Apr 21, 2010

Skuad Jelajah Motivasi 1 Malaysia GPMS - Score A



pada 15hb april 2010, telah diadakan pelancaran Skuad Jelajah Motivasi 1 Malaysia GPMS Score A 2010, bertempat di Auditorim Tun Soffian, Fakulti Undang2, UM yang dilancarkan oleh TPM merangkap Menteri Pendidikan Malaysia dan juga Ketua Penasihat GPMS, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Juga diadakan sesi dialog bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Ahmad Shabery Cheek. GPMS Negeri Terengganu telah menghantar seramai 21 orang perwakilan, diketuai oleh aku sendiri. di antara kepimpinan negeri yang turut serta ialah pengerusi GPMSNT, ahmad izani ab ghani, timbalannya masrul amir said, naib2 presiden ahmad izham dan cikgu elias senik, dan YDP GPMS Hulu terengganu cikgu tg nazari.


Skuad ini sebenarnya telah ditubuhkan pada 2007. dan mereka menjelajah ke sekolah2 terpilih di seluruh semenanjung malaysia, menyasarkan kepada para pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM. antara input dan intipati ceramah bagi skuad 2010 ini adalah penerangan konsep 1 Malaysia, 20 amalan pelajar hebat dan cara2 menghadapi peperiksaan.

Dan pada 20 April 2010, skuad ini telah tiba di negeri trg. mereka menjelajah ke 8 buah sek menengah terpilih di daerah kuala trg, hulu trg, dungun dan kemaman (2 buah sekolah setiap satu daerah). dari maklum balas yg diterima, alhamdulillah segalanya berjalan seperti dirancang. di negeri trg juga alhamdulillah pihak JPN, PPD dan pihak sekolah sendiri semuanya memberi kerjasama yg terbaik, bukan sahaja kepada ahli2 skuad, tetapi juga kepada pada penaja kami, iaitu kenshido, celcom, MAA Ansurance dan 5 buah kompeni lagi. terima kasih banyak2.
skuad jelajah 1 Malaysia

ini adalah usaha kecil GPMS membantu para pelajar melayu khasnya di sekolah2 yang kami pilih (sekolah2 yang dipilih ini bukanlah terdiri dari sekolah2 elit) dalam menghadapi peperiksaan dan menyiapkan diri mereka dalam menimba ilmu sepanjang hayat mereka, kerana selagi hidup, belajar terus belajar!

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian