aku adalah seorang peminat buku2 sejarah. sejarah Islam terutamanya. dan di sini aku ingin berkongsi beberapa pengalaman aku.
selain sirah nabi S.A.W, aku juga telah khatam kisah2 mengenai 4 Amirul Mukminin; Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Al-Affan dan Saidina Ali Abi Talib.
Kisah2 mengenai 2 sahabat besar Saidina Abu Bakar dan juga Saidina Umar tiada sebarang masalah.
yang banyak penyelewengan dan percanggahan fakta ialah mengenai kisah Saidina Uthman Al-Affan dan juga Saidina Ali Abi Talib.
Aku pernah terbaca kisah mengenai Saidina Uthman ketika aku kecil, dan buku itu hanya mengutuk Saidina Uthman semata-mata. Sampai aku pernah berasa hairan, mengapa Saidina Uthman itu dijamin masuk syurga? Mujurlah aku bertanya hal ini kepada arwah bak, dan beliau terus membakar buku itu, dan membelikan aku buku baru, yang lebih sahih faktanya. kata bak, buku itu mungkin ditulis oleh pengikut2 Syiah.
ini yang bahayanya. mujur aku bertanya, jika tidak sudah tentu aku berpegang pada buku itu. Saidina Uthman itu sahabat besar nabi, malah menantu nabi. Tiada yang layak mengutuk sahabat2 nabi.
begitu juga dgn kisah Saidina Ali. ada buku yang mengatakan Saidina Ali menjadi punca keruntuhan pemerintahan Khulafa Ar-rasyidin. Menjadi punca perang saudara sesama Islam; Perang Jamal dan Perang Shiffin. Astaghfirullahalazim! kn Saidina Ali itu menantu, sahabat malahan sepupu nabi sendiri? Dijamin masuk syurga, malah di dalam hadis Nabi yang masyur pernah berkata;
" Aku adalah gedung ilmu, manakala Ali adalah gerbangnya".
Begitu juga dgn sahabat Nabi Muawiyah Abi Suffian. Ramai yang salah anggap tentang keperibadian sahabat ini. aku pernah dengar dan terbaca, Muawiyah adalah peruntuh pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin. Beliau memulakan perang Shiffin dengan Khalifah Ali utk merebut jawatan khalifah. nah, ini sangat menunjukkan bahawa seolah2 beliau adalah seorang yg tamak kuasa, kn? sedangkan beliau adalah seorang sahabat besar nabi yang dijamin syurga, kerana menjadi panglima armada laut pertama kaum Muslimin yng mengembangkan Islam melalui jalan laut ketika pemerintahan Saidina Uthman, dan digelar Amirul Bahri (penguasa lautan).
di sini aku share link blog yang menjawab segala persoalan aku slama ini. dan Alhamdulillah, kecintaan aku kepada Rasulullah dan para sahabatnya smkn bertambah.
tlg sebarkan.
buku2 yang baik
2 comments:
terima kasih atas perkongsian
sama2... =)
Post a Comment