Feb 7, 2010

semua orang ada dugaannya

LIFE...


ok..tadi aku dan 2 sahabat karibku peja n paklang lepak2 di domino's pizza..sambil berkenduri sakan kami borak2...lame dok jupe, mmg byk cite kuor la..

kebanyakan cite psal kehidupan.

paklang still di uia, smbung master, sangat2 berbakat dlm pelajaran, dh tunang n merancang kawin bulan 6..segalanya kelihatan agak memebosankan, tetapi selamat.huhuh

peja keje di taman melawati, ade kete, kehidupan scr kewangannya agak stabil..tp kehidupan berumah tangga agak bermasalah.hahaha

smlm lpak umah pjoe, sorg lagi sahabat karib..kami borak2 sampai kul 5 pagi

pijoe keje di vads, baru jadi staff permanent di TM, kehidupan agak stabil...menunggu dan mengumpul duit nk kawin, ade sikit kekangan kewangan..

aku?errr

sume org ade masalah sendiri...mcm paklang kate, Allah itu adil, semua org akan diuji, ada diuji dengan kegagalan dlm perniagaan, gagal dalam berkeluarga.ada juga diuji dengan kekayaan, dengan kejayaan..bla2...n setiap kali kita rasa kita dh berjaya harungi ujian itu, kita pasti akan diuji lagi..dan lagi...

samada kita pilih kehidupan selamat tetapi membosankan, atau kita mencari pasal dengan memilih kehidupan penuh ombak tetapi penuh dengan pengalaman, semuanya ada kesukaran, semuanya ada rintangannya. kerana itu kita perlu sentiasa memohon petunjuk daripadaNya.

buat keputusan pun satu perkara yang sangat2 sukar..ade aku terbaca, keputusan berkaitan hati dan perasaan, perlu mengikut hati dan perasaan, kerana di situlah Allah turunkan hidayah. krana perasaan itu tiada penjelasan logikal.wah! tingginya pemikiran ini..benarkah??err...

kerana itu syurga itu mahal harganya,,kerana ianya amat indah..tiada msalah lagi..

ya Allah..kurniakanlah aku, keluargaku, teman2ku, dan semua org Islam kejayaan di dunia dan akhirat, dan jauhkanlah kami dari api neraka..dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama2 org2 yang kamu redhai

Amin.

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian