Nov 9, 2011

Kenyataan Media

Kami di Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu melahirkan rasa kesal dan terkilan atas kenyataan yang kami sifatkan sebagai biadap dan tidak bertimbangrasa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) pada 5hb November 2011 yang menggesa umat Islam supaya tidak meneruskan amalan menyembelih binatang korban sempena Aidiladha di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam.


Kami meminta MCCBCHST agar mematuhi kontrak sosial yang telah digunapakai di negara kita sejak 50 tahun dahulu, serta menghormati perlembagaan yang telah menggariskan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Pada kami, gesaan agar umat Islam tidak menyembelih binatang korban di tempat-tempat awam ini adalah satu penghinaan terhadap masyarakat Islam, bersifat kurang ajar dan berniat untuk mencetuskan ketegangan agama. Apa rasionalnya mereka untuk tiba-tiba mempersoal tentang perkara ini, sedangkan amalan ini telah dilakukan selama berpuluh-puluh tahun lamanya di negara ini tanpa menimbulkan sebarang masalah. Kami dididik oleh Islam untuk mempunyai semangat toleransi di antara agama dan Islam sama sekali melarang unatnya dari menghina agama lain

Kami memberi amaran keras kepada MCCBCHST agar menarik balik kenyataan mereka dan memoho maaf kepada jutaan umat Islam di negara yang berdaulat ini. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya kesucian agama Islam kami terus dihina dan dicabar.

Sekian.

"Belajar Terus Belajar"

"GPMS Singa Perjuangan Bangsa"


Ahmad Shahrul Nizam Bin Ab Ghani

Ketua Penerangan
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
(GPMS) Negeri Terengganu

Kuala Terengganu

11hb November 2011

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian