selari dengan maksud sebenar.

Ada satu chapter khas menceritakan keluh kesah isteri2 Rasulullah SAW. dari mana sumbernya? seolah2 penulis memberi gambaran tiada langsung kelebihan dan ketinggian peribadi Ummul Mukminin semuanya ini, melainkan Siti Khadijah sahaja.

Yang positif dengan buku ini ialah, gaya bahasanya yang menceritakan nabi SAW sebagai manusia biasa, yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. baginda juga menangis, ketawa, makan2, jln2 di pasar sepertimana manusia biasa lainnya. cuma Baginda diberikan kelebihan oleh Allah SAW sebagai Nabi dan Rasul. gaya penceritaan ini menyebabkan kita berasa dekat dengan Nabi. satu gaya penulisan berbeza, namun cukup baik.

kesimpulannya, buku ini tidak sesuai untuk anak2 kecil yang baru ingin mengenali perjuangan dan keperibdaian Rasulullah. benar buku ini berjaya menghurai dengan agak baik penderitaan yang dialami oleh Nabi SAW, sehingga menambahkan kecintaan kita kepada Nabi, tetapi isinya perlu diperkemaskinikan dan disahkan. walaupun benar Ummul Mukminin dan para sahabt juga manusia biasa, namun mereka mempunyai ketinggian akhlak yang tidak dapat dipersoalkan, dan menjadi penguat dakwah Nabi. Penulis gagal menghuraikan perkara ini. sebagai penulis yang mempunyai tanggungjawab sosial, penulis perlu lebih peka dengan sensitiviti masyarakat. jangan diburukkan nama baik orang2 yg terdekat dengan Baginda.

overall, i give it 3/5

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian