seperti yang telah sedia maklum, GPMS adalah badan gabungan Majlis Belia Malaysia yang tertakluk kepada ROY (Registry of Youth) di mana keahliannya adalah terhad kepada mereka yang berumur di bawah 40 tahun sahaja.
maka adalah dengan ini ditegaskan bahawa GPMS sekarang telah diterajui oleh muka-muka baru yang dalam lingkungan umur tersebut. oleh itu sebarang aktiviti yang kononnya dijalankan oleh GPMS anjuran samada diterajui oleh mantan2 pimpinan atau mereka yang berumur lebih 40 tahun adalah salah di sisi undang-undang dan kami berhak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
sebarang maklumat mengenai perkara-perkara seperti di atas boleh terus maklumkan kepada pejabat GPMS Negeri Terengganu di Tingkat 4, Majlis Belia Negeri Terengganu, Wisma Seri Amar, Kuala Terengganu, atau hubungi GPMSNT di talian 09-6316566.
Sekian terima kasih.
"Belajar terus belajar".
"GPMS Singa Perjuangan Bangsa"
0 comments:
Post a Comment