Jul 10, 2010

niat

ari jumaat. sebagai org Islam aku wajib pegi smyg jumaat. ok...xnak cite psal kewajipan aku tuh.


yg aku nk kongsi, mase smyg tu, ramai sgt yg kelihatan sangat was-was.

angkat takbir pun sampai sepuluh kali.

baca surah al-fatihah kuat2 shgga ganggu org sebelah. siap kita dapat detect ke was2 an mereka..ulang perkataan sama berkali2..

sblh aku ade budak2...dlm tingkatan 4 atau 5 kut. die angkat takbir sampai 3 4 kali, smpai aku rase trganggu. jadi sudah smyg, aku tnye die, kenapa angkat takbir byk kali?

die kate nk fokus. mase angkat takbir tuh, die nk niat mngalir dlm hati die. sbb tu byk kali angkat.

aduh!

aku rase, persoalan niat ni dh byk kali dibangkitkan. di sini aku ingin berkongsi persoalan pasal niat smyg, berdasarkan penjelasan dari Imam Ghazali.

menurut Imam Ghazali, jika tidak jahil atau sasau nescaya seseorng tidak diganngu waswas, kerana menunaikan kerja Allah SWT sama kedudukannya dengan tunai kerja lain, sama2 ada niat sebelum melaksanakannya. Semua gerak manusia dalam melakukan pelbagai urusan mesti didahului dengan niat.

Nabi SAW mengajar umatnya rukun solat dgn lengkapnya, kecuali persoalan niat sekadar disentuh secara umu dlm hadisnya yg masyur; " setiap amal mesti dengan niat".

adapun takbiratul ihram disebut dgn berjela2, lantaran niat mnjadi satu susunan perkataan. sejak daripada menyebut jenis solatnya, fardhu atau sunatnya, jumlah rakaatnya, mengadap kiblat dan kerana Allah Taala. niat jika tidak diatur nescaya hadir secara spontan dlm bentuk serangkai dengan lengkap.

sesiapa yang tidak memahami niat mengikut cara yg dinyatakan ini, seolah dia tidak memahami niat sebenarnya. masalahnya ialah anda diajak utk solat dlm waktu tertentu, lalu anda memperkenankan seruan itu lantas berdiri menunaikannya. sebenarnya itulah yg dimaksudkan dgn niat. adapun niat ialah perasaan yg terbit dari hati hendak melakukan sesuatu perkara.

begitu mudahnya niat solat mengikut imam Ghazali. oleh itu jika timbul juga was2, itu tanda kejahilan menguasai org itu. ia jadi sukar lantaran diri sndiri menyukarinya. disebabkan jahil dlm masalah niat mnyebabkan hati bercempera. was2 akibat memaksa diri memasukkan ke dalam hati byk perkataan yg dianggap sebagai niat pada waktu singkat.
Islam itu syumul, Islam itu mudah, Islam itu indah

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian