Nov 27, 2011

Maal Hijrah


Selamat tahun baru semua.

Seperti biasa, disini akan dikongsi sedikit sebanyak tentang maal hijrah. *kalau salah tlong betulkan. saya budak baru belajar.

Pengajaran dari kisah hijrah Rasulullah.

1. Sebelum Rasulullah SAW berhijrah, pembesar2 Quraisy mengadakan mesyuarat. diberitakan ahli majlis tertinggi Quraisy itu (diketuai oleh Abu Jahal) seramai 12 orang, dan disertai juga oleh syaitan yang menyamar sebagai seorang tua dari kaum yg jauh. ada 3 cadangan dikemukakan, a) Nabi SAW dihalau ke luar Mekah. b) Nabi SAW ditangkap dan dikurung hingga mati. c) 100 orang pemuda dari semua kaum di Mekah diarahkan membunuh Nabi SAW.

cadangan a) dan b) ditolak oleh syaitan itu. c) diterima atas alasan, kaum keluarga Nabi SAW tidak akan dapat membalas dendam kerana semua kaum terlibat.

Pengajaran dari kisah ini ialah konsep musyawarah. walaupun pelakunya adalah kafir laknatullah, tetapi idea untuk bermesyuarat ini adalah sesuatu yang baik dan boleh dijadikan contoh dalam hidup bermasyarakat.

2. Allah SWT mewahyukan kepada Nabi SAW akan rancangan kaun Quraisy utk membunuh Baginda. Lalu baginda terus melaksanakan beberapa strategi untuk melepaskan diri.
a) Baginda berjumpa dengan Abu Bakar pada siang hari (kebiasaan kaum Quraisy adalah berjalan pada waktu malam kerana siang sangat panas). Abu Bakar kemudian meminta khidmat seorang kafir (namanya aku lupa) sebagai penunjuk jalan ke Yathrib (jalan yang jarang dilalui).

Pengajarannya: kita boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam kehidupan kita, untuk perkara2 yang menguntungkan umat Islam sahaja.
b) Nabi SAW kemudian meminta Ali untuk menggantinya di tempat tidur, sebagai usaha untuk mengaburi penglihatan kaum kafir itu.

Adakah Ali tidak tahu akan kemungkinan bahawa beliau mungkin dibunuh jika tidur di tempat Nabi SAW? Tidak, malah Ali sangat tahu kemungkinan itu. Tapi Ali diriwayatkan pernah berkata, matinya 100 orang Ali sekalipun tidak akan sama dengan wafatnya seorang Muhammad SAW. maka Ali bersedia untuk mati demi pemimpinnya. jadi pengajarannya, sekiranya dalam masyarakat telah muncul seorang pemimpin yang benar2 menjadi seorang khalifah di bumi Allah ini, maka wajib untuk kita mempertahankannya, walau dengan nyawa kita sekalipun.

c) Nabi SAW dan Abu Bakar kemudiannya memulakan hijrah. Ketika bersembunyi di Gua Tsur, Nabi dan Abu Bakar hampir berjaya dikesan oleh kaum Quraisy. tetapi Allah telah menggagalkannya dengan cara memerintahkan labah2 membina sarang di muka pintu gua dan burung merpati bertelur di pintu itu, utk mmberi ilusi gua itu sudah lama tidak diduduki.

Pengajarannya: sebagai manusia yang paling dicintai Allah, tentu sahaja Nabi SAW mampu untuk berdoa agar dipindahkan baginda dan Abu Bakar dalam sekelip mata. tetapi Allah melalui Nabinya mahu mengajar kita agar berusaha, dan selepas berusaha barulah bertawakal. tgk saja pertolongan Allah ketika Nabi dan Abu Bakar terperangkap di dalam gua dengan sudah kehabisan iktiar.

3. Ketika di Madinah, Nabi SAW menjadikan masjid sbg pusat pemerintahan. segala aktiviti ibadat, musyawarah, penentuan hukuman, menerima tetamu semuanya diadakan di masjid.

Pengajarannya: imarahkanlah masjid2.


2 comments:

Bagus pengajaran hijrah ni. nama musyrikin yg tunjuk jalan keluar ialah abdullah bin uraiqit, kwn abu bakar r.a.

yup hazu..actually sblm ni xsure pasal ejaan nama die tu..anyway tq..

Post a Comment

Ads

Shamsian