ANDA TIDAK AKAN CELAKA OLEH CACIAN DAN CELAAN
Bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln pernah berkata, " Saya tidak pernah membaca surat-surat cercaan yang ditujukan kepada saya, tidak pernah membuka sampulnya, apalagi mmbalasnya; sebab jika saya menyibukkan diri dengan surat cercaan tersebut, saya tidak akan ada waktu untuk bekerja bagi rakyat2 saya".
Allah S.W.T berfirman:
....kerana itu berpalinglah kamu dari mereka......
(An-nisa':6)
....maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik....
(Al-Hijr: 85)
....maka berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: salam (selamat tinggal)...
(al-Zukhruf:89)
Aku pernah dengar cerita, pada Perang Dunia Ke2, ada seorang panglima Angkatan Laut Amerika yang berprestasi tinggi dan bercita-cita utk menjadi mahsyur. dia banyak bergaul dgn org bawahannya yg sering mencela, memaki dan meremehkannya. sampai last2 die kate: Aku sekarang sudah hampir mati. Kini aku memiliki kekebalan utk menghadapi semua bentuk kritikan. Tulang2 ku telah rapuh dan usiaku juga sudah tua. aku kini tahu bahawa semua celaan2 itu tidak akan mampu menhancurkan kemuliaan dan mencabut benteng yg kuat. tidak mampu memberi walau sehiris luka ke atas badanku.
Isa bin Maryam pernah berkata:
...cintailah orang yang memusuhimu...
kecintaan ini boleh berlaku dengan cara memaafkan. dengan kemaafan, kita akan terhindar dari rasa sakit hati, denda, irihati yang hanya akan merosakkan diri dan keutuhan masyarakat.
moral of the story:
maafkanlah orang yang memaki dan mncela kita, kerana celaan itu tidak mendatangkan bahaya walau sedikitpun kepada kita. setiap Muslim ada hak yang perlu dtunaikan terhadap Muslim yang lain. jika kita rasa dizalimi, serahkan dia kepada Tuhan yang Maha Adil. kerana sekiranya kita cuba membalas dendam, hanya menimbulkan perselihan yang berpanjangan,
2 comments:
Salam, tumpang link ye sedara uia.. - huda manu
sile2..no problemo..kite share link
Post a Comment