Jan 8, 2011

Pentingnya memperkukuh Iman

baru-baru ni, Imam besar Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu ajak aku kuar minum..dan kami disertai oleh bilal-bilal dan Ajk2 masjid. segan plak aku jadinya. jadi kebanyakan perbualan, aku hanya diam, senyum, angguk. dan kepalaku ligat memproses input2 baru ku terima.

Katanya, khutbah Jumaat mggu lps itu berkisar perihal memperkukuh iman. apa gunanya memperkukuh iman?

Tajuk ini actually kelihatan sangat2 biasa, tapi sebenarnya, ini adalah topik yang sangat besar impaknya.

Ibadah, adalah cara kita menzahirkan keimanan kepada Allah S.W.T. apa itu iman?

Secara kasarnya, iman adalah membenarkan dengan hati,mengikrarkan dengan lidah, dan menzahirkan dengan perbuatan.

Oleh itu, ibadah ni sangat2 penting. kita tidak dikira beriman sekiranya kita tidak solat, tidak puasa. kan begitu?

yang menjadi topik perbahasan ialah, kebanyakan orang Islam sekarang beribadat, tanpa menyelami maksud ibadat itu sndiri. mereka solat, kerana solat itu wajib. kerana solat tiang agama, kerana solat perkara pertama dihisab kelak. cukupkah setakat itu? mereka solat, tetapi mereka tidak khusyuk, tidak memahami erti perbuatan, erti ayat yang diucapkan. jadi bagaimana kedudukan solat mereka ini?

Firman Allah dalam surah Al-Ma'un yang bermaksud:

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang yang lalai dalam solatnya
(ayat 4-5)

Jadi perkara yang paling penting ialah, kita perlu mendidik anak2 dan generasi muda pentingnya segala ibadah yang kita lakukan, dan pengertiannya. bolehkah kita mengaku beriman dan mengharapkan keredhaan Allah, sekiranya tuntutannya tidak kita tunaikan?

contoh yang diutarakan ialah perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat. mereka tahu hukumnya haram. bila haram, maka mereka berdosa. bila berdosa? semua tahu natijah dosa ini. tapi mereka tetap tidak menutup aurat. jadi adakah mereka mencabar Allah?

ada yang menggunakan alasan tidak sampai seru, hidayah belum turun, ibubapa tidak suruh, suami tidak bimbing, bla bla bla. persoalannya, bagaimana jika maut lbh dahulu menjemputnya sebelum sampai seru itu? bolehkah dijawab dihadapan Allah kelak, seru tidak sampai. bolehkah?

dan ramai juga yang bertudung semata2 fesyen. dan kebanyakannya tidak lama. ada juga kerana merasakan tidak mahu hipokrit, mereka kembali membuka aurat.

jika masih kanak2, sudah tentu lebih mudah dididik. kalau sudah dewasa?

ada baiknya kita bawa mereka berfikir. sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu itu dengan sia2. dari segi logik, Allah mewajibkan solat, ini membantu kita menguruskan masa, dan belajar fokus (khusyuk). puasa? dalil sains juga menerangkan puasa membantu percernaan, meningkat kesihatan. Allah haramkan arak, kerana dalam arak itu terdapt bahan2 memabukkan, yang meruntuhkan taraf kita sebagai khalifah Allah. zina itu haram? setiap manusia pasti dapat memikirkan keburukannya. hanya indah sementara, deritanya bergenerasi.

jadi, kita bawa mereka berfikir, mengapa Allah mewajibkan wanita itu menutup auratnya dengan sempurna? semoga dengan itu, mereka akan dapat hidayah untuk mnjadi hamba Allah yang taat.

gambar dari sini


bagi aku, wanita bertudung dan menutup aurat dengan sempurna itu sangat menyejukkan hati

**teringat lagu Alhamdulillah nyanyian Too Phat..."bukan berkhutbah, cuma betuli diri jua."

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian