Jul 9, 2010

WC 2010...sejarah bakal tercipta!

perlawanan separuh akhir dh pun berakhir. semua dh tahu, team mana yg menang kn?


semi-final 1: uruguay vs holland

dlm game ni. ada calon gol terbaik kejohanan dijaringkan. rembatan kencang kapten holland, giovanni van bronckhorst untuk gol pertama holland. dari jarak 35 meter, dengan kelajaun 171 km/j, terus menuju penjuru gawang uruguay.

forlan membalas untuk uruguay, juga dengan rembatan kencang, sblm wesley sneijder menjaringkan gol kedua holland dan juga gol kelima peribadinya, dan robben menjadikan kedudukan 3-1 hasil tandukan cantik.

uruguay merapatkan jurang pada minit 92, dan lepas tu menjadikan jantung aku menjadi aktif tibe2. sgt cuak, kerana diorg serang gile2.. nasib baik, holland bertahan baik, dan melangkah ke final.

semi-final 2: spain vs germany

spain adalah pre-tournament favourite, germany pula in-form team, dan juga the most exciting team in WC2010. separuh masa pertama, kedua2 team bermain baik, dan agak berhati2...tidak banyak cubaan ke arah gol lawan.

oh ya, dlm game ni, torres direhatkan, diganti dengan pedro. torres just masuk 2nd half. fabregas pula langsung dok masuk. ahhh!!!

separuh masa kedua, spain mempamerkan persembahan mantap. passing yang kemas, bek sempurna. cuma finishing kurang, shgga trpaksa menunggu bek, carles puyol utk menanduk masuk gol kemenangan.

so final wc2010: SPAIN VS HOLLAND

sapepun mng, yg pasti sejarah telah tercipta. kedua2 team belum pernah mng world cup sebelum ni. kalo holland mng, maka akan tercatat 2 sejarah; holland juara dunia buat kali pertama, dan sneijder jadi pemain pertama mng semua kejohanan disertai (die dh mng treble dgn inter milan).

yg pasti, aku insya Allah akn menonton final dengan perasaan yg tenang. due2 team aku sokong dari awal lagi. ac aku lebih sokong spain, tp jersey spain ada lambang salibla..dokkang nk tgk final dok pakai jersey kn? esok kene cari kut2 ade baju spain yg xdok logo..kalo xdok jugok, beli baju holland la. huhuhu...oh ya...apapun, baju germany wajib dibeli.lawa gile!

lps kejohanan spain vs germany, paul the octopus, celebrity plg terkenal dunia ketika ini kerana KONONNYA ada kuasa psikik yg boleh meramal dgn tepat perlawanan yg melibatkan germany telah menerima ancaman bunuh dari peminat2 germany, kerana meramalkan bahawa spain akan mng di semi-final menewaskan germany.
paul ketika meramal germany akan mng lawan argentina..mase ni masih lagi sihat

paul slps meramal kekalahan germany













ok...gambar kedua aku tipu.

"dan barang siapa yang meyakini bahawa ada yg lain (selain Allah) yg dapat menentukan sesuatu, maka ia telah berlaku syirik..."

nauzubillah.

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian