Sep 2, 2010

kenangan Ramadhan - bersama shams dan kukumalu

Ramadhan dh smakin berakhir. sedih jugak rasa. lps ni tiada lagi buke puasa ramai2. tiada lagi terawih. tiada lagi bazar. tiada lagi mercun.


Lps ni akan kembali berperang dengan syaitan. lps ni akan kembali xtenang, tidak setenang di bulan Ramadhan ni.

kenangan di bulan Ramadhan ku cukup banyak. zaman sek men dulu, di smka sheikh abdul malek, setiap kali sblm cuti raya, akan diadakan satu perhimpunan. selpas perhimpunan tu, semua pelajar akan berbaris panjang, merentasi 'gajah melintas ' hingga ke blok terbelakang di shams; blok kbsm yg menempatkan budak2 tingkatan 1 dan 2. perbarisan dimulai dgn budak2 tingkatan 6, tingkatan 5, kemudian tingkatan 4, 3 dan seterusnya.

dan semua pelajar akan bersalam meminta maaf antara satu sama lain. inilah masanya abang2 otai membetulkan tie adik2 junior. mengenal antara satu sama lain. mengeratkan silaturrahim.
Shams- 3 Khaldun

di tingkatan 5, Ramadhan bermula ketika peperiksaan SPM. mase tu thn 2001, paper terakhir adalah Bahasa Arab Tinggi. paper ini sebenarnya ditunda kerana kemangkatan Yang DiPertuan Agong ketika itu. slps paper tu, mlmnya diadakan jamuan perpisahan pelajar tingkatan 5 di dewan peperiksaan (ketika itu blok kelas Tingkatan 3 yang dindingnya boleh dibuka). dan esoknya aku sakit perut, gastrik. mmg ketika exam itu pun aku kurang sihat. beberapa kali ke tandas shingga pengawas peperiksaan turut masuk toilet. ape, igt aku kaki tiru ke?

pengalaman spm ku mmg byk pahit manis. ketika itu juga, xsilap aku, paper bahasa Melayu, sepupuku meninggal. dan aku xsempat menghadiri pengebumiannya kerana terpaksa menghadiri peperiksaan. dan exam itu ku ambil dengan hati yng sebak.

ok, berbalik pada kenangan Ramadhan. padaku kenangan terindah Ramadhan adalah ketika di Matrik UIA. ptg2 aku dan membe2 kamcing akan ke ss14, ke bazar yang cukup pnjg. lebih2 lagi kalo ari selasa, di mana bazar Ramadhan bergabung dgn pasar malam. panjangnya hingga mencecah lebih 1 km.

kemudian, kami akan melepak di bilik. pada tahun 1, aku melepak di bilik Roy bersama budak2 kukumalu (Miejie, Emi, Azi, Amar, Mamat, Fathir) untuk berbuka puasa. mlmnya kami sama2 berterawih, lps tu main kad, borak2, tiru assignment, main mercun (atau lebih tepat aktiviti menyerang pondan2 dgn mercun). kemudian kami akan bersahur bersama2. ketika itu aku sebilik dgn azi, ewan sneiz dan najer. najer, jam loceng besar gile. bunyinye kuat gile. tp sgt ajaib, sbb die xpnh trjaga. terpaksala aku dan azi mengejutkannya, dengan kaki biasanya.hahaha. sbb kejutan2 lembut pasti akan bertemu kegagalan.

kami bese bersahur di kafe UKC saje. besenya menunya same. nasi, ayam goreng, telur mata, kuah kari, air coklat. kemudian smyg subuh, dan tido.

besenye ketika ramadhan, aktiviti pemontengan kelas akan berlaku secara besar2an. lecturer2 kelas pagi sudah sedia maklum, malah besenya mereka akan menunda kelas hingga ke waktu malam. pun besenye tidak mendapat sambutan, atas alasan terawih pula.

mlm2 lps buke puasa dan terawih, kitaorg bese lpak2 dpn padang UKC, borak2. mase tu PC xramai yang pakai di Matrik. dengar lagu raya pn melalui radio je. skali dgr, bleh sebak.

seminggu sblm balik kampung, kami beramai2 akan ke KL, shopping raya. mase tu aku masih igt, aku keluar bersama roy, amar, mamat, azi, emi, awis. kami naik lrt saje. ke Jalan Masjid India. shopping2 sakan. berbuka di Central Market, beli KFC makan atas stage dan dihalau pak guard. hahaha

time balik kampung adalah sangat ditunggu2. aku balik dengan budak2 Terengganu, Ceno, Amar, Zaim, Fathir, Afnan dan budak2 Gate. mase tu xkamceng lagi nge budak2 Rohok Molek. kami naik bas Sutera di Hentian Pudu. tu pun bas tambahan. sampai awal pg, aku xtrn di stesen krana bas akan lalu di dpn rumah. sampai umah, kalo sempat sahur aku sahur. kalo x, tggu subuh, smbang2 ngan ma skt, tido sapa zuhur. hehehe

kukumalu - ngoh, acik, aku, awis, roy, ceno, emon, fathir, pakya, azi

nxt part; bersama Rohok Molek

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian