Rohok Molek, adalah satu entiti yang ditubuhkan berpaksikan kesedaran beberapa anak muda akan peri pentingnya hubungan silaturrahim sesama anak2 Melayu amnya dan anak Terengganu khasnya dieratkan untuk mendepani cabaran di perantauan. apa yang unik, jawatan dlam organisasi ini sntiasa berubah2 dan tidak tetap, dan semua ahli tidak keberatan menerima sesiapa saja sebagai pengerusi Rohok. ini melambangkan Rohok Molek menyediakan satu platform untuk mempersiapkan belia2 Negara sebagai pimpinan negara masa depan. juga menunjukkan taat setia ahli Rohok Molek yang tidak berbelah bagi kepada pimpinan Ulul Amri.
Menyingkap sejarah, nama Rohok Molek telah dicetuskan oleh Sahibul Samahah Mohd Hafiz Yusof merangkap Ketua Unit Bimbingan Keluarga Rohok Molek, sempena menyaksikan 'kerohokan' perangai semua ahli yang pelbagai.
Bilangan rasmi ahli Rohok Molek sentiasa berubah2, tapi didasari oleh 10 orang, iaitu pengerusinya YB Dato' Ahmad Shahrul Nizam Ab Ghani, Timbalan Pengerusi Dato' Mohd Faizal Hasan, Setiausaha Agung Senator Dato' Hafizul Azizi Rasid, Bendahari Dato' Ahmad Fakhruzi Abd Majed, Ketua Biro Pendidikan Prof Dr Fadhlan Hafizhelmi Kamaruzzaman, Ketua Biro Aktiviti Sosial Dato' Mohd Hazrin Abd Ghaffar, Ketua Biro Latihan Vokal dan Jasmani Dato' Muhammad Zharif Muhd Shuib, Ketua Unit Sukan Dato' Wan Mohd Amirul Wan Mansur, Ketua Unit Bimbingan Keluarga Sahibul Samahah Mohd Hafiz Yusof dan Ketua Biro Dakwah dan Tarbiyyah, Imam Muda Muhammad Hasnul Hadi Jaafar.
Pada 21 Ogos 2010, telah diadakan satu majlis berbuka puasa bagi Rohok Molek di Kak Eita Steamboat, Wangsa Maju dan dihadiri oleh sebahagian besar pimpinan tertinggi kelab, kecuali Prof Dr Fadhlan dan isteri (MC), Dato' Zharif (outstation) dan Dato' Amirul (masalah peribadi). semua ketidakhadiran adalah dengan maaf.
di majlis berbuka puasa ini juga telah dilancarkan dua sayap baru kelab, iaitu Puteri2 Rohok yang dianggotai oleh isteri2 ahli, dan juga Putera Rohok untuk generasi kedua ahli Rohok Molek. disebabkan setakat ini generasi kedua Rohok Molek baru ada seorang ahli, iaitu Muhammad Harraz Hariri Muhd Hafiz, maka majlis sebulat suara memutuskan Harraz dilantik sebagai Ketua Putera Rohok.
Dibawah adalah gambar2 ketika majlis diadakan:
kekenyangan
ish, bestnya kalo aku jadi harraz (bisik peja dalam hatinya)
Kuzi cuba mengampu untuk dptkan sokongan Ketua Putera
bukti kami tidak memerlukan dana dari Majlis Belia
Ketua putera trtido keletihan
lagi cubaan mendapatkan sokongan
cubaan mndapatkan sokongan utk kekal berkuasa
setiausaha agung dengan muke cuaknya
Harraz ceria lps diumumkan menang tanpa bertanding
big family Of Rohokian. more to come!!
kepada yani dan harraz (apih), lenya (ceno), enie (paklang), selamat datang diucapkan. kepada mar (peja) dan amirah (pijoe), kami mengalukan kedatangan anda secepatnya kedalam famili ini. cepatlah kawin ye? kepada kuzi mirul xerin jek...xreti3 lagi ke nk cari awek?
*entri ini agak poyo. tapi xpela. aku xdok keje jugok ni.hahaha
2 comments:
Aku dok d jemput...sedih sunggoh..
encik zaim...kami tidak berjaya mengesan encik.kn encik kabo ke aku aritu mung duk penang?
Post a Comment