Hang Tuah lima bersaudara terkenal dengan gelaran laksamana, pendekar, pahlawan, wira, dan juga wali Allah. dikatakan kebanyakan ilmu silat ketika ini berasal daripada mereka. zaman dulukala, Melayu dikait rapat dengan hubungan dengan jin. keris diasap dan dipuja. sehingga ada pahlawan2 dulu yg boleh terbang, kebal dan sebagainya. maka tidak hairanla sekiranya sekarang ini ada yang diganggu makhluk halus, tok imam / si perawat akan tanya," awak ni main silat ke?"
kembali kepada persoalan kita; Tuahkah benar, atau Jebatkah benar? di sini ada beberapa percanggahan fakta sejarah. jika dikaji secara mendalam, ada sejarah Melayu karangan sarjana Eropah yang menafikan kewujudan Hang Tuah lima bersaudara. dia mengatakan kewujudan Hang Tuah semata2 dongengan/ lagenda ingin menonjolkan kehebatan bangsa Melayu. dongengan seperti mana Lagenda Batu Belah Batu Bertangkup dan juga Si Tanggang. (Batu Belah Batu Bertangkup dan si Tanggang adalah lagenda klasik Melayu, walaupun tiada bukti sahih kewujudan mereka, tetapi masyarakat menganggapnya wujud atas dasar moraliti dari cerita tersebut).
Walau begitu, kita lebih cenderung mengatakan Hang Tuah lima bersaudara benar2 wujud. dan menjadi antara pemangkin kehebatan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dahulukala. kita beranggapan bahawa pendapat sarjana Eropah itu semata2 propaganda untuk menidakkan dan menafikan sejarah Melayu yang menjadi kebanggaan kita.
tentang penderhakaan Hang Jebat, ada riwayat yang mengatakan bahawa benar Hang Jebat mengamuk, tetapi dia hanya membunuh penjahat2 dan pengkhianat, sehingga ada yang mengatakan bahwa pencuri telur ayam sekalipun dibunuhnya. dia tidak membunuh orang2 awam yang tidak berdosa, kerana banyak pendapat yang mengatakan Hang 5 bersaudara ini merupakan wali Allah, maka sudah pasti tidak layak untuk seorang wali membunuh secara membabi-buta. tetapi sungguhpun begitu, sudah pasti hal ini menimbulkan isu, kerana mengikut syariah Islam, bukan semua jenayah dikenakan hukuman bunuh.
Jebat mengikut hikayat, mengamuk dan menderhaka untuk membela kezaliman yang dilakukan Sultan Melaka yang termakan hasutan pembesar keturunan Majapahit yang ingin melihat Hang Tuah dibunuh. Hang Tuah difitnah mempunyai hubungan sulit dengan Puteri Gunung Ledang yang menjadi gundik (ada yang mengatakan isteri) Sultan Melaka ketika itu. dari sini kita dapat lihat, fitnah adalah akar umbi masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.
Tuah pula, terkenal dengan kesetiaan pada Sultan yang memerintah. kesetiaan adalah sifat yang terpuji, malangnya mengikut hikayat, Tuah tersalah ijtihadnya dalam kesetiaan, sehingga kesetiaannya menjadi membuta-tuli. jika diperhalusi, Tuah juga tidak bersalah. dia diperintahkan membunuh Jebat yang ketika itu menghuru-harakan dan menjadi ancaman kepada keselamatan rakyat Melaka seluruhnya. jadi menjadi tanggungjawabnya sebagai satu2nya orang yang dapat menandingi kehebatan Jebat untuk patuh pada titah Sultan yang menitahkannya untuk membunuh Jebat. ttp yang mngkin mnjadi persoalan dan isu ialah titah Sultan supaya Jebat dibunuh itu dipegangnya sekuat hati, sehingga walau Jebat menawarkan perdamaian, tidak diendahkannya.
Jebat dikatakan bersalah kerana dia mengamuk dan menderhaka pada Sultan. bukan penderhakaan itu yang mnjadikannya bersalah, tetapi lebih kepada pembunuhan2 yang dilakukannya. pepatah Melayu berkata, 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah'. jika kita melihat perbuatan Sultan Melaka ketika itu sbg tidak adil, maka 'penderhakaan' Jebat tidak lagi mnjadi dosa (kepada masyarakat) kepadanya.
Tuah pula menyoal dirinya sendiri, kerana dirasakan dia bersalah membunuh orang yang membelanya sendiri. bukan orang lain, sahabt baik dari kecil sehingga dianggap saudaranya sendiri. dia tidak menghargai pengorbanan sahabatnya, yang sanggup mengorbankan nyawa untuk membelanya. namun dia tersepit atas dasar kesetiaannya pada raja dan negara. dan mungkin benar, kesetiaannya membabi buta. itu dosanya di mata masyarakat.
Jadi, siapakah benar; Tuahkah benar, atau Jebatkah benar?
p/s : teringat nukilan nik aziz, baik jadi seperti Hang Abu Bakar (Abu Bakar As-Siddiq) yang mengatakan ikutilah aku sekiranya aku benar, dan betulkanlah aku sekiranya aku salah, ataupun seperti Hang Umar (Umar Al-Khattab) yang mengatakan sekiranya aku salah, betulkanlah aku walaupun dengan mata pedang.
wallahu alam