Jul 13, 2012

Malaysia negara selamat






Kerajaan kata, berkat kepintaran pentadbiran, kita harus berbangga kerana Malaysia adalah negara ke 19 plg selamat di dunia. actually aku xbangga pn, sbb aku rase xselamat. 

2 mggu lps, rumah membe Rohok, Ijek dipecah masuk. mase tu, Ijek n isteri xde kt rumah. rumah die ni kuarters kerajaan, ada guard siap. tp still kene pecah.abis licin barang. 2 3 hari lps tu, ni plk, kete mmbe aku kene pecah, di KL. hari ni plk, giliran rumah tunang ober kene pecah. dan 2 hari lps, aku xdpt tdo, trpaksa turun ambik golok dan sbgainya, sbb ada 1 biji kete n 1 moto duk perhati rumah aku dlm pukul 2 pagi. lps aku bukak spotlight baru diaorg lari

aku xkesahla pasal statistik2 ni. mcm mana negara kita diukur kadar keselamatannya pn aku xnk ambik tahu la. aku xkesah kalo dikatakan Malaysia ni negara yg plg xselamat di dunia (ikut kajian), tpi rakyatnya hidup xpyh nk bimbang2 psl keselamatan masing2.

so mcmana nk jaga keselamatan ni? kn kita dh ade tentera, polis pn ramai?

ada satu cerita aku nk kongsi kt sini. masa pilihanraya kecil di Selangor aritu (aku lupa dun ape), cyber cafe pakcik aku dirompak. 2 org berparang serang cashier. siap tetak2 lagi. cume cashier ni berjiwa pahlawan sket kut, mase dh cedera parah tu, still mampu terpa kt kete perompak2 tu n pecahkan bumper n cermin dgn helmet. lps tu jatuh pengsan. pak cik aku mase tu ade kt tgkt atas, trs dia turun n bawak staff die ni g hosp. 

mase smpai kt hosp kerajaan, blh plk seseorang (aku xtau sape, bukan doktor rasanya) kt kaunter kecemasan kate, ni kes polis encik, kami xdpt ambik melainkan dh repot. bangang x? membe tu dh separuh mati. pakcik aku pecut bwk ke hosp swasta. alhamdulillah staff dia tu berjaya diselamatkan.

masa pakcik aku bawak staff die ke hosp, die pnye partner call polis. sbb ade rakaman cctv. n kalo buat sekatan jalanraya, msti smpt tahan punye perompak tu. tp polis terpaksa ambil masa yg lama untu buat sekatan tu, sbb kebanyakan anggota polis telah dikerah bertugas di kawasan pilihanraya!

org kita skrg ble kte kritik atau suarakan pendapat, kate kita ni pembangkangla, anti kerajaan la. kite mcm hidup dlm dunia politik tnpa sempadan. cume aku hrp isu keselamatan ni jgnla dipolitikkan. bukan semua yg polis buat tu slh. polis dh byk jasa pada kita. pembangkang ke kerajaan ke, semua ptt sedr jasa polis tu pada kita. cume mgkn perlu dicari mekanisme baru untuk alihkan beban menjaga keselamatan ni dari bahu pihak polis semata2, kerana pada pandangan aku, polis skrg pn telah dijadikan alat politik. dan kerana itu, aku merasa tidak selamat. 

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian