gambar dari iluvislam.com
seperti dijanjikan (walaupun dh beberapa bulan berlalu), kali ni aku buat entry pasal ape yg aku dengar dari Imam Muda Asyraf aritu. pada aku quite good. ada isi bernas.
die mulakan dengan bercerita.
pada zaman nabi dahulu, dalam suatu peperangan, seorang sahabat bernama abu dzar al-ghifarri tertinggal jauh ke belakang. ini kerana untanya itu sgt tua dan lambat. tapi abu dzar ttp bergerak menyusuri Nabi, walaupun beliau dah ketinggalan ke belakang selama berhari-hari. dlm cuaca yang sangat panas dan kering, dan tekak yang sangat dahaga, Abu dzar terjumpa satu takungan air. lalu beliau cepat2 mengisikan air tu dengan botol dalam simpanannya sehingga penuh. sebaik sahaja sebelum beliau minum air tu, beliau terfikir, Nabi SAW pn melalui perjalanan yang sama. dh pasti baginda pn haus. lalu Abu Zar xjadi minum air tu. beliau simpan utk diberi pada Nabi SAW.
beberapa hari pn berlalu.
akhirnya Abu dzar tiba di kawasan perkhemahan Nabi SAW. sebaik tiba, terus beliau jatuh pengsan. para sahabat terus mengangkat Abu dzar dan dibawa ke hadapan Nabi SAW. sebaik melihat keadaan Abu dzar itu, Nabi SAW mengarahkan para sahabat memberikan air kepada Abu Zar. Sebaik sahaja Abu dzar diberi minum, terus beliau terjaga. sebaik terjaga dan terpandang Nabi SAW, beliau terus mengeluarkan botol air dari simpanan beliau. Para sahabat kehairanan. Abu dzar ada menyimpan air, tetapi dia tidak meminumnya? Gilakah beliau? bukankah itu membahayakan dirinya sendiri?
rupenye beliau membawa air itu utk diberikan kepada Baginda Rasulullah SAW. wah, tgk mulianya hati para sahabat! mereka sanggup berkorban apa sahaja demi Nabi SAW. malah ade sahabat yang ketika ingin dibunuh oleh pemuka Quraisy, pemuka Quraisy itu bertanya, mahukah sekiranya tmpat kamu ini digantikan dgn Muhammad SAW, dan kamu bebas utk kembali kepada keluarga kamu? tetapi sahabat itu dengan tegas berkata
" Demi Allah, aku tidak rela sekiranya duri yang kecil sekalipun mencucuk kaki Muhammad SAW!"
Hebatnya kecintaan para sahabat kepada Nabi SAW kn? mengapa mereka bersungguh2 mencintai Nabi? sedangkan Nabi SAW juga adalah manusia biasa? kn dalam Quran ada diterangkan bahawa Rasulullah SAW itu adalah manusia biasa, tetapi diberikan petunjuk dan kelebihan untuk menjadi nabi dan rasul. jadi mengapa begitu bersungguh para sahabat mencintai Nabi? dan mengapa pula Nabi SAW sndiri begitu bersungguh mahukan kita mencintai dirinya, sehingga dalam hadisnya yang masyur ada menyebut, tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku ini lebih dicintainya daripada dirinya sendiri dan semua yang ada di dunia ini.
jawapannya ialah, sebenarnya Nabi SAW sangat2 mencintai kita para umatnya. disuruh kita mencintai Baginda adalah kerana Baginda telah pun dijamin tempatnya di Syurga oleh Allah SWT. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, di akhirat kelak, seseorang akan dibangkitkan bersama dengan orang yang paling dicintainya. jika Nabi SAW yang paling kita cintai, bukankah kita akan dibangkitkan bersama Baginda di Syurga kelak?
Semua yang Nabi SAW lakukan dan perintahkan, merupakan perintah dan arahan dari Allah SWT. semuanya untuk kebaikan kita.
Jadi marilah kita bersama2 mencintai Rasulullah SAW dengan sepenuh hati. kerana dengan mencintai Rasulullah SAW itu, sebenarnya kita mencintai Allah SWT. dan insya Allah, Allah akan memberikan kita ganjaran yang terbaik di dunia dan akhirat.
Insya Allah
0 comments:
Post a Comment